Saya ingin menyifatkan tindakan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak  memberi  lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya  sebagai satu  perbuatan zalim ke atas rakyat. 
 "Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan   memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh   kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai   yang akan ketagih berjudi.
"Kerajaan Najib hakikatnya menzalimi dan   memangsakan rakyat dengan ketagihan judi. Setelah diberi lesen oleh   kerajaan Malaysia, lebih ramai yang akan jadi kaki judi dan lebih ramai   yang akan ketagih berjudi.
"Mula-mula memanglah kaki-kaki judi akan  berjudi dalam perjudian yang  berkaitan dengan kejohanan bola sepak  Piala Dunia 2010, tetapi mereka  akhirnya akan ketagih dan selepas itu  akan beralih kepada judi yang  tidak diberi lesen pula, mungkin yang  berkaitan dengan Piala Malaysia  atau apa sahaja sukan asalkan boleh  berjudi,"
Kemajuan sukan di Malaysia akan terancam jika kaki-kaki  judi, sama  ada yang berlesen atau tidak, berjaya mempengaruhi  keputusan permainan. "Bayangkan jika kaki-kaki judi berjaya  mempengaruhi keputusan Piala  Malaysia dan liga-liga yang berkaitan  dengannya, akan hancurlah kemajuan  bola sepak negara ini.
"Akhirnya  ranking bola sepak merudum teruk, ranking Malaysia sebagai  syurga judi  pula yang akan naik,"
Kesan dari tindakan kerajaan Umno BN  memberi lesen judi itu bukan  setakat mengancam kemajuan sukan di negara  ini, malah lebih buruk lagi  akan mengancam keharmonian institusi  keluarga, memiskinkan lagi lebih  ramai rakyat ketika Kumpulan Berjaya  yang merupakan kroni Umno BN meraih  keuntungan malah akhirnya akan  menjadi ancaman sosial yang sangat  mengerikan.
"Sebab itulah  kita tegaskan bahawa tindakan kerajaan memberi lesen  judi semasa Piala  Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya itu adalah  perbuatan zalim yang  sangat kejam terhadap rakyat dan keharmonian sosial  dalam negara ini,"
Kumpulan  Berjaya mungkin akan memohon logo halal pula daripada  Menteri di  Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. "Menteri  Kewangan kelmarin secara rasminya memberi lesen judi  tersebut kepada  Kumpulan Berjaya yang sekaligus bermakna kerajaan Umno  Barisan Nasional  (BN) telah menghalalkan aktiviti yang haram di sisi  agama dan  mengancam keharmonian sosial itu.
"Apabila kerajaan Umno BN telah  menghalalkan aktiviti yang haram itu,  agaknya Kumpulan Berjaya akan  memohon logo halal pula dari Jamil Khir  atau Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) yang berada di bawah bidang  kuasanya,"
http://gemasuara.blogspot.com
Jumaat, 14 Mei 2010
Kerajaan mangsakan rakyat dengan ketagihan judi
di
2:25 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan