| Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHAHA)ad  alah sekuntum nama  harum yang mekar berkembang mewangi di persada perjuangan Islam di  Malaysia. Tidak terlalu melampau untuk kami, kader-kader PAS menganggap  beliau adalah bulan yang menyerlah di celahan kerdipan bebintang.
Dewasa ini, ada golongan tertentu (Pas Reform? ) yang  berusaha untuk menutup cahaya bulan gemilang itu dengan tangan-tangan  dan tulisan mereka. Golongan ini sebenarnya adalah warisan Abdullah bin  Ubai jika tidak keturunan Abdullah bin Saba’. Membina Masjid Dhirar  dalam Pas kerana cemburu dengan kepimpinan Ulamak yang dipimpin oleh  Dato’ Seri TGHAHA. Pelbagai usaha dilakukan oleh  puak ini (Pas Reform?) termasuklah kononnya mengembalikan nostalgia  kegemilangan kepimpinan Dato’ Fadhil Noor (DFN) yang sepertinya hilang  tidak berganti. Kita kader-kader tarbiyah Pas tidak langsung  mempertikaikan hakikat itu. DFN adalah RIJAL di zamannya. Namun, di  setiap era itu ada RIJAL nya. Hari ini adalah era TGHAHA. Jika DFN  diingati nama dan sumbangannya kepada keperkasaan Pas di era Reformasi  (1998-2002), kita wajar menginsafi bahawa Pas semakin hebat pada hari  ini adalah di bawah kepimpinan TGHAHA. Jika Barisan Alternatif yang  merupakan buah tangan DFN, nama Pakatan Rakyat adalah ilham dari TGHAHA.  Golongan ini (Pas Reform?) memperlekehkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa,  tetapi memuji Dato’ Fadhil Noor tanpa menyedari bahawa Dato’ Fadhil  Noor-lah yang telah memilih dan mengangkat Ustaz Nasharuddin Mat Isa  sebagai Setiausaha Agung Pas ketika itu.  Mereka  yang menggelarkan dirinya golongan Pas Reform (?) itu sebenarnya adalah  pendatang dalam wilayah Pas yang langsung tidak menghormati adat dan  budaya yang telah sedia ada dalam Pas. Mereka tidak mengenali TGHAHA  dengan sebenarnya.  Tinta sejarah perkembangan dakwah Islam di Malaysia  mencatatkan jasa dan sumbangan besar pidato TGHAHA kepada perubahan dan  kesedaran masyarakat untuk kembali kepada Islam yang syumul. Gabungan  tokoh-tokoh Ulamak dan tarbiyah di era 80-an itulah yang mencetuskan  kebangkitan Islam selepasnya. TGHAHA dianggap satu fenomena ketika itu. Hari ini, anak didik ataupun anak-anak didik kepada  anak didik beliau bertebaran di dalam Pas. Mereka ada di seluruh pelusuk  Negara hampir di semua peringkat. Mereka inilah yang menguasai jentera  Pas di peringkat akar umbi. Janganlah golongan Pas Reform (?) yang  sekadar berlegar di dunia maya merasakan mereka mendapat sokongan ramai  untuk kononnya melakukan perubahan dalam Pas dengan MELANGGAR  (menjatuhkan) Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sedarlah  bahawa di sana ada ribuan pemuda Pas yang bersedia mempertahankan TGHAHA  walau dengan jiwa-jiwa mereka. Jangan biadap  dengan Dato’ Seri TG Haji Abdul Hadi Awang! Dia mungkin boleh bersabar  sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar. Tapi, kami anak buahnya,  belum tentu mempu bersabar! | 
0 ulasan:
Catat Ulasan