DARI kacamata perspektif yang mudah, perlantikan bekas  Ketua Pemuda PKR juga bek as Setiausaha  Politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd  Noor sebagai Ahli Dewan Negara boleh dilihat sebagai hadiah politik  istimewa kerana jasa besar beliau mendedahkan berbagai rahsia parti PKR  dan membongkar isu peribadi Anwar.
as Setiausaha  Politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd  Noor sebagai Ahli Dewan Negara boleh dilihat sebagai hadiah politik  istimewa kerana jasa besar beliau mendedahkan berbagai rahsia parti PKR  dan membongkar isu peribadi Anwar.
 as Setiausaha  Politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd  Noor sebagai Ahli Dewan Negara boleh dilihat sebagai hadiah politik  istimewa kerana jasa besar beliau mendedahkan berbagai rahsia parti PKR  dan membongkar isu peribadi Anwar.
as Setiausaha  Politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd  Noor sebagai Ahli Dewan Negara boleh dilihat sebagai hadiah politik  istimewa kerana jasa besar beliau mendedahkan berbagai rahsia parti PKR  dan membongkar isu peribadi Anwar.Beliau  didakwa diberi jawatan senator kerana kerajaan BN ingin membalas  sumbangan besar beliau memujuk beberapa bekas pemimpin dan ahli PKR  meninggalkan parti dan menyertai Umno. Kerajaan BN di bawah pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat berterimakasih kepada  Ezam kerana beliau berjaya membongkar dan memburuk-burukan dengan  berkesan imej PKR dan kredibiliti penasihatnya di mata rakyat sekaligus  secara tidak langsung membaikpulih imej Umno tanpa perlu berusaha keras  atau mengeluarkan perbelanjaaan yang banyak. 
Ezam  disebut-sebut bakal ditawarkan jawatan timbalan menteri di Jabatan  Perdana Menteri sesuai dengan kebolehan dan bakatnya dalam bidang NKRA  dan KPI dibawah menterinya, Tan Sri Koh Tsu Koon. Jika ramalan itu  menjadi kenyataan, semakin marah dan kecewa lagi pemimpin PKR dan  Pakatan yang sudah pun terluka dengan pembongkaran cerita dan skandal  yang memalukan dan mencederakan imej bekas partinya itu. 
Namun, perlantikan beliau sebagai senator dikatakan  sudah mengecewakan beberapa pemimpin muda Umno berbakat dan sudah lama  berjuang dalam parti. Apakah motif sebenar Najib melantik Ezam sebagai  ahli Dewan Negara padahal beliau baru masuk semula menyertai Umno?  Adakah kesetiaan beliau dengan parti dan kerajaan boleh dipercayai dan  berterusan sedangkan beliau sudah mempunyai rekod pernah meninggalkan  Umno dan belot kepada PKR? 
Ada suara di dalam dan  di luar Umno menyebut, Ezam sepatutnya diberi masa lebih lama lagi  untuk ‘berubat’ dan berubah. Usaha gigih beliau yang sengkat dengan  mendedahkan terus kepincangan PKR dan pemimpinnya serta turut berkempen  bagi pihak BN setelah menyertai semula Umno, dianggap belum mencukupi  untuk beliau diberi jawatan senator. Ada dakwaan mendedahkan, sebenarnya  ramai pemimpin muda Umno yang lebih berjasa dan berbakat tidak diberi  peluang oleh Najib atas alasan yang beliau sendiri tahu. 
Sepatutnya Ezam diberi tugas dalam parti dulu sebelum  dilantik menjadi Ahli Dewan Negara. Beliau lebih baik diberi tugas khas  penting membantu Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin melakar berbagai  rancangan bagaimana memantapkan parti dengan idea dan pengalaman yang  ada. Atau beliau perlu diberi tanggungjawab lain dalam parti seperti  bagaimana menarik gulungan muda menyertai Pemuda seperti yang diharap  Najib sendiri. 
Najib kelihatan terlalu cepat  memberi ‘hadiah’ kepada Ezam walaupun beliau baru dua tahun menyertai  semula Umno. Satu pendapat lain menyebut, sekiranya Ezam diberi jawatan  dalam kabinet sebagai timbalan menteri sudah pasti menghampakan Khairy  dan penyokong setianya. Khairy yang sudah dipilih sebagai Ketua Pemuda  dan Ahli Parlimen pasti kecewa kerana Ezam yang tiada apa-apa jawatan  dalam parti dan kerajaan diberi jawatan dalam kabinet? Adakah Najib  lebih percaya beliau dari Khairy? Apakah dari kacamata Najib, Ezam lebih  berkebolehan dan Khairy belum pulih sepenuhnya dari sindrom tsunami  politik 2008 dulu? 
Ezam dikatakan benar-benar  sudah berubah dan bertaubat seperti juga bekas pemimpin tertinggi lain  PKR yang sudah meninggalkan parti. Beliau menyertai semula Umno tahun  2008 kononnya bukan kerana jawatan tetapi kekesalan mendalam kerana  memilih parti yang salah dan kini ingin berbakti semula kepada parti  yang menurutnya menuju jalan lurus dan membela orang Melayu dengan  pengalaman dan bakat yang ada tanpa menyedari kebangkitan semula beliau  dicurigai banyak pihak dalam Umno sendiri. 
Sebenarnya  tiada pihak boleh mempersoal tindakan Najib melantik Ezam ke Dewan  Negara termasuk Ketua Pemuda Umno dan ahli Umno kerana itu adalah hak  istimewa beliau sebagai perdana menteri dan ketua BN. Walaupun mungkin  ada keluhan dan kritikan tentang tindakan drastik Najib itu, namun ia  mudah difahami dan sukar dipertikai secara terbuka kerana ia menjadi  tradisi yang sudah lama bertapak dan diamalkan dalam Umno. 
Apapun, masa akan menentukan bagaimana perkembagan  selanjutnya nasib Ezam setelah dilantik menjadi senator. Beliau mungkin  akan bersuara lantang dalam dewan membela dasar kerajaan BN dan pada  waktu sama membongkar terus episod keburukan parti dan boss lamanya  untuk terus mendapat simpati serta pujian dari pemimpin kerajaan. Beliau  dikatakan bakal berjuang membenteras rasuah dan memberi nasihat kepada  Najib bagaimana Umno dan kerajaan harus bertindak menyekat gejala itu  dari merebakluas di kalangan pemimpinnya. 
Perlantikan  Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebagai senator mudah dibaca  sebagai balasan atas pengorbanan beliau mengosongkan kerusi Hulu  Selangor bagi memberi peluang calon muda MIC, P.Kamalanathan  menggantikan tempatnya. Pengorbanan beliau sudah dibalas Najib dengan  jawatan Ahli Dewan Negara yang boleh membawa maksud mungkin dilantik  menjadi timbalan menteri di mana-mana kementerian yang perlu jika Najib  berhasrat berbuat demikian. 
Semua ini dilakukan  Najib demi menjaga hati Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang  berkeras mahukan timbalannya dipilih semula menjadi calon pilihan parti  dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor baru lalu. Najib tiada pilihan  selain bersikap lembut menawarkan jawatan senator sebagai jalan  bertolakansur kepada Samy Vellu yang memang berhasrat melantik Palanivel  sebagai penggantinya apabila beliau berundur tidak lama lagi. 
Orang nombor dua parti itu harus diberi jawatan tertentu  dalam kerajaan supaya keberadaan beliau dirasakan ahli parti dan  sekiranya apa-apa terjadi beliau boleh menggantikan tempat Samy seperti  diatur tanpa banyak masalah. Dalam episod ini MIC mendapat dua  keuntungan besar. Pertama, mendapat semula jawatan ahli parlimen kerana  menang semula kerusi AP Hulu Selangor. 
Kedua,  mendapat jawatan senator yang tidak disangka. Ini semua dilakukan Najib  demi persepakatan dalam BN demi menjaga kepentingan parti komponen tanpa  menyedari kelembutan beliau sudah dipertikai banyak pihak sebagai  terlalu berlembut dan pemurah. 
Sudah kedengaran  suara sumbang dari kalangan orang Melayu bahawa Najib terlalu pemurah  menunaikan apa saja permintaan kaum bukan Melayu termasuk di Sabah dan  Sarawak untuk merealisasikan gagasan 1Malaysianya. Beliau didakwa kurang  membela tuntutan orang Melayu sendiri terutama para peniaga di  bandar-bandar yang terhempet dan amat memerlukan pertolongannya. Kaum  Cina yang tidak menyokong BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor lalu  tetap ditunaikan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan dan pemulihan SJKC  untuk mengambil hati mereka. 
Kenapa beliau  bermurah hati mencurahkan peruntukan dan bantuan kepada kaum Cina  sedangkan kaum itu jelas tidak menyokong BN? Adakah cara itu boleh  diterima atau langkah ke belakang yang dianggap pembaziran yang tidak  perlu kerana kaum itu tidak pernah menghargai peruntukan dan bantuan BN?  Setengah pemimpin ultra Melayu berpandangan, sepatutnya bantuan dan  peruntukan tidak boleh diberi jika mereka tidak menyokong kerajaan dan  hanya bertindak sebaliknya jika mereka mengundi calon BN. Setengahnya  malah mendesak MCA keluar dari BN kerana gagal memujuk orang Cina  menyokong dan mengundi BN. 
Najib berpendapat,  beliau mengambil sikap realistik dan terbuka dengan terus menunaikan  permintaan kaum Cina dengan harapan mereka sedar tentang komitmen  kerajaan BN untuk membantu mereka walaupun majoriti kaum itu menolak BN.  Najib mengambil sikap diplomasi dengan harapan kaum Cina akhirnya  berfikir dan bertindak waras menghargai pertolongannya tanpa menyedari  kaum itu sudah ada pilihan lain dari kalangan pemimpinnya dalam DAP dan  PKR yang didakwa lebih memahami kehendak dan hasrat sebenar mereka.  IZMAS 
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan