Rakyat  Malaysia seluruh negara berasa amat berpuas hati dan gembira apabila  melihat Barisan Nasional (SUPP) tumbang di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam. Satu keputusan "up-set" yang dianggap memberi  petanda awal zaman kejatuhan BN di Sarawak sudah mula muncul. Harus  diingat Sarawak dan Sabah adalah "talian  hayat BN" dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Jika mereka tewas  majoriti kerusi parlimen di sana maka lembaran baru politik negara sudah  bermula selepas 8 Mac 2008  lalu. Namun, segala perancangan untuk memastikan kemenangan BN sudah  diatur sejak awal-awal lagi oleh Suruhanjaya  Pilihan Raya (SPR). Mereka menambah begitu banyak kerusi  parlimen di kedua-dua negeri itu, sebagai persediaan untuk memastikan BN  terus berkuasa biarpun sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara  ini. Bagai sudah dijanjikan, keegoaan dan kesombongan pemimpin UMNO BN  mendabik dada kononnya mereka adalah "juara  rakyat" kini "memakan diri  sendiri". Laungan keramat, "rakyat  didahulukan" langsung tidak terkesan dihati pengundi Sibu.  Malah, mereka cukup benci dan meluat dengan "ugutan kerajaan BN" supaya mengundi calon BN jika mahu  segala projek dan wang yang dijanjikan "turun  kepada rakyat". Malah, berbagai projek "mee segera" yang senantiasa dicanang-canangkan oleh  mereka akhirnya menjadi "bukti"  betapa rakyat sudah tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin UMNO BN yang  sememangnya sudah "tidak keruan"  itu. Berbilion projek pembangunan dijanjikan jika BN menang, malah  media arus perdana juga begitu bangga memaparkan wajah-wajah pemimpin  UMNO BN melawat ke penempatan rakyat yang begitu daif dan memilukan hati  kita, walhal mereka tidak terfikir bahawa paparan itu menyebabkan  majoriti rakyat di Sibu melihat itulah  "kegagalan BN" sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka hanya  dilayan dan "ditatang bagai minyak yang  penuh" tatkala ada pilihanraya kecil sahaja. Sebaliknya, mereka  akan dipinggirkan selepas semua itu berakhir. Malah, di Sarawak banyak  lagi kawasan parlimen yang masih mundur dan perlukan pembelaan. Ini  jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya kerajaan BN pusat gagal  membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak  Bumi Kenyalang sebenarnya. Maka itulah mereka akhirnya ditolak  di parlimen Sibu.
Strategi SPR Tidak Menjadi  Buatkan BN Tewas
Pemimpin dan penyokong UMNO BN perlu menyalahkan diri  mereka sendiri kali ini. Janji-janji manis dan ugutan pembangunan sudah  tidak relevan lagi untuk politik alaf baru. Rakyat didahulukan, tetapi  dengan bersyarat "undi BN baru rakyat  didahulukan" jelas sekali menyebabkan pengundi Sibu memberontak.  Malah, ramai diantara mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu  keluar mengundi. Lantaran itulah sasaran SPR untuk melihat 80% pengundi  keluar menunaikan tanggungjawab mereka akhirnya tidak terlaksana.  Inilah yang membingungkan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yussof (foto) semalam. Beliau amat kecewa dengan  senario itu, dan beliau juga gusar akan dimarahi oleh Perdana Menteri, Najib Razak atas kekalahan yang  memalukan ini. Biarpun SPR sudah bersedia dengan "undi pos" dan BN berjaya memperolehi  majoritinya, namun takdir menentukan segalanya. BN akhirnya ditewaskan  dengan majoriti tipis 398 undi  sahaja. Inilah yang menyebabka puak-puak BN tidak dapat tidur lena.  Mimpi ngeri menghantui mereka kini. Inilah balasan akibat sikap "tidak cakna rakyat" yang ditunjukkan  oleh kerajaan BN selama ini. Jika dulu (PRU-12) calon BN Robert Lau Hoi Cew berjaya menang di  kerusi parlimen itu dengan majoriti 3,235  undi iaitu satu jumlah yang sukar untuk digugat sebenarnya jika  dicongak dengan mata kasar. Namun, akhirnya semua undi itu hilang  apabila ramai penyokong BN tidak keluar mengundi dan ini memberi  kemenangan buat DAP menerusi calon mereka yang juga merupakan seorang  Ahli Dewan Undangan Negeri dalam parlimen itu sendiri iaitu, YB Wong Ho Leng. Inilah keajaiban dan  kehebatan "suara rakyat"  sebenarnya. SPR sebagai komponen BN boleh lakukan apa sahaja untuk  pastikan BN menang, namun jika suara rakyat itu mengatasi segalanya maka  mereka akan tetap kecundang. Buktinya, bila majoriti DAP melebihi angka  undi pos yang telah tersedia untuk dicampurkan dengan undi biasa, maka  pihak SPR sudah gelabah kerana sudah nampak tanda awal Pakatan Rakyat  akan merampas parlimen Sibu. Itulah yang berlaku, biarpun DAP hanya  berjaya mendapat 70 undi sahaja dari keseluruhan undi pos yang dibuka.  Malah, jika 100% undi pos berpihak  kepada BN pun mereka masih kalah sebenarnya. Inilah hakikat dan  takdir yang berlaku di pilihanraya kecil Sibu. Apapun, syabas dan  tahniah kita ucapakan kepada semua pengundi yang telah bertindak bijak  untuk mencaturkan perubahan baru dalam iklim politik di negeri Sarawak.
Rakyat Benci Sikap Taib  Mahmud "Uban Putih"
 Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Ketua  Menteri Taib Mahmud (foto), selain tidak mahu berundur dan  ingin terus menongkat langit memerintah Sarawak sehingga kiamat.  Perangai Taib Mahmud ini samalah dengan perangai Samy Vellu terajui MIC sampai mati.  Lantaran itu rakyat melihat semakin hari semakin banyak kelemahan dan  kecurangan yang berlaku. Malah, keluarga Taib Mahmud dilihat semakin  kaya-raya bila mereka mengaut segala kekayaan dan khazanah negeri untuk "tembolok mereka". Rakyat dipedalaman  dipinggirkan dan dijadikan alat untuk memastikan beliau terus menang  dalam setiap kali pilihanraya berlaku. Taib Mahmud, banyak menyeleweng  dan merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga kroni  beliau sendiri. Rakyat sebenarnya sudah lama muak melihat kerenah dan  gelagat Ketua Menteri "uban putih" mereka  itu. Tidak ada cara lain untuk menolak kepimpinan Taib Mahmud,  melainkan dengan memastikan BN tumbang di Bumi Kenyalang itu. Maka  itulah, pengundi Parlimen Sibu menatijahkan kebencian mereka dengan  menolak calon BN yang akan bersekongkol dengan pentadbiran Kerajaan UMNO  BN peringkat pusat dan negeri. Penolakan secara total dijangka berlaku  dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan di Sibu hanyalah satu  amaran keras buat Taib Mahmud supaya melihat dan kembali kepada rakyat.  Mujurlah ada pilihanraya kecil Sibu, sekurang-kurangnya seluruh rakyat  Sarawak seenatero dunia dapat tahu kebobrokan dan pengabaian yang  dilakukan oleh Taib Mahmud terhadap rakyat di kawasan itu. Kita ucapkan  terima kasih kepada media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 yang memaparkan kepincangan yang berlaku.  Semoga semua ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat untuk terus  menolak BN itu.

Isu Lompat Parti Buatkan  Rakyat Menolak BN 
 Ramai yang tercari-cari kenapakah BN ditolak  rakyat di Sibu ini?. Namun, sedarkah kita bahawa rakyat sebenarnya benci  dan meluat dengan kerenah media arus perdana yang sering memaparkan isu  lompat parti terutamanya menjelang hari pengundian dalam satu-satu  pilihanraya. Malah, dua hari sebelum hari pengundi pilihanraya kecil  Sibu, tiba-tiba Ahli Parlimen Wangsa Maju dari Parti keadilan Rakyat, Wee Cho Keong (foto)  keluar parti dan bertindak menjadi wakil rakyat bebas. Malah, puak-puak  UMNO BN terutamanya TPM Muhyiddin  Yassin begitu lantang dan sombong menghina PKR dengan mengatakan  parti itu "Parti Kian Runtuh"  susulan isu lompat parti mutakhir ini. Akhirnya, lompat parti "makan tuan", mereka pula yang  menerima tamparan hebat apabila kerusi parlimen Sibu dirampas oleh  Pakatan Rakyat. Justeru itu, ini membuktikan kepada kita bahawa rakyat  sedikit pun tidak terkesan dengan beberapa orang "pengkianat lompat parti" yang  digembar-gemburkan selama ini. Malah, mereka mendabik dada kononnya  Parti Keadilan Rakyat akan berkubur selepas 10 orang wakil rakyatnya  lompat parti. Kini semuanya sudah terbukti, bahawa 10 lompat parti di  Semenanjung Malaysia masih tidak sama nilainya dengan satu parlimen "talian hayat BN" di Sarawak yang  dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malah sebelum ini, satu parti popular di  sana iaitu Sarawak National Party (SNAP)  telah bertindak menyertai pakatan itu. Rakyat juga melihat, semua Ahli  Parlimen dan ADUN yang lompat parti itu sebenarnya "telah dibeli" dan mendapat habuan  lumayan daripada kerajaan UMNO BN sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh  pemimpin terbabit, namun rakyat lebih mengetahui dan menilai apa yang  berlaku. Lantaran itulah mereka tidak mengikut jejak "pengkianat rakyat" terbabit. Maka itu  juga kita tidak hairan, setiap kali isu lompat parti diwar-warkan hanya  kelihatan pengkianat terbabit sahaja dan bukannya ribuan rakyat yang  mengundi mereka. Inilah bukti jelas bahawa rakyat benci dengan isu  lompat parti sebenarnya dan pengundi di Sibu merealisasikan kebencian  tersebut semalam. Inilah padahnya dan hikmah disebalik "isu lompat parti" yang sering  dicanangkan oleh mereka itu.

Jika PKR Parti Kian  Runtuh, BN Barisan Nazak
 Ketika ditemubual selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan di  Kuantan semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (foto)  dengan bangganya memperli dan menghina Parti  Keadilan Rakyat. Kononnya, parti itu kini dikenali sebagai "Parti Kian Runtuh" susulan semakin  ramai wakil rakyatnya yang "lompat  parti". Kenyataan itu dibuat ketika rakyat dan pengundi sedang  menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di Parlimen Sibu. Kata-kata  menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR  dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan  Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga. Inilah padahnya  bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat  untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini  layak digelar "Barisan Nazak".  Maknanya, BN itu sudah menghampiri ke penghujung hayatnya dan akan  berkubur bila-bila masa dari sekarang. Buktinya, talian hayat parlimen  BN di Sarawak kini berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat. BN tidak boleh  bergantung lagi kepada kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Ini kerana,  gara-gara pilihanraya kecil di Sibu mereka mendedahkan segala kelemahan  pentadbiran BN di negeri itu. Terbukti rakyat di situ terpinggir dari  arus pembangunan. Sedangkan umum mengetahui Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud kaya raya dan merompak  khazanah rakyat sesuka hati. Inilah hakikatnya yang perlu ditelan, jika  dia dibairkan terus berkuasa maka sudah pasti Sarawak juga  berkemungkinan besar akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.  Tumbangnya Sarawak bermakna akan tumbanglah kerajaan UMNO BN diperingkat  pusat. Jika ini berlaku, maka kuasa akan kembali kepada rakyat. Oleh  itu, marilah kita terus lakukan perubahan mulai sekarang !!

[Kenyataan yang harus ditelan sekarang  ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap profesional dan  tidak bersikap "double standard" dalam  melaksanakan amanah rakyat. Pilihanraya perlu dilakukan secara adil dan  saksama. Politik wang dan rasuah projek "mee segera" perlu diharamkan  dalam setiap kali pilihanraya. Jika amalan ini diteruskan oleh puak-puak  UMNO BN, maka harapan besar untuk kita melihat pakatan "BN @ Barisan Nazak" kian lumpuh pasti  menjadi kenyataan dalam pilihanraya umum akan datang. Ketika itu, apa  yang mahu dilakukan oleh SPR agaknya. Bila tanggungjawab melaksanakan  pilihanraya yang adil disalah gunakan, maka inilah jadinya. Mahu membuat  pengumuman dan diwawancara oleh media pun kita sudah dapat melihat  dengan jelas wajah "pucat dan gelabah"  Aziz Yusoff. Kenapa ini berlaku agaknya?. Kerana beliau diamanahkan  memastikan BN menang di Sibu, tetapi beliau hahal dan menanti saatnya  untuk dihembur oleh Perdana Menteri Najib Razak. BN perlu berubah jika  mahu terus diterima oleh majoriti rakyat].
sumber 
Selasa, 18 Mei 2010
Satu Analisis: Kemenangan DAP Di Parlimen Sibu, Petanda Awal Penolakan Rakyat Terhadap UMNO BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Akan Datang !
di
4:57 PG
·
      
Label: ANALISIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan