Sabtu, 22 Mei 2010
Kelantan Dahului Kerajaan Persekutuan
di
12:29 PG
·
KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah membuat peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.
Menurut Pemangku Naib Ketua, DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, tindakan ini telah kerajaan Kelantan membela kebajikan wanita.
"Wanita yang bersalin sudah tentu memerlukan rehat yang panjang bagi memulihkan tenaga dan mengembalikan kecergasan mereka. Di samping itu, ia juga bagi membolehkan kaum wanita menjaga anak yang baru lahir agar aspek pembesarannya tidak terjejas," kata beliau.
Beliau yang mewakili DPPWP melihat pandangan yang menyatakan produktiviti kerja penjawat awam akan terjejas amat tidak realistik.
Hal Ini kerana, tempoh cuti 90 hari hanya untuk wanita bersalin sahaja, sementara wanita yang tidak bersalin boleh membantu menyelesaikan kerja-kerja wanita yang bercuti bersalin.
"Tambahan pula, kakitangan lelaki boleh diserapkan bagi menampung kerja-kerja yang ditinggalkan oleh wanita bersalin.
"Bagaimana produktiviti kerja dapat dilaksanakan secara efektif dan berkualiti sekiranya wanita yang bersalin tidak cukup rehat dan terpaksa meneruskan kerja dalam tempoh 60 hari seperti yang di amalkan oleh kerajaan sekarang ini," tegas Suhaimi.
Suhaimi juga berpendapat peraturan cuti bersalin 90 hari dapat menyelesaikan sedikit sebanyak permasalahan penjagaan dan keselamatan bayi.
"Seringkali kita mendengar bayi yang sakit atau mati akibat kelalaian penjagaan oleh pengasuh mereka.
"Sekurang-kurangnya selama 3 bulan pertama, bayi dapat dijaga sepenuhnya oleh ibu mereka," kata beliau lagi.
Beliau berkata, kerajaan Kelantan telah mendahulukan kebajikan rakyat dan bersikap ‘walk the talk’ dengan pelaksanaan cuti 90 hari bagi wanita bersalin.
DPPWP mengharapkan kerajaan mengambil langkah yang sama dalam melaksanakan cuti bersalin bagi wanita. Dalam mencari kebaikan untuk rakyat, kerajaan tidak seharusnya merasa malu untuk mengambil pendekatan dan contoh yang terbaik dari kerajaan Kelantan meskipun ianya dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
http://www.erapakatan.com
Label: INFO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
moga kelantan terus di bawah kepimpinan ulama'
Catat Ulasan