h.h![]() Now, ramai dah mula bercakap mengenai kasut crocs mempunyai kalimah Allah pada logonya. Saya harap ustaz dapat memeberi pandangan dalam hal ini. Boleh dikatakan ramai orang Malaysia pakai brand ini samada original mahupun yang tiruan. (Lihat Gambar) Jawapannya Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam.. ![]() Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu. ![]() Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat. Copy dari blog http://www.ustaznoramin.com/2010/05/kasut-crocs-ada-kalimah-alla Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya. Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini. Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa “inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan. Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab. |
Ahad, 30 Mei 2010
Gempar Kasut Crocs Ada Kalimah Allah
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Usia bantah keras konsert Inul Daratista

Katanya, gaya persembahan Inul Daratista boleh mempengaruhi akhlak golongan remaja.
“Perjuangan kita di sini adalah untuk memperkasakan akhlak generasi muda, dan kita tidak mahu pemikiran golongan ini terpesong dengan pengaruh hiburan yang seperti itu,” katanya.
Inul dijangka akan membuat persembahan di sini pada 28 Mei ini, melalui satu pakej hiburan panas yang dianjurkan oleh sebuah syarikat yang tidak dinamakan.
Zaki berkata, Usia memandang serius penganjuran konsert itu dan mendesak kerajaan supaya campur tangan.
“Kita bukan menentang pembangunan hiburan, tetapi kita perlu berhati-hati terhadap setiap bentuk hiburan yang dibawa ke bandar ini,” katanya dan mempersoalkan;
“Bagaimana permit konsert itu boleh diluluskan tanpa sebarang penapisan,”.
Di Bandar Tawau, konsert itu turut mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, apa yang mereka sifatkan nilai-nilainya bertentangan dengan agama Islam.
Malahan Zaki berkata, Inul sendiri seorang yang beragama Islam dan seharusnya tahu bahawa unsur-unsur persembahannya boleh mempengaruhi akhlak penonton.
Naib ketua itu yang menekankan, masyarakat Islam khususnya dan yang lain harus bersatu untuk menentang konsert itu.
“Apa yang sedang saya usahakan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada masa depan generasi rakyat di sini,” tambahnya.
Sejak lebih seminggu di Keningau, bahang konsert Inul yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Gelak Gerudi’ di sini rancak diperkatakan di kedai-kedai kopi, dan pasti mereka yang tidak sabar menanti adalah ribuan warga pendatang asing tanpa izin (PATI) di Keningau. -NST
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Selasa, 25 Mei 2010
MENYANGKAL TULISAN SAUDARA MOHD SHAUKI ABDUL MAJID PENGURUS PENYELIDIKAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIEM) BERKAITAN ISU LESEN PERJUDIAN.
Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:
Kesilapan Pertama: Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak
Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:
“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”
“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”
Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.
Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.
Kesilapan Kedua: Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi (dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.
Pengarang berkata:
“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”
Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).
Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.
Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia.(Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)
Seterusnya pengarang berkata:
“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.
Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”
Kemudian pengarang berkata lagi:
“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”
Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?
Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?
Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.
Kesilapan Ketiga: Pengarang silap menyebut kaedah syara’
Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:
“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”
Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).
Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:
“Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus”
"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
“Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum”
"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar”
"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
“Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum”
Pengarang berkata:
“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.
Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”
Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah “menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.
Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.
Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.
Kesilapan Keempat: Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi
Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.
Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:
“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”
“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”
Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.
Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.
Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.
Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.
Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Rabu, 19 Mei 2010
JUDI HARAM DAN JUDI HALAL KERJA SYAITAN - Amacam Judi Bola Sepak?
Bagi mereka yang sudah lama menyelami politik tanahair, judi halal yang diumumkan kerajaan ini, walaupun memeranjatkan tetapi bukanlah suatu yang baru. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen. ‘Judi berlesen’ telah lama dihalalkan di Malaysia. Siapa tidak tahu kasino Genting, kasino Bukit Tinggi, Magnum, Tanjung, Metroplex, Resort World Berjaya Group dan banyak lagi?
Menghalalkan Yang Haram Kerana Maslahat Dan Hukumnya
Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [TMQ al-Ma’idah (5):90].
Dari perkembangan terbaru ini, nampaknya Menteri Malaysia begitu berani melawan ayat-ayat Allah dengan menghalalkan apa yang Allah telah haramkan. Mereka betul-betul telah menjadikan syaitan sebagai kawan dan mendustakan ayat Allah dengan perbuatan terkutuk mereka ini. Firman Allah, “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” [TMQ an-Nahl (16):116].
Apakah pemimpin Malaysia begitu bodoh hingga tidak memahami ayat-ayat Allah yang qat’ie? Atau mereka tidak peduli dengan semua itu kerana merasakan merekalah pembuat undang-undang yang lebih hebat dari Allah? Nampaknya pemikiran bathil ini telah menyatu dan mendarah daging di dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Al-Quran.
Antara aspek terpenting ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah). Ini tidak terbatas kepada kita yang berada di Malaysia sahaja, bahkan juga kepada seluruh negara kaum Muslimin lainnya. Firman Allah Azza Wa Jalla,
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) dalam ayat ini, sepertimana juga dalam surah yang sama ayat 45 dan 47, mencakup siapa sahaja yang memiliki autoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu hukum (undang-undang) serta menerapkannya, baik sebagai ketua negara atau menteri-menterinya atau orang-orang yang diberi kuasa oleh mereka (untuk membuat hukum). Setiap orang yang memiliki autoriti untuk menerap dan memutuskan hukum, maka mereka termasuk dalam pengertian “yahkum” dalam ayat tersebut atau ayat-ayat lainnya.
Sebagai contoh, keharaman riba jelas qat’ie, sebab sumber dan maknanya adalah qat’ie sehingga tidak ada penafsiran lain lagi. Bila ada seorang penguasa yang membuat undang-undang yang membolehkan riba, maka dia sesungguhnya telah mengambil selain syariat Allah serta menerapkan hukum selain dari yang diturunkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang jelas telah diharamkan oleh Allah.
“barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
Tidak ada penafsiran lain lagi bagi ayat ini kecuali teramat jelas bahawa siapa yang berhukum dengan selain dari apa Allah turunkan, dengan puas, redha, mempertahankan dan tidak merasa bersalah dengannya, maka dia adalah termasuk orang-orang yang kafir!
Fakta yang sama status hukumnya dengan penghalalan riba adalah penghalalan judi, arak, zina, murtad dan seumpamanya. Dalam hal ini memang terdapat perbezaan antara orang yang melakukan riba atau judi tetapi dia meyakini bahawa riba atau judi itu haram, dengan, orang yang melakukan riba atau judi, namun dia meyakini bahawa riba atau judi itu halal.
Seorang Muslim yang sejati, baik penguasa mahupun rakyat, tidak akan mungkin meninggalkan syariat Allah atau redha dengan hukum kufur yang diterapkan. Jika dia merasa puas dan redha dengannya, maka dia bukanlah lagi muslim yang sejati. Firman Allah, “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan” [TMQ an-Nisa’ (4):65].
Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kalian anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kalian kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam! Dalam hal ini Allah SWT mengingatkan kita dalam kitabNya,
“Mereka telah menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan begitu pula dengan Al-Masih (Isa) bin Maryam (telah dituhankan pula), padahal mereka tidak diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan” [TMQ at-Taubah (9):31].
Ketika Rasulullah ditanya bagaimana mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan rahib dan pendita mereka sebagai Tuhan, baginda menjawab “Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka mentaatinya”.
Inilah yang dimaksudkan dengan menyembah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini di mana terdapat di kalangan penguasa kita yang jelas-jelas telah mengambil sikap seumpama rahib dan pendita Yahudi dan Nasrani yang dibenci dan dimurkai Allah. Penguasa umat Islam hari ini telah dengan jelas menghalalkan apa yang Allah haramkan!
Dalam riwayat lain disebut,
“dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Sesungguhnya para penguasa itulah yang merupakan punca kepada segala kemungkaran yang ada pada hari ini. Sistem mereka adalah mungkar, undang-undang mereka adalah mungkar, tingkah laku mereka juga penuh kemungkaran. Jika kalian lemah sekalipun untuk menegur dengan tangan atau lisan, kalian sekali-kali tidak boleh lemah untuk menegur dengan hati. Sesiapa sahaja yang tidak membenci tindakan penguasa seperti itu, maka sesungguhnya dia telah berdosa sebagaimana penguasa tersebut. Sabda Rasulullah SAW,
“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa...” [HR Muslim].
Kita hendaklah mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa sedaya upaya kita kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Bila aku memerintahkan dengan suatu perintah, maka tunaikanlah perintah itu sekuasa-kuasa kalian” [HR Mutafaq Alaih].
Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan atau kelalaian kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Justeru, cegahlah kemungkaran penguasa ini dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan syarak, baik dengan perbuatan, lisan mahupun penulisan agar kita semua terhindar dari dosa dan azab.
Khatimah
Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kalian dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan.
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Ancaman arak dan judi kepada masyarakat

Firman Allah: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu…”
Sehingga pada waktu ini belum lagi diturunkan hukum mengharamkan arak dan judi tetapi tidak ada pula satu nas al-Quran yang menghalalkan kedua-duanya. Malah Allah membimbing kelompok Muslimin yang baru itu selangkah demi selangkah ke jalan yang dikehendaki oleh-Nya.
Allah menciptakan kelompok ini di bawah perhatian-Nya untuk memainkan peranan yang ditentukan untuk mereka. Peranan yang amat besar ini tentulah tidak sesuai dengan kegiatan membuang waktu di dalam penagihan arak dan permainan judi. Ia tidak selaras dengan kerja-kerja membuang umur, membuang masa sedar dan membuang tenaga yang dilakukan oleh orang-orang yang kosong dari pekerjaan, iaitu orang-orang yang hanya asyik memuaskan kenikmatan nafsu mereka sahaja. Atau orang-orang yang diburu oleh kekosongan hidup lalu mereka penuhkannya dengan kemabukan arak dan bermain judi, atau orang yang diburu oleh jiwa mereka lalu mereka melarikan diri di dalam arak dan judi sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang hidup di dalam jahiliah, sekarang dan masa akan datang.
Namun, dalam menjalankan cara pendidikannya terhadap jiwa manusia, Islam bertindak dengan perlahan-lahan, selesa dan hati-hati. Ayat yang kita sedang bicarakan ini merupakan langkah pertama dari langkah-langkah pengharaman. Segala benda dan segala perbuatan kadang-kadang tidak semuanya tidak baik belaka.
Yang baik kadang-kadang bercampur dengan yang tidak baik dan yang tidak baik bercampur dengan yang baik di bumi ini, tetapi menjadi asas halal dan haram ialah wujudnya lebih banyak kebaikan atau wujudnya lebih banyak kejahatan. Jika dosa (keburukan) dalam penagihan arak dan permainan judi itu lebih besar dari manfaatnya, maka itulah sebab pengharaman dan larangan walaupun tidak dijelaskan di sini dengan lafaz pengharaman dan larangan.
Di sini penulis akan menyebut dua perkara iaitu arak dan judi. Ancamannya berdasarkan kitab al-Kabair oleh al-Zahabi:
Pertama: Ancaman daripada minum arak
Terdapat banyak hadis yang melarang keras daripada minum arak. Antaranya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
* “Jauhilah minuman keras, kerana sesungguhnya minuman keras itu punca dari segala kejahatan.” (Riwayat Hakim)
* “Semua minuman yang memabukkan itu adalah khamar dan setiap khamar itu adalah haram. Dan barang siapa yang minum khamar di dunia. Lalu mati dalam keadaan tidak bertaubat, sedangkan dia sangat menggemarinya, maka nanti dia tidak akan dapat merasainya di akhirat”. (Riwayat Ahmad dan Muslim)
* Siapa yang meminum khamar di dunia, maka dia akan diharamkan minuman khamar di akhirat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
* “Barang siapa yang meminum minuman keras, Allah tidak akan menerima sesuatu (kebaikan) daripadanya. Dan jika dia mabuk dari sebab minuman keras itu, tidak akan diterima solatnya selama 40 pagi (hari). Kemudian jika dia bertaubat, lalu kembali semula meminum minuman keras maka berhak Allah memberikannya minuman dari kotoran darah atau nanah neraka jahanam.” (Riwayat Ahmad dan Turmidzi)
Penulis menutup perbincangan ini dengan menukilkan kata-kata Prof. Dr. H. Mahmud Yunus dalam tafsirnya. Dalam ayat 219 teranglah bahawa arak itu sebenarnya ada manfaatnya seperti memanaskan tubuh, menghilangkan dukacita dan sebagainya. Tetapi kemudaratannya terlebih besar dari manfaatnya kerana ia berbahaya kepada kesihatan badan dan fikiran serta pembaziran.
Berkata salah seorang doktor dari Jerman, orang yang banyak minum arak ketika umurnya 40 tahun, tubuhnya dan fikirannya seperti orang yang berumur 60 tahun.
Zarro Aga seorang peladang Turki, telah berumur lebih 100 tahun, sedangkan kekuatan tubuhnya dan fikirannya seperti orang muda. Tatkala ditanyakan kepadanya, apakah yang menyebabkan yang demikian itu? Maka dia mengatakan, bahawa dia tidak minum arak sejak kecil lagi.
Doktor-doktor Eropah telah bersepakat, bahawa bahaya arak itu lebih besar dari manfaatnya. Seolah-olah mereka menerima peraturan al-Quran yang telah turun lebih 1,300 tahun dahulu.
Ulama bersepakat, bahawa minum arak yang diperbuat daripada buah anggur, hukumnya haram, baik sedikit ataupun banyak. Arak yang diperbuat selain daripada anggur boleh diminum sedikit (tidak memabukkan) menurut mazhab Hanafi.
Kedua: Ancaman daripada berjudi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
* Sesungguhnya ramai orang yang cuba mendapatkan harta Allah dengan cara yang tidak benar, maka mereka berhak memasuki neraka pada hari kiamat. (Riwayat Bukhari)
* Sesiapa yang mengatakan kepada temannya: Marilah kita bermain judi! Maka hendaklah dia bersedekah (sebagai kaffarah). (Riwayat Bukhari)
Kalau sekadar mengajak teman judi saja sudah diwajibkan membayar kaffarah (tebusan) dengan bersedekah, apatah lagi kalau sudah bermain judi.
Bahaya berjudi amat jelas. Seseorang boleh menjadi kaya-raya dalam masa yang singkat, sebaliknya boleh menjadi papa-kedana sehingga boleh merobohkan rumah tangga yang bahagia dan menjadi hina dina dalam masa yang singkat juga.
Firman Allah: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) supaya kamu berfikir.
Al-Maraghi berkata: Allah menyebut keampunan dan penambahan bagi mentakdirkan setiap kaum mengikut masa mereka dan yang layak dengan keadaan mereka. Yang dikehendaki dengan infak di sini ialah sedekah sunat kepada individu dan juga maslahah ummah.
Iktibar Ayat
* Setiap larangan Allah pasti mempunyai mafsadah jika dilakukannya, sebaliknya jika ditinggalkan pasti mendapat maslahah dan manfaat.
* Mudarat arak bukan semata-mata berkenaan kesihatan tetapi merangkumi keseluruhannya seperti badan, jiwa, akal, harta dan termasuk juga hubungan sesama manusia.
* Judi merupakan ancaman kepada masyarakat dan mudaratnya lebih besar daripada manfaat.
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun
Kalau ditakdirkan Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.
Mereka bunuh dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah.
Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan Bani Israel. Ia difirmankan:-
إِذْ أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6)
Firasat dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun. Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup.
Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka. Firman Allah Swt:-
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.
Menjadi amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak. Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka hidup-hidup.
وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana dosa apakah dia dibunuh,
Memanglah ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5 perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa. Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas, hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah.
Lihatlah angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007 sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia.
Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala. Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Abu Dawuud:-
عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِعِقَابٍ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha, Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik sanadnya).
Hari ini bala bukan setakat meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial, kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang boleh membawa kepada penzinaan.
Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit. Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh para pemerintah.
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَPerempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Selasa, 18 Mei 2010
Sediakan BANK khas UNTUK DIROMPAK!
Kecoh sekarang ni soal Judi sempena World Cup. satu respon yang patut kita beri perhatian adalah terhadap satu respon dari MP Kota Belut yang menyokong pemberian lesen judi ini.
1. "Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku".
2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
3. Dengan pemberian lesen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''
Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. baca di sini
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar muslim. Dan saya percaya beliau akan marah dengan sekuat hati sekiranya terdapat orang yang mempertikaikan keislamannya atau menuduh dia seorang jahil atau buta agama!
Saya suka untuk mencadangkan kepada beliau sebagaimana reaksi beliau terhadap isu ini, agar beliau mencadangkan kepada kerajaan yang disokongnya melaksanakan perkara di bawah ini:
1. Sekiranya 'perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku'.
Maka saya mencadangkan kepada beliau dan kerajaan sokongannya agar menubuhkan sebuah bank khas untuk dirompak. Dengan mewujudkan bank tersebut, kerajaan dapat mengawal dan mengurangkan kes jenayah rompakan bank-bank dan kedai-kedai emas yang berleluasa berlaku di dalam negara kita. Dan para perompak sendiri dapat memfokuskan rompakan mereka pada sebuah bank sahaja. Emm...bertuah kerajaan malaysiaku tercinta mampu mengurangkan kes rompakan. Inilah kerajaan yang sangat berjaya kan? Kerajaan 1 Malaysia kan!
Dan saya juga mengesyorkan kepada beliau dan kerajaan beliau agar menubuhkan pusat pelacuran yang berlesen. Dengan penubuhan tersebut, bukankah kerajaan mampu mengurangkan jenayah perdagangan orang secara haram dan secara tidak langsung kerajaan mampu mengurangkan jenayah haram tersebut. Haa...disebabkan lesen yang diberikan, semua jadi halal...Lepas ni, pejabat agama boleh berehat la. Polis pun tak perlu susah payah nak serbu. Para pelacur pun akan 'dihormati' kan. Kan cadangan bagus bagi kerajaan 1 Malaysia!
2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Haa...ini juga alasan yang sangat baik dari MP kita. Lebih baik kerajaan beri lesen buka bank untuk dirompak, dan perompak mesti membayar cukai. Duit yang dirompak pun tidak jatuh ke tangan undeground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih mantap lagi sekiranya, kerajaan sendiri yang menubuhkan dan meluluskan 'pertubuhan perompak'. Ini lagi mantap. Kerajaan dapat pantau rompakan yang berlaku dan pendapatan negara juga bertambah.
Begitu juga dalam kes pelacuran. Daripada duit jatuh ketangan undergroud yang berhubungkait dengan jenayah, lebih baik beri lesen je...lebih cantik lagi, kerajaan sendiri yang meluluskan 'pertubuhan pelacur' dan kerajaan sendiri yang menjadi 'bapa ayam'. Kan dapat kawal penipuan dan penyelewenan berlaku terhadap pelacuran. Ini cadangan bagus untuk 1 Malaysia!
3. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''
Tanya sikit kat MP kita ini, judi mana tu yang tiada penipuan? judi mana yang tidak menindas? judi mana yang tidak menjadikan ramai orang fakir? Judi mana ye? Kalau ada, nak belajar la juga dengan MP kita yang cerdik ni. Dan syarikat mana pula yang bertangungjawab penipuannya? kalau ada, nak cari juga ni. Mungkin syarikat judi yang MP kita ni yang tubuhkan kot! Baiknye lah syarikat perjudian tu!
Kesimpulan...kita bertambah bodoh bila menggunakan akal yang dangkal untuk membantah hukum Tuhan. Bukan MP Kota Belut seorang sahaja yang ada akal. Ramai lagi orang yang bukan mempunyai akal, bahkan mempunyai akal yang cerdik. Lebih cerdik dari dia...jangan kerana kumpulan atau puak, MP Kota Belut buta mata, buta mata hati...
Ingat lah...Kita HIDUP bukan untuk HIDUP, tapi kita HIDUP untuk YANG MAHA HIDUP. Kita HIDUP bukan untuk MATI, tetapi kita MATI untuk HIDUP... macam mana hidup kita nanti selepas mati? saat kita hidup untuk selama-lamanya...
Ingat lah kita, tak selamannya kita hidup di dunia ini...akhir sekali tersungkur di hadapan Allah. Jika sombong, jika bongkak dengan ALLAH di dunia ini, jangan terkejut dan menyesal kalau ALLAH akan tunjukkan 'kesombongan-Nya' dan 'kebongkakkan-Nya' depan kamu di akhirat nanti! Saat itu, tiada gunanya lagi.
sumber
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Jumaat, 14 Mei 2010
80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat
"“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
- Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
- Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
- Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Eksklusif: Gagal Jaga Sensitiviti, Umat Islam Perlu Buat Bantahan Besar-Besaran Dan Boikot Produk Keluaran Kumpulan Berjaya Itu Mulai Sekarang !!
Susulan keputusan Kerajaan "Islam Hadhari" UMNO BN yang meluluskan pengeluaran lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 ini, maka rakyat terutamanya yang beragama Islam perlu bangkit dan melakukan protes dengan segera. Tambahan pula kejohanan ini akan berlangsung tidak lama lagi (Jun 2010). Memandangkan syarikat yang memohon lesen itu adalah Berjaya Group, yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan (foto), maka langkah terbaik ialah "memboikot" produk dan bisnes-bisnes yang dikuasai oleh syarikatnya. Untuk menghalang kerajaan, mungkin agak sukar kerana kebenaran lesen itu telah pun diumumkan oleh Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin (Melayu Islam) dengan mendapat arahan daripada Perdana Menteri, Najib Razak (Melayu Islam). Maknanya, sia-sia sahaja beberapa kerat pemimpin UMNO peringkat bawahan berjuang dan melaungkan kononnya mereka membela Melayu dan Islam selama ini. Malah, ketika isu minum arak Datuk Zaid Ibrahim dikecohkan semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini maka kita menyangka bahawa UMNO benar-benar ikhlas mahu perjuangan maruah agama Islam itu sendiri.
Rupa-rupanya hanya "ritorik politik" untuk meraih undi semata-mata. Hakikatnya, pemimpin peringkat atasan UMNO tidak langsung peka kepada sensitiviti umat Islam di negara ini. Kebenaran memberikan kelulusan sesuatu yang haram bermakna menghina agama Islam itu sendiri. Makanya, bagi rakyat yang mengundi pemimpin dan parti yang menyokong benda yang haram seperti ini, apakah hukumnya di hari kiamat nanti?. Bukankah mereka sama-sama terlibat dan akan mendapat saham diakhirat nanti. Maka, jika selama ini kita sering memboikot produk-produk keluaran syarikat Yahudi kini kita juga harus melakukan perkara yang sama terhadap Berjaya Group. Atas alasan mereka gagal menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini, maka kita haruslah bertindak segera untuk memberi pengajaran kepada mereka.
[Kita juga agak hairan kenapa Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu UMNO yang katanya beragama Islam tergamak meluluskan lesen judi ini?. Apakah motif disebalik semua ini agaknya?. Mungkin juga da perjanjian sulit dengan Berjaya Group supaya memberi komisyen tertentu kepada kerajaan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka itulah kelulusan diberikan biarpun mendapat bantahan umat Islam di negara ini. Jika beginilah keadaannya, maka sia-sialah ahli UMNO peringkat bawahan berjuang untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa. Jika pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu sendiri khianat kepada amanah yang diberikan, bererti mereka telah menafikan hak ahli terbabit. Apalah lagi yang mahu ditunggu, berpijaklah dibumi yang nyata dan kembalilah ke pangkal jalan mulai sekarang. Jika tidak, dosa-dosa judi itu juga akan terpalit kepada mereka yang mengundi UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini sejak sekian lama]
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Khamis, 13 Mei 2010
Judi bola: Umno bawa negara mundur ke belakang
Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini. Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam. Inilah yang dirancang oleh penjajah dan Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri. Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh Umno dengan mendirikan masjid, pusat islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya Umno juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar. Maka sudah tiba masanya bagi orang melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum. Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam. PAS menyeru kepada penyokong-penyokong Umno yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS |
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Rabu, 12 Mei 2010
BALA DEMI BALA: KONSERT 12 JAM TANPA HENTI
Saya memetik kenyataan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berkata; agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini
"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah,"

http://rijaluddin88.blogspot.com
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR