Selasa, 18 Mei 2010

Sediakan BANK khas UNTUK DIROMPAK!

·


Kecoh sekarang ni soal Judi sempena World Cup. satu respon yang patut kita beri perhatian adalah terhadap satu respon dari MP Kota Belut yang menyokong pemberian lesen judi ini.

1. "Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku".

2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

3. Dengan pemberian lesen, syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Selain itu, syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''

Demikianlah kenyataan yang dikeluarkan Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. baca di sini

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar muslim. Dan saya percaya beliau akan marah dengan sekuat hati sekiranya terdapat orang yang mempertikaikan keislamannya atau menuduh dia seorang jahil atau buta agama!


Saya suka untuk mencadangkan kepada beliau sebagaimana reaksi beliau terhadap isu ini, agar beliau mencadangkan kepada kerajaan yang disokongnya melaksanakan perkara di bawah ini:


1. Sekiranya 'perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku'.
Maka saya mencadangkan kepada beliau dan kerajaan sokongannya agar menubuhkan sebuah bank khas untuk dirompak. Dengan mewujudkan bank tersebut, kerajaan dapat mengawal dan mengurangkan kes jenayah rompakan bank-bank dan kedai-kedai emas yang berleluasa berlaku di dalam negara kita. Dan para perompak sendiri dapat memfokuskan rompakan mereka pada sebuah bank sahaja. Emm...bertuah kerajaan malaysiaku tercinta mampu mengurangkan kes rompakan. Inilah kerajaan yang sangat berjaya kan? Kerajaan 1 Malaysia kan!
Dan saya juga mengesyorkan kepada beliau dan kerajaan beliau agar menubuhkan pusat pelacuran yang berlesen. Dengan penubuhan tersebut, bukankah kerajaan mampu mengurangkan jenayah perdagangan orang secara haram dan secara tidak langsung kerajaan mampu mengurangkan jenayah haram tersebut. Haa...disebabkan lesen yang diberikan, semua jadi halal...Lepas ni, pejabat agama boleh berehat la. Polis pun tak perlu susah payah nak serbu. Para pelacur pun akan 'dihormati' kan. Kan cadangan bagus bagi kerajaan 1 Malaysia!

2. "Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
Haa...ini juga alasan yang sangat baik dari MP kita. Lebih baik kerajaan beri lesen buka bank untuk dirompak, dan perompak mesti membayar cukai. Duit yang dirompak pun tidak jatuh ke tangan undeground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih mantap lagi sekiranya, kerajaan sendiri yang menubuhkan dan meluluskan 'pertubuhan perompak'. Ini lagi mantap. Kerajaan dapat pantau rompakan yang berlaku dan pendapatan negara juga bertambah.
Begitu juga dalam kes pelacuran. Daripada duit jatuh ketangan undergroud yang berhubungkait dengan jenayah, lebih baik beri lesen je...lebih cantik lagi, kerajaan sendiri yang meluluskan 'pertubuhan pelacur' dan kerajaan sendiri yang menjadi 'bapa ayam'. Kan dapat kawal penipuan dan penyelewenan berlaku terhadap pelacuran. Ini cadangan bagus untuk 1 Malaysia!

3. “Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''
Tanya sikit kat MP kita ini, judi mana tu yang tiada penipuan? judi mana yang tidak menindas? judi mana yang tidak menjadikan ramai orang fakir? Judi mana ye? Kalau ada, nak belajar la juga dengan MP kita yang cerdik ni. Dan syarikat mana pula yang bertangungjawab penipuannya? kalau ada, nak cari juga ni. Mungkin syarikat judi yang MP kita ni yang tubuhkan kot! Baiknye lah syarikat perjudian tu!

Kesimpulan...kita bertambah bodoh bila menggunakan akal yang dangkal untuk membantah hukum Tuhan. Bukan MP Kota Belut seorang sahaja yang ada akal. Ramai lagi  orang yang bukan mempunyai akal, bahkan mempunyai akal yang cerdik. Lebih cerdik dari dia...jangan kerana kumpulan atau puak, MP Kota Belut buta mata, buta mata hati...

Ingat lah...Kita HIDUP bukan untuk HIDUP, tapi kita HIDUP untuk YANG MAHA HIDUP. Kita HIDUP bukan untuk MATI, tetapi kita MATI untuk HIDUP... macam mana hidup kita nanti selepas mati? saat kita hidup untuk selama-lamanya...

Ingat lah kita, tak selamannya kita hidup di dunia ini...akhir sekali tersungkur di hadapan Allah. Jika sombong, jika bongkak dengan ALLAH di dunia ini, jangan terkejut dan menyesal kalau ALLAH akan tunjukkan 'kesombongan-Nya' dan 'kebongkakkan-Nya' depan kamu di akhirat nanti! Saat itu, tiada gunanya lagi.

sumber

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails