
Khamis, 13/05/2010 – Perdana Meneteri Turki, Rajab  Tayyib Erdogan memaklumkan bahawa Turki akan bekerjasama dengan  negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan zalim yang dikenakan  keatas Gaza, dengan menjelaskan bahawa usaha tersebut juga akan bergerak  kearah membangunkan kembali apa yang telah dimusnahkan oleh alat  peperangan Zionis sejak 15 bulan yang lalu.
Perkara ini muncul dalam pertemuan Erdogan dengan delegasi  berkedudukan tinggi yang mengadakan “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan  Kepungan ke Atas Gaza” dan Pusat “KEMBALI” rakyat Palestin yang juga  turut serta dengan beberapa Pertubuhan Masyarakat Eropah, pada hari  Isnin (10/5).
Erdogan menekankan penolakannya terhadap kepungan yang berlaku ke  atas Gaza, dan beliau berkata dalam pertemuan tersebut “ Turki  bekerjasama dengan beberapa Negara yang lain untuk menghapuskan kepungan  (keatas Gaza),dan perkara tersebut (sebenarnya) menjadi keutamaan bagi  dirinya dan Negara Turki sendiri”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
Khamis, 13 Mei 2010
Erdogan: Kami berusaha dengan negara-negara lain untuk menghapuskan kepungan Gaza
di
2:33 PTG
·
      
Label: ISU PALESTIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan