Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal  kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha  rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan  Barry Wain.
Semalam Barry Wain mempertahan fakta  bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times’ dan turut  menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah  menyelewengkan wang negara lebih dari RM 100 Bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut;
“tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,”
Ini adalah satu alasan yang cuba  melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini  begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana  mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir.
Sehingga  kini Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka  duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan. Malah  dakwaan Wain bahawa ketika Daim menjadi Menteri Kewangan terdapat satu  akaun dana politik khas diperuntukan untuk Umno bernilai puluhan juta  juga tidak dinafikan oleh mana-mana pemimpin Umno.
PAS persoalkan kenapa Najib begitu takut  untuk membenarkan hal ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?
Rakyat menghargai sumbangan Mahathir,  tetapi itu bukan alasan untuk menyembunyikan fakta penyelewengan yang  telah dilakukan dan disambung oleh pemimpin selepasnya.
Rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja  dibentuk bagi menyelamatkan wang negara dari terus diselewengkan oleh  Umno-BN. Dakwaan Wain harus disiasat dan segala dokumen yang beliau  miliki harus didedahkan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ketua Penerangan PAS Pusat
 



 
 
 
 





 
1 ulasan:
najib jangan sangka rakyat hanya akan berdiam diri
Catat Ulasan