Islam yang  diperjuangkan oleh PAS ternyata mendapat tentangan sengit daripada UMNO  & BN yang memerintah Negara ini.
Biarpun  berulangkali al – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat menegaskan : “ andainya UMNO melaksanakan Islam yang tulen ( bukan  Islam Palsu ) PAS sanggup membubarkan partinya.” [1] UMNO  & BN terus berkeras dan berdegil . Bukan sahaja mereka tidak  mengizinkan Islam berdaulat di atas tanahair ini bahkan mereka  menggunakan kekerasan ( setelah tewas hujjah ) untuk mendepani PAS dan  kebangkitan ummat Islam yang mahu melihat negara ini mendaulatkan Islam  atau syariat Allah swt.
Penentangan  ini tidaklah memeranjatkan PAS yang menyambung Risalah an nabawiyyah di  zaman ini justeru ia pernah dihadapi oleh nabi saw malah turut dihadapi  oleh pejuang – pejuang Islam di sepanjang zaman .
Inilah  yang dilafazkan oleh orang – orang Quraisy tatkala nabi saw  menyampaikan dakwahnya :
Apa yang engkau sampaikan kepada kami ini  adalah suatu yang dibenci oleh pemerintah 
  Tarikh Madinah Dimasyq . Juzuk 17 .  Mukasurat 299
Oleh Abi al Qasim A’li bin al Hasan
Ibnu Hibbatullah bin Abdullah asy Syafi’e  ( w. 571 )
Firman Allah swt yang bermaksud :
Dan ingat bagaimana perancangan orang –  orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar  dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah  adalah sebaik – baik perancang .
(Surah  al Anfaal : Ayat 30)
Sebenarnya inilah 3 tribulasi yang akan  dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam yang menyambung lidah perjuangan  Nabi saw di sepanjang zaman.
Muwaajahah Silmiyyah . ( مواجهة سلمية /  berdepan secara aman )
Biarpun  PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang kasar dan ganas terhadap  perjuangan dan anggotanya , PAS masih konsisten menggunakan pendekatan مواجهة سلمية atau موجّهة بالسلم . 
PAS  yang mengambil pendekatan politik menyertai pilihanraya selama ini  adalah untuk mengekalkan prinsip muwaajahah tersebut .
Sungguhpun  ada pemimpin PAS yang ditembak mati oleh pemerintah seperti asy Syahid  Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan – rakannya di Memali Kedah.
Biarpun  ada pemimpin PAS diseksa dan dikurung tanpa bicara melalui akta  primitive ISA seperti Tuan Hj. Muhammad Sabu , Ustaz Abu Bakar Chik ,  Tuan Hj. Mahfuz Omar , al Marhum Ustaz Buniamin Yaacob dan lain–lain.
PAS tetap dengan  prinsipnya mendepani pemerintah yang tidak mendaulatkan Islam ini secara  aman . PAS meletakkan dirinya di atas Manhaj an Nabawi sebagaimana yang  diajar oleh baginda saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh at  Tabarani yang bermaksud:
Ketahuilah , sesungguhnya Islam bergerak  dalam satu pusingan , maka berpusinglah bersama al kitab sekira – kira  ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan  berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab , ketahuilah sesungguhnya  akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) , pemimpin yang memutuskan (  sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu .  Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu  mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu mereka berkata 
Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami  lakukan ?
Rasul saw  menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. ,  mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang  kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup  mendurhakai Allah swt.
Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah
PAS Tidak Mencari dan Memulakan Permusuhan .
Kehadiran PAS hanya untuk membawa Islam ke  mercunya dan memastikan tiada fitnah ( penentangan secara terbuka  terhadap Islam ) dan perlecehan syariat Ilahi . Ianya berasaskan kepada  apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :
Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang  menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka  terhadap Islam ) dan jadilah ( satu – satunya ) cara hidup milik Allah  swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap  orang – orang yang zalim .[2] (Surah al Baqarah : Ayat 193)
Saksikanlah , bahawa yang dibunuh ialah  pemimpin PAS sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO & BN dibunuh  oleh PAS .
Yang dipenjara ialah pemimpin dan aktivis  PAS , sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO dan BN dipenjara oleh  PAS .
Yang diugut , diancam dan dibuang daerah  ialah ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong PAS sedang tiada seorang  pun ahli – ahli UMNO ditindas dan dizalimi oleh PAS .
“ Dosa ” PAS hanya kerana memperjuangkan  Islam dan mahu ianya didaulatkan . Sementara UMNO & BN sangat tidak  bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh PAS , malah UMNO & BN  membangkangnya dengan keras dan ganas .
Sekali lagi PAS mengambil pendekatan  Manhaj an Nabawi sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasul saw.
Wahai Manusia , Jangan kamu bercita – cita  mencari musuh dan mohonlah kepada Allah akan kesejhteraan , jika kamu  bertemu jua ( akan musuh ) maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya  syurga itu berada dibawah kilatan mata pedang kemudian baginda berdoa :  
Ya Allah , tuhan yang menurunkan al kitab ,  yang memperjalankan awan dan tuhan yang membinasakan tentera ahzab ,  hancurkanlah mereka ( musuh ) dan berilah kemenangan ke atas kami  .
 Sohih Bukhari Hadis No. 2804 Juz.3 / muka  surat 1082
Cetakan Darul Ibnu Kathir . Beirut
 Sohih  Muslim Hadis No.1742 Juz 3 / Muka surat  1362
Cetakan Dar Ihya’ Turath al A’rabi. Beirut
UMNO & BN Pembangkang yang Degil .
Bumi ini milik Allah , malah segalanya  dibawah kawalan Allah Jalla wa A’la . Selayaknya bumi ini amnya dan  tanahair ini khasnya ditadbir dan diselia berasaskan peraturan dan  perundangan ( syariat ) Ilahi .
Siapa kita untuk berkata “ tidak !”  kepada Allah swt. Lantas PAS sejak awal penubuhannya ( biarpun melalui  pelbagai kelemahan dan kekurangan ) terus mencadang supaya hukum Allah  ditegakkan sebagaimana firman Allah swt  yang bermaksud :
Dan hendaklah kamu berhukum diantara  mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau  mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka  jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa  yang telah diturunkan Allah kepadamu .
Jika mereka  berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka  ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada  kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh  kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .
Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ?  Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang  yang menyakini ( agamanya ) .
 
(Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50)
 
Namun malang 1001 kali  malang , ternyata UMNO & BN sangat degil dan merekalah pembangkang  yang “ istiqamah ” dengan penentangannya terhadap Islam yang dicadangkan  oleh PAS agar didaulatkan atas tanahair ini .
 
Sebenarnya tidak timbul siapakah yang akan  mendaulatkan Islam , tetapi yang penting ialah Islam mesti didaulatkan .  Jika UMNO bersedia mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat  sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw , PAS sangat bersedia untuk  bekerjasama demi kedaulatan Islam .
 
Malang sekali lagi malang seperti slogan  mereka , UMNO dulu , kini dan selamanya membangkang cadangan PAS agar  Islam didaulatkan . Persoalannya , kalau PAS cadang nak laksanakan hukum  Allah , mereka kata itu hukum PAS , hudud PAS atau Islam PAS lalu  dimanakah hukum UMNO , hudud UMNO dan Islam UMNO setelah rakyat memberi  mereka mandat yang besar dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu dan  sebelumnya . Kenapa mereka tidak melaksanakan Islam ?
 
Firman Allah swt :
 
الذين ان مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة و اتوا الزكوة و امروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور .
  
Orang – orang yang jika kami berikan  kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat ,  mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah  kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .
 
(Surah Al Hajj : Ayat 41)
 
Saya tidak percaya mandat yang diberi  untuk mereka memerintah adalah untuk mereka menghalalkan apa yang  diharamkan oleh Allah seperti arak , judi , kelab malam dan segala macam  mungkar serta kezaliman . Apa yang rakyat mahu ialah keadilan dan  kesejahteraan jua keamanan sedang segalanya itu ada bersama Islam .  Laksanakanlah !
 
0 ulasan:
Catat Ulasan