Memaparkan catatan dengan label ISU HAK MAHASIWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU HAK MAHASIWA. Papar semua catatan

Isnin, 28 Jun 2010

Berpolitik: Gamis mahu pensyarah diambil tindakan

· 0 ulasan

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mahu pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil tindakan tatatertib kepada seorang pensyarah universiti itu yang menyertai Umno Jumaat lalu.
Presidennya, Mohd Idris Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, UKM perlu adil dan konsisten apabila sebelum ini turut mengambil tindakan tatertib terhadap empat pelajar Sains Politik yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor lalu kerana di dakwa melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Gamis mendesak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan pendirian kepada seorang pensyarahnya Fadlan Mohd Othman yang secara jelas dan terang menyatakan kepada umum menyertai parti Umno," katanya.
Empat pelajar UKM yang dikenakan tindakan tatatertib sebelum ini ialah Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin, dan Azlin Shafina Mohamad Adza.
Mereka kini berjaya mendapat perintah injunksi sementara dari Mahkamah Tinggi bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.
"Bagaimana pula dengan seorang pensyarah yang terlibat dengan parti politik? Adakah ia dilepaskan oleh kerana menyertai parti politik kerajaan? Ataupun dia dilepaskan kerana dia adalah seorang pensyarah, dan bukan pelajar?" soalnya lagi.

Jumaat lalu, pensyarah UKM, Fadlan Mohd Othman bersama 39 orang lagi yang didakwa berlatarbelakang agama dilaporkan telah menyertai Umno.
Laporan sebelum itu mendakwa 100 orang ulama akan menyertai Umno termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Dr Asri bagaimanapun semalam menafikan penyertaannya ke dalam Umno seperti yang dispekulasikan banyak pihak sejak awal minggu lalu. -harakahdaily.net

Jumaat, 21 Mei 2010

BERIKAN HAK MAHASISWA 21 TAHUN UNTUK BERPOLITIK

· 0 ulasan

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
BERIKAN HAK MAHASISWA 21 TAHUN UNTUK BERPOLITIK
(21 MEI 2010)
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong kenyataan Pengerusi Pusat Perkembangan Budaya LLG, Datuk Dr. Toh Kin Woon yang menyatakan bahawa mahasiswa yang berusia lebih 21 tahun ke atas berhak untuk terjun ke dunia politik.
Datuk Dr. Toh Kin Woon memberikan respons terhadap tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas empat mahasiswa Sains Politik UKM yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.
Sebenarnya  tindakan empat mahasiswa UKM tersebut selari dengan Seksyen 119(1a) dalam Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun berhak menyertai politik dan layak mengundi dalam pilihanraya. DPPWP mempersoalkan, kalau sekiranya usia 21 tahun adalah usia kelayakan mengundi, mengapa mereka tidak dibenarkan untuk berpolitik dan menyatakan sikap mereka terhadap mana-mana parti politik. Bukankah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, justeru mengapa mesti ada sekatan terhadap empat mahasiswa tersebut untuk mengamalkan hak demokrasi mereka?
DPPWP berpandangan undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sangat tidak sesuai sekarang  kerana ia menyekat mahasiswa untuk menyatakan hak mereka. AUKU adalah alat untuk menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik, sedangkan dengan cara inilah mampu mematangkan mahasiswa dan melatih kepemimpinan mereka. Sepatutnya mahasiswa diberikan kebebasan mengenali lanskap politik negara, agar mereka tahu dan mampu menangani isu-isu semasa dengan baik. Apa yang berlaku hari ini, ramai mahasiswa yang tidak tahu menahu hal ehwal negara menyebabkan mereka menjadi lesu dan tidak bersikap proaktif dalam kepemimpinan mereka.
Lagipun, empat mahasiswa tersebut terlibat berkempen di luar dari universiti mereka, justeru apakah perlu universiti mengambil tindakan terhadap hak dan privasi mereka. DPPWP bersetuju sekiranya tindakan diambil apabila mereka mengabaikan pelajaran atau meninggalkan kelas pengajian serta menjatuhkan nama baik universiti. Apakah salah satu kesalahan telah dilakukan oleh mahasiswa terbabit?
Tindakan diambil terhadap mereka hanya kerana mereka berkempen untuk Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, tetapi bagaimana sekiranya mereka adalah ahli UMNO dan terlibat secara langsung dengan kempen di mana-mana pilihanraya kecil.
DPPWP berharap pihak UKM bersikap lebih profesional dan lebih rasional dalam menangani isu ini. Sememangnya UKM akan lebih gemilang seandainya mereka mampu memberikan ruang demokrasi bernafas di dalam kampus dan memberikan hak kepada mahasiswa yang telah berusia 21 tahun untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti politik atas nama demokrasi!
Disediakan oleh,
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Rabu, 19 Mei 2010

KPT : Penjara Mahasiswa

· 0 ulasan

smm_post
Kuala Lumpur, 18 Mei: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah mengadakn satu sidang media berikutan daripada kes mahasiswa di UKM yang disabitkan atas tuduhan melibatkan diri didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Tertuduh yang disabitkan adalah Sdr Hilman Idham,Sdr Ismail Aminuddin,Sdr Azlin Shafina Adzha dan Sdr Woon King Chai. Mereka semua merupakn Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM kecuali sdr Woon King Chai yang merupakan exco. Mengikut pertuduhan, mereka akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti.
Sdr Hilman ketika sidang media itu mengemukakan rasa tidak puas hatinya kerana beliau bersama rakan-rakan telah di dakwa kerana kesalahan itu,sedangkan mereka semua daripada jurusan Sains Politik dan tidak menjadi masalah sekiranya mereka turun ke lapangan sebenar.
” Saya berasa terkilan kerana sebagai pelajar jurusan Sains Politik tidak menjadi masalah sekiranya saya turun ke Pilihanraya untuk melihat situasi semasa” kata beliau
Tambah beliau lagi, sebelum ini beliau sudah turun ke banyak lokasi Pilihanraya, tetapi tidak menjadi masalah seperti ini. Beliau juga mempersoalkan tindakan KPT yang mengeluarkan pekeliling yang mengatakan Mahasiswa tidak boleh terlibat dalam pilihanraya sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk turun ke lapangan.- Mahasiswakini

Selasa, 18 Mei 2010

ISU PERAK-PEGAWAI DAN MB X SAH PERAK 2 X 5

· 0 ulasan

SALAM PERJUANGAN..
Saya tidak terkejut dengan sikap dan perangai pongos yang ditunjukkan pegawai perak.sila rujuk.Dan memang betul yang dinyatakan u Hairul,kalau dah namanya UMNO mmg tetap haprak dan kodi,x profesional.sanggup menggunakan kekerasan nak ugut pelajar,katanya B.A jordan,ada boleh pakai sijil macam tu..

kita boleh lihat bagaimana mb kudeta perak pun sama,menggunakan kesempatan hari guru nak salurkan doktrin UMNO.inilah menteri besar yang paling x tahu undang-undang,main rampas perak macam samseng,sampaikan speaker pun diangkat keluar..apa nak jadi...

Boleh lihat berita -berita tentang bkan perak  di sini

kalau menteri besar pahang yang suka mencarut..


inilah gambaran UMNO dan BE END,sebenarnya hayat UMNO dah x lama...kita boleh tengok pru 13 nanti umno terkubur dengan batu nisan yang dibuat oleh tangan mereka ssendiri.

Wahai mahasiswa Islam yang cintakan kebenaran,


Bangkitlah dari lenamu,adakah kita dikatakan berjuang tapi bcul dan penakut


dalam menghadapi risiko,bukan setakat pegawai negeri malah najib pun kita x takut dalam menyatakan kebenaran!!!

SATUKAN UKHWAH,PUSATKAN QUWWAH,SANGGAH SEGALA FITNAH!

KITA PMRAM!!

Angin Samseng Dari Bumi Perak Di Mesir

· 0 ulasan


Semua sedia maklum, kerajaan UMNO yang merampas kerajaan Perak daripda pakatan rakyat adalah kerajaan ala lanun. Memerintah tetapi takut untuk menghadapi kenyataan dan rakyat. Gaya mereka gaya lanun, tarik jubah speaker, tangkap orang dan macam-macam lagi. Itulah kerajaan Lanun Baru Perak yang takut untuk menyerahkan mandat pemerintahan sekali lagi kepada rakyat Perak. Takut untuk membiarkan Dun Perak dibubar dan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat dalam menentukan siapakah pilihan mereka. Samseng.

Siapa sangka, angin samseng itu rupanya singgah sebentar di rumah Perak di Mesir. Sebelum ini anak-anak Perak tenang di wisma penempatan mereka tanpa ada pegawai rumah negeri yang mentadbir. Baru-baru ini pegawai untuk rumah Perak akhirnya datang.

Saya bukanlah anti pegawai. Cuma selalunya para pelajar akan sedikit tegang apabila beberapa pegawai anak negeri sebelum ini akan memberikan tekanan, ancaman dan ugutan potong zakat kepada persatuan dan ahli.

Malam Jumaat lepas (13 Mei 2010) selepas sahaja pulang dari pengajian di Masjid al-Azhar al-Sharif, saya singgah sebentar ke Rumah Perak untuk menjemput isteri yang menghadiri majlis dialog yang menampilkan pegawai baru dan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Walau bagaimanapun, pegawai berumur 24 tahun ini tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Sedang saya dan kawan-kawan menjamu selera selepas majlis tamat, kami dikejutkan dengan kedatangan pegawai baru ini yang datang dalam keadaan marah dan terus meminta seorang pelajar Perak yang ada di situ untuk terus bertemu dengan dia dalam bilik pegawai. Semua terkejut. Datang dalam gaya marah-marah. Rupa-rupanya ada kawan-kawan yang tak ada kerja telah menghantar laporan penuh secara segera kepada pegawai berkenaan secara sukarela. Terima kasih buat budak-budak tak ada kerja itu.

Dari malam itu bermulalah gaya lanun dan gangster di Rumah Perak. Malam itu juga sekitar jam dua pagi, pintu rumah YDP KPIPM diketuk bertalu-talu oleh pegawai dan dua rakannya dalam keadaan lagaknya seperti gangster. Alamak. Macam stile duduk asrama masa time sekolah menengah dulu la. Stail panggil orang tengah-tengah malam.

Apa ini! Mau jadi gangster ker? Rumah Perak diserang gangster ker? Dengarnya dah ada dah budak Perak yang membelasah pelajar Buuth dalam asrama. Waw. Menarik. Nak buat cara budak tak matang. Nak belasah-belasah orang pula. Saya rasa pegawai kena ambil tindakan dengan gangster kampong dusun ini. Mana boleh biar ada orang belasah dan pukul orang lain. Ini bukan budaya budak-budak Mesir. Budak budaya pelajar agama! AMBIL TINDAKAN!!!! Saya cadang YDP laporkan kes pukul ini kepada ibu bapa pelajar yang dipukul. Hampeh. Ingat dia seorang sahaja yang ada penumbuk.

Lepas tu mulalah Muhaimin ini yang sedang mendapatkan hitam putih secara rasmi sebagai pegawai ugut kawan-kawan Perak bahawa mereka akan disekat zakat.

Ugut sekat Zakat? Saya memang pantang bila ada orang yang main-main dalam masalah Zakat. Dulu saya dan kawan-kawan Selangor pernah menerima ancaman bodoh macam ni. “Kalau awak tak nak ikut saya, awak akan kena potong zakat”. Inilah slogan yang pernah dimainkan oleh pihak penguasa dulu time UMNO memerintah Selangor. Ada pelajar Selangor yang dipotong zakatnya hanya semata-mata ikut PMRAM. Ingat zakat tu mak bapak dia punya yang sampai boleh main-main nak sekat zakat kawan-kawan pelajar?!!

Paling saya kesal, ada juga dua tiga ketul budak-budak Perak yang seakan suka bila ada kawan-kawan yang lain diugut dipotong zakat. Ada yang tulis dalam status YM masing-masing yang menggambarkan kegembiraan mereka bila ada yang kena dipotong zakat. “Kita tengok lepas ini siapa yang kena potong zakat” dan macam-macam lagi status hampeh yang dibuat. Ada juga spesis manusia yang bergembira apabila ada kawan-kawan diancam dengan ugutan seperti ini!!

Saya seru pada kawan-kawan Perak untuk bersabar dengan tekanan di musim peperiksaan ini. Kepada YDP sendiri, saya harap anda tabah melayan tekanan tidak matang ini. Teruskan study dan kawal emosi. Kalau ada orang yang nak minta suruh jumpa jam itu jam ini, sebut sikit: “Saya nak periksa”.

Semua kena sedar, zakat milik Allah. Jangan khianati hak Allah. Kepada yang suka sangat nak ugut orang dengan potong zakat; “Kalau zakat mak bapak korang punya, tak kesahlah. Tapi kalau zakat itu milik Allah, agak-agak kalau nak kena sumpah dan doa orang yang dizalimi oleh anda dan nak try rasa hidup dimurkai Allah, silakan.”

Perangai ugut zakat ni memang perangai budak UMNO. Hampeh.
http://hairulnizammathusain.blogspot.com/

Jumaat, 14 Mei 2010

Isu MUQAYYAD Nama SHOUBRA/MANSURAH - JPMK Putar Belit

· 0 ulasan




"JAWAPAN  BALAS TERHADAP KENYATAAN RASMI JABATAN PENUNTUT MALAYSIA KAHERAH (JPMK)
Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.
Beberapa punca masalah  telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :
1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.
Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah mendapat sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.
2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.




Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup  penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK  melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh  tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK  pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar  tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima  salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang  pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya  untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan  oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan  kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK  mengeluarkan  sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan  tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud  kekeliruan fakta yang jelas:

   29 April 2010
    Idaratul Wafidin  memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan  JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar,  hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog  Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).


Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.

IPT MALAYSIA SEMAKIN 'HEBAT' ?

· 0 ulasan



Oleh kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Pentadbir IPT khasnya IPTA bukannya sibuk untuk menaikkan imej dan kualiti IPT masing-masing tetapi sibuk 'berpolitik' dengan student dan kakitangan mereka. Semua gerak geri mereka dipantau sehingga kadang-kadang menjejaskan tanggungjawan hakiki mereka.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Rabu, 12 Mei 2010

GEMPAR! PEGAWAI JPMK-KJ DAN ZUL X BUAT KERJA !!!

· 0 ulasan

salam juang sahabat2ku,

saksikanlah betapa rintihan pelajar qiraat mesir didengari seluruh malaysia..

jpmk apa respon???....jangan keluar dekat buletin utama pulak..kang malu x pasal...

tajuknya -

 GEMPAR! PEGAWAI JPMK-KJ DAN ZUL X BUAT KERJA !!!

Jumaat, 7 Mei 2010

Ya Allah Peliharalah PMRAM

· 0 ulasan






KAHERAH, 6 Mei – Bacaan Yassin hari ini berkumandang di Pejabat PMRAM, bacaan yang dipimpin sendiri oleh Naib Presiden I, Saudara Adlan Mokhtarddin dan dilantunkan doa oleh Saudara Khairul Anwar Ismail selaku Penasihat PMRAM. Sebelum majlis bacaan Yassin berlangsung, majlis dimulakan dengan solat sunat hajat. Majlis itu berlangsung sekitar jam 10 malam dan dihadiri oleh semua Badan Pengurus dan Penasihat PMRAM.
Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dua orang Penasihat PMRAM iaitu Saudara Khairul Anwar Ismail dan Saudara Abdul Mu’izz Muhammad. Suasana ketika itu kelihatan sayu dan hiba apabila kedua-dua orang Penasihat PMRAM ini memberikan kata-kata peransang dan semangat. Mereka mengharapkan kepimpinan PMRAM pada tahun ini mampu dan berjaya menggalas amanah ini dengan sebaik-baiknya.
“Peliharalah hubungan kalian dengan Allah, yakin dan percayalah Allah pasti menjaga persatuan ini jika kalian sentiasa menjaga hak-hakNya” tegas Mantan Presiden PMRAM 2008, Saudara Khairul Anwar Ismail.
“Jika hari ini Allah masih lagi memelihara Ka’bah, sama-samalah kita mendoakan agar Allah menjaga PMRAM sepertimana Allah memelihara Ka’bah” ujar Mantan Presiden PMRAM 2009, Saudara Abdul Mu’izz Muhammad.
Sebelum penutupan majlis, Presiden PMRAM mengharapkan kepimpinan PMRAM agar dapat mengimbangi tuntutan sebagai pimpinan mahasiswa dan tuntutan pembelajaran.
“Jangan jadikan isu yang melanda ketika ini, sebagai penghalang untuk meneruskan gerak kerja Islam dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi” nasihat Saudara Shahrizan Mohd Hazime.
Beliau berkata demikian ketika memberikan amanat di akhir majlis solat hajat dan bacaan yassin di Pejabat PMRAM malam ini.

Khamis, 6 Mei 2010

SANG PUTAR ALAM AUTA LAGI !!

· 0 ulasan

Berikut merupakan jawapan balas terhadap kenyataan rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.


Beberapa punca masalah telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :

1. Pelajar lewat sampai ke Mesir.

Buat makluman, mahasiswa/si tidak pernah sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.

2. Pelajar lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22 November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.

3. Visa telah tamat tempoh dan ada sebahagian pelajar tidak membuat visa. Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) menerima salinan visa yang terakhir pada 26 Disember 2009.

Masalah visa adalah rentetan daripada masalah yang pertama dan mahasiswa/wi Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya untuk kali kedua .

4. Wakil pelajar tidak mengikut prosedur yang diberikan oleh pegawai JPMK. Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan pemeriksaan kesihatan dapat menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober 2009.

Kami menafikan pihak JPMK mengeluarkan sebarang prosedur bagi isu ini untuk dipatuhi

Dalam kenyataan tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK wujud kekeliruan fakta yang jelas:

29 April 2010
Idaratul Wafidin memulangkan semua fail pelajar kepada JPMK

Kenyataan ini bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan JPMK di dalam blog rasminya yang menyatakan:

“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.

Sila rujuk blog Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).

Berikutan ini, kami membuat kesimpulan bahawa :

                         sang putar alam semesta sedang auta

1. JPMK membuat tuduhan tidak berasas terhadap pelajar.


2. JPMK cuba lepas tangan terhadap masalah ini.


3. JPMK lambat dalam bertindak menyelesaikan masalah ini.


4. JPMK memutar belitkan fakta.



Disediakan oleh :

Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Mansurah.

Md Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.
 

sumber 

Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar gagal ambil periksa

· 0 ulasan



Mahasiswa kecewa   
Kekesalan jelas terpampang di wajah mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar sesi kemasukan 2009. Bayangkan jika anda sudah berada di pusat pengajian hampir 7 bulan, setelah bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran, tetapi tidak dibenarkan memasuki peperiksaan. Mereka amat-amat kesal dan kecewa oleh sikap seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo yang menjadi penyebab mereka tidak dapat memasuki peperiksaan. Anda pasti tertanya-tanya, kenapakah mereka tidak dibenarkan memasuki peperiksaan? Jawapannya ialah disebabkan sikap tidak professional dan tidak ada sifat integriti pada seorang pegawai yang menguruskan bahagian pendaftaran mereka iaitu Encik Khairi Jalaluddin.
Beliaulah punca mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar lemah semangat untuk meneruskan pengajian. Sedangkan jawatan yang disandangnya ialah bahagian pendidikan. Sepatutnya beliau menjadikan mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini bersemangat untuk belajar, tetapi hal sebaliknya telah berlaku. Mahasiswa-mahasiswi Qiraat Al-Azhar tidak dapat menduduki peperiksaan adalah kerana urusan pendaftaran yang masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.
Semua borang-borang yang berkaitan dengan pendaftaran telah pun diserahkan oleh pihak mahasiswa kepada Khairi bahagian Atase Pendidikan MSD Cairo pada bulan Disember 2009 lagi. Tetapi hingga bulan Mei 2010, nama mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat Al-Azhar masih lagi tiada di maahad. Persoalan yang timbul ialah, Encik Khairi bin Jalaluddin ini menjalankan tugas atau tidak? Dalam jangka masa 5 bulan, amat mustahil jika urusan pendaftaran masih belum selesai.
Berita yang amat mengecewakan lagi ialah apabila beliau selalu mengeluarkan janji-janji manis semata-mata untuk menyejukkan hati mahasiswa-mahasiswi yang bertanya. Pihak pengurusan pelajar telah berjumpa dengan pegawai yang menguruskan sesi pendaftaran ini. Jawapan yang diberikan ialah nama mahasiswa-mahasiswi akan berada di Maahad Qiraat dalam masa 10 hari lagi. Setelah 10 hari dan beberapa kali 10 hari pihak pengurusan pelajar berulang alik bertanya tentang masalah pendaftaran ini seperti yang dijanjikan. Ternyata janji manis bertukar tawar.
Khairi juga telah menjanjikan bahawa hasil pertemuan beliau dengan Syeikhul Al-Azhar untuk menyelesaikan masalah ini akan dimaklumkan. Kemudian beliau bertukar pula kenyataan bahawa beliau akan menyiarkan di dalam laman web Atase pendidikan (http://ataseakademik.blogspot.com) pada 5/6/2010. Hingga hari ini 6/5/2010 tidak disiarkan. Apabila mahasiswa-mahasiswi bertanya, beliau menyuruhnya supaya bertanya kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Apa kaitannya hasil pertemuan itu dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia? Susah sangatkah untuk berlaku jujur? Kemudian apabila ditanya lagi, beliau menyuruh mahasiswa bertanya kepada Encik Zulkifli (pegawai JPMK).
Apa yang mahu diutarakan disini ialah kenyataan beliau yang sering bertukar dan bersifat menipu mengakibatkan mahasiswa-mahasiswi merasa meluat dengan janji-janjinya. Benarkah beliau ingin menjaga kebajikan pelajar di Mesir? Bukankah kewujudan JPMK adalah untuk menjaga kebajikan pelajar? Sungguh kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau. Terbaru beliau mengeluarkan kenyataan bahawa mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat dibenarkan menduduki peperiksaan pada bulan Julai. Kenyataan ini dikeluarkan melalui mulut yang manis! Bukan bertulis.
Mahasiswa-mahasiswi Qiraat merasa amat-amat tertekan dengan adanya pegawai yang bersikap sebegini. Kenyataan peperiksaan boleh diambil pada bulan Julai ternyata membuatkan mahasiswa-mahasiswi Maahad Qiraat tidak percaya akibat beberapa kali telah ditipu oleh beliau. Semoga Allah s.w.t. membalas perbuatannya dengan balasan yang setimpal!
Kami merayu kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah ini supaya tampil membantu kami di sini kerana suara kami semakin dipermain-mainkan oleh beliau. Kami amat berharap kepada pihak berwajib di Malaysia mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pegawai ini kerana telah menyebabkan kami susah untuk mengaji di Mesir. Kami amat sedih dan kesal diperlakukan sebegini. Kami datang ke sini adalah untuk menuntut Ilmu, malangnya diperlakukan seperti ini. Sekian, sekadar meluahkan rasa.
Semoga Allah mendengar rintihan kami penuntut ilmu di sini.

Tulisan Khairi 30 April lalu

Saya juga merasa kesal dengan kejadian ini dan mendapat tahu ianya juga berlaku pada tahun-tahun sebelumnya, sebelum saya hadir, ke bumi kinanah ini. Denyut nadi dan rintihan pelajar dapat dirasai menyebabkan saya kurang selera nak makan, saya tak mampu nak jawab semua panggilan telefon dengan masalah pelajar perubatan yang masih juga tertunggak sebelum saya ke sini. Justeru, pihak kami sedang berusaha semaksimum mungkin untuk menjernihkan keadaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya datang ke sini untuk menyelesaikan masalah dan tidak ada di hati kecil saya perasaan untuk "memilih bulu" dalam menyelesaikan hal pelajar samada perubatan atau pengajian Islam.
Setakat ini, apa yang saya dapati kenyataan hanyalah dibuat secara lisan "bahawa pelajar Qiraat akan dita'jilkan (dilambatkan) mengambil peperiksaan pada bulan Julai" oleh Syeikh Abdul Baqi, Amin al-Aam Majmak al-Bhuth al-Islamiah pada 29 April 2010 (Khamis). Saksi utama ialah Ustaz Sulaiman Zaki.

Justeru, pihak JPMK berusaha sekali lagi dengan mengaturkan pertemuan dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib pada hari Selasa 4 Mei 2010.

Syeikh al-Azhar ini merupakan ulamak yang hebat dan mematuhi undang-undang. Sudah tentu dia mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dari yang sebelumnya.

Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar.

Mohon kepada pelajar-pelajar solat hajat, agar dibukakan hati Syeikh al-Azhar yang baru ini supaya beliau bersetuju membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010.

Saya menasihatkan pelajar agar mengulang kaji lagi "hafazan al-Quran secara bertulis" sebelum keputusan secara hitam putih dipaparkan di laman web JPMK.


Saya juga sedang mengumpul maklumat dan punca kelewatan dari pelbagai sumber. Jika ada sebarang maklumat sila hantar e-mail kepada irfankhairi08@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , Harapan saya jangan buat spekulasi tetapi carilah jalan untuk menyelesaikan.

"Anggaplah ini adalah sunnah orang yang berjuang. Semoga al-Quran dapat membentuk akhlak kita semua"

http://www.harakahdaily.net
ulasan-kalau dah kerjanya buat kerja UMNO,ada boleh siap kerja JPMK ???

Isnin, 3 Mei 2010

Tentang ARMA : Fakta Yang Tidak Mungkin Berubah

· 0 ulasan

Perintis permulaan perjuangan mendapatkan sebuah penempatan anak Melayu bukanlah satu usaha yang baru malahan usahanya menjangkau puluhan tahun melepasi beberapa dasawarsa kewujudan PMRAM di bumi Anbiya’ ini.Langkahan pertama diatur pada tahun 1932 ,pelbagai usaha telah diperhebatkan samada dari segi pengumpulan dana, pancarian lokasi dan penubuhan sebuah jawatankuasa yang dikenali dengan “ Panitia Rumah Melayu ”.Kewujudan jawatankuasa ini secara langsung bertindak dalam segala pengurusan yang berkaitan dengan ARMA.

Pengumpulan dana merangkumi dari pelbagai pihak termasuk jemaah-jemaah haji yang datang ke tanah suci Mekah.Di antara yang terlibat secara langsung untuk mendapatkan ARMA adalah Almarhum Dato’ Haji Abdul Jalil Hasan yang merupakan Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1960. Beliau juga terlibat dengan penubuhan PPS ( Persekutuan Putera-putera Semenanjung ) pada tahun 1930 telah menyatakan bahawa jumlah dana Rumah Melayu yang terkumpul pada Bendahari PPS adalah sebanyak RM 1544.50.

Dengan usaha gigih generasi ketika itu ,beberapa sumbangan derma telah diperolehi di antaranya kunjungan Tuan Haji Hussien bin Haji Ya’qub (seornag peniaga Melayu terkenal di Kelantan), begitu juga yang berlaku pada 1952, Persidangan Raja-raja Melayu telah memutuskan supaya setiap Majlis Agama Negeri dan Pejabat Agama di setiap negeri melancarkan sumbangan dengan menetapkan jumlah yang tidak kurang daripada RM 6500.00.

Pada tahun 1954, Badan Pengurus telah mengambil inisiatif untuk terus berjumpa dengan Almarhum Presiden Mesir ,Jamal Abdul Nasir bagi memohon sebidang tanah yang bertujuan untuk pembinaan. Hubungan yang baik terjalin di antara PPS dan Kerajaan Mesir dibuktikan lagi dengan perjanjian Jamal Abdul Nasir yang akan memberikan sebidang tanah kepada PPS.

Setahun kemudian pada 1955,beliau telah memperuntukkan sebidang tanah dengan keluasan 600 meter persegi di dalam kawasan Bandar Kaherah [ Tahrir ] yang diberikan secara percuma yang pada ketika itu telah ditukar nama kepada PMM pada tahun 1952. Akhirnya pada tahun pada tahun 1959 sebidang tanah yang berkeluasan 2,212 meter persegi telah sah menjadi milik PMM melalui sebuah majlis penyerahan geran tanah yang telah dihadiri oleh YDP PMM ketika itu Ustaz Wan Mokhtar Ahmad. Maka dengan itu telah termaktubnya pemilikan tanah tersebut yang diakui oleh Kerajaan Republik Arab Mesir malahan juga diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Maka peraturan - peraturan Asrama Rumah Melayu Abbasiah diwujudkan dengan disahkan oleh ketiga-tiga pihak iaitu Duta Besar Kaherah,Pengarah Jabatan Penuntut dan YDP PMRAM.Di antaranya peraturan-peraturan yang telah termaktub pada 1981 adalah seperti berikut :

- Pada ceraiaan 1.2 [ Pendahuluan ] – Asrama ini dibina oleh Kerajaan Malaysia dan diletakkan dibawah naungan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
- Pada ceraiaan 1.3 [ Pendahuluan ] – Tapak bangunan ini diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 1.6 [ Pendahuluan ] – Anjung tingkat bawah Asrama ini adalah dikhaskan sebagai Pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
- Pada ceraiaan 2.3 [ Pentadbiran dan Pengurusan ] – Dasar pentadbiran ARMA ini dapat diputuskan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada :

• Pengarah JPM ( Pengerusi)
• Penyelia Asrama ( Setiausaha )
• Pegawai Kebajikan 1 ( AJK )
• Pegawai Kebajikan 2 ( AJK )
• Juruwati Asrama ( AJK )
• 3 Wakil PMRAM ( AJK )

** Jawatakuasa in bertindak dalam sebarang bentuk perubahan dasar dan membuat keputusan serta menjadi penasihat dan mempertimbangkan segala rayuan yang berkaitan dengan Asrama Rumah Melayu Abbasiah.

Namun begitu ,pada tahun 1992 KBMK telah memutuskan hubungan dengan PMRAM sekaligus menyatakan peraturan ARMA yang telah dipersetujui dahulu secara langsung dimansuhkan.Jika diteliti tiada satu ceraian dalam peraturan tersebut menyatakan apabila tiada kerjasama antara KBMK dan PMRAM maka secara langsung peraturan ARMA dimansuhkan. Usaha PMRAM tidak pernah pudar dek zaman yang terus laju melangkah ke hadapan oleh kerana yang sedemikian pada 13 November 2000, satu mesyuarat telah diadakan di antara Badan Pengurus PMRAM dan Duta Besar Malaysia Kaherah .Dalam perjumpaan tersebut ,beliau sendiri telah mengakui bahawa peraturan ARMA yang baru pada 1999 tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak PMRAM.Wakil Penasihat dan Badan Pengurus PMRAM yang hadir bersama ketika itu, Presiden PMRAM Ustaz Mohd Nizam Mohd Noh, Ketua Penasihat Ustaz Anhar Opir, AJK Penasihat Ustaz Azhar Yahya, Badan Pengurus ,Ustaz Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ustaz Hasri Hassan dan Ustaz Muhidir Tamjis. Seterusnya pada ketika itu juga Peraturan ARMA 1971 dan 1986 masih diterima pakai ataupun dengan erti kata lain diiktiraf .

Burhubung hak pemilikan tanah, PMRAM mengiktiraf bahawa nama pemilik yang tercatat pada geran tanah itu pada masa kini ialah Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia), akan tetapi PMRAM tetap memiliki keistimewaan sebagai tuan tanah yang asal kerana usaha-usaha memperolehi tanah itu keseluruhannya adalah hasil perjuangan PMRAM dengan sokongan pelbagai pihak tanpa melibatkan kerajaan Malaysia. Pindaan nama itu dibuat oleh PMRAM hanya semata-mata bertujuan mematuhi protokol bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mengeluarkan bantuan kewangan sebanyak 250,000.00 Ringgit Malaya yang telah dijanjikan. Perkara ini berlaku pada tahun 1959 apabila Tan Sri Khir Johari yang datang ke Mesir sebagai Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa wang peruntukan tersebut tidak dapat dikeluarkan melainkan setelah nama tanah itu ditukar kepada nama Persekutuan Tanak Melayu. Bagi menunaikan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, Panitia Rumah Melayu telah berusaha pula untuk menukarkan nama yang tercatat pada geran tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Akhirnya pada bulan Jun 1960, sempurnalah proses penukaran tersebut dan wang bantuan yang dijanjikan dapat disalurkan.

Perihal ini telah menjadi bukti bahawa,PMRAM masih lagi mempunyai hak ke atas ARMA sehingga kini. Cuma apa yang berlaku hari ini adalah beberapa peraturan ARMA telah diubah tanpa sebarang makluman dan persetujuan daripada pihak PMRAM seperti yang telah termakbtub di dalam peraturan ARMA.

Ahad, 2 Mei 2010

JPMK-JANGAN PANDANG MAHASISWA KAYU

· 0 ulasan

PMRAM DIMINTA JANGAN MENYUSAHKAN PELAJAR

"Saya juga menasihatkan pelajar, jangan menyusahkan diri melakukan kerja-kerja polis dengan memeriksa kami. Saya dapati wakil PMRAM (pelajar) di Tanta tersebut ditelefon sebanyak 8 kali sewaktu berada di dalam kuliah oleh polis. Kemudian dimarahi pula selepas itu (Polis itu kerani rupanya). Saya berpendapat ini menganggu pembelajaran pelajar terbabit. Jika ibubapa pelajar tersebut tahu mungkin mereka juga tidak merestui hal itu berlaku kepada anaknya"

http://ataseakademik.blogspot.com/


SALAM JUANG DAN SALAM REFORMASI,

Kita boleh melihat sendiri betapa angkuhnya tulisan yang dibuat oleh kj ini,kalau kj betul-betul arif tentang keadaan politik semasa di Mesir,kami cabar laksanakan tanpa bantuan Pmram!

kj kena sedar akam kudrat diri yang lemah itu,setakat nak berlari 100 meter dah x mampu,jangan nak mencabar maruah dan kredibiti mahasiswa.

kj kena insaf dan sedar,

PMRAM BUKAN SETAKAT BP DAN HEWI SAHAJA TAPI KAMI SEMUA ADALAH PMRAM!

JANGAN DICUIT APATAH LAGI DICABAR SEDEMIKIAN RUPA,KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL JANGAN LAUTAN HENDAK DIDUGA...

KJ BELUM KENAL KUASA MAHASISWA/SI MESIR!

PMRAM adalah wadah kami dan wasilah perjuangan kami,termasuk PMRAM cawangan Tanta.dan kj kena sedar dan bangun dari mimpi.PMRAM ini ditubuhkan sebelum kj lahir lagi...dan usianya lebih tua dan lebih matang dari JPMK DAN KBMK.

KATA KJ LAGI-

Kemudian “polisi” yang dikatakan oleh Presiden PMRAM iaitu semua pegawai Kerajaan kena rujuk PMRAM sebelum ke sesuatu tempat itu saya berpendapat adalah tidak betul dan tidak ada dalam penjanjian antara negara. Kalau betul ada, sila berikan dokumen tersebut untuk rujukan dan tindakan Kedutaan.

Wahai kj,sedarlah akan kudrat diri,JPMK DAN PMRAM saling memerlukan,dan tidak keterlalauan jika saya katakan bahawa PMRAM lebih rajin dan meluangkan masa yang sangat maksimum untuk kebajikan pelajar berbanding JPMK.

KITA BOLEH LIHAT SENDIRI PADA 29 APRIL baru ini,siapa yang turun padang??

ada kj pergi maahad qiraat mansurah,mlihat bagaimana betapa hampa mahasiswi balik dalam keaadaan kecewa tidak exam?

macamni lah kj,ayat yang mudah nak faham,PMRAM BUAT KERJA X DIBAYAR,TAPI KJ DAPAT GAJI DUIT RAKYAT??

KALAU YANG TU SUSAH NAK FAHAM,boleh balik jordan belajar balik la ye..

maaf sekiranya bahasa kurang menyenangkan,tapi siapa yang cucuk siapa?jangan dipersalahkan sebelah pihak tanpa usul periksa..

Untuk semua mahasiswa/i azhar,

ADAKAH ANTUM DAN ANTUNNA BERSAMA PMRAM???

Related Posts with Thumbnails