Sekali lagi kita seluruh ummat Islam digemparkan berkenaan berita penghinaan terhadap jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Namun pada kali ini dengan bentuk dan cara yang berbeza, iaitu menggunakan pendekatan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad S.A.W melalui laman media Facebook. Dari isu yang mencalarkan imej penganut agama Islam ini, pihak MANHAL juga tidak ketinggalan menganggap isu ini bukan mainan dan dianggap remeh, serta menyeru kepada semua agar membantah sekeras-kerasnya akan tindakan yang biadap golongan-golongan yahudi la’natullah ini serta sekutunya. Pihak MANHAL tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan golongan tertentu yang telah berani secara terang-terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikit pun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan penganut agama islam dan agama-agama yang lain. Dari sudut hukum pula, jangankan membuat gambar yang bersifat menghina, tetapi hanya sekadar melukis bentuk tubuh Rasulullah S.A.W sendiri pun sudah haram hukumnya walaupun pelukisnya melukis dengan niat baik dan lukisan yang indah. Salah satu amalan jahiliah yang diperangi oleh agama Islam ialah melukis, menggambar dan membuat patung para nabi dan orang salih di masa lalu. Dan kelakuan umat terdahulu memang menjadi adat ummat terdahulu. Para nabi yang telah wafat itu mereka buatkan lukisannya, meskipun dengan niat untuk mengagungkannya, mensucikannya atau menghormatinya. Namun di sebalik niat tersebut, syaitan telah berjaya menyelewengkan dan memasukkan bisikan jahatnya. Sehingga pada akhirnya gambar dan patung para nabi menjadi sembahan selain Allah. Allah berfirman didalam surah Nuh ayat ke 23 : Maksudnya : "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. Para ahli mufassirin menyebutkan bahawa nama berhala itu yaitu Wadd, Suwwa', Yaghuts, Ya'uq dan Nashr sebenarnya nama orang salih dan mereka bukan tuhan. Namun setelah mereka meninggal, orang-orang ingin mengenang jasa dan keagungannya, sehingga kemudian dilukislah wajah mereka, sehingga akhirnya dibuatkan patung. Dari generasi ke generasi akhirnya patung mereka sudah menjadi tuhan sembahan selain Allah. Sedangkan yang dilakukan sekarang ini memang keterlaluan, kerana melukis nabi Muhammad S.A.W saja sudah haram, apalagi sambil membuatnya menjadi karikatur yang menghina dan merendahkan. Gambar itu sendiri dimuat di laman web secara terbuka, bahkan dicetak semula oleh media lain untuk diterbitkan lagi. Perlakuan sebegini memang begitu biadab dan sememangnya sekarang ini seluruh ummat Islam tidak patut terus membisu sahaja. Ulama telah melarang daripada melukis para Nabi dan Rasul. Sebab-sebab bagi larangan tersebut adalah seperti berikut: 1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan. Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Sekalipun hadis ini diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tetapi hukumnya merangkumi semua para Nabi dan Rasul. 2. Dengan melukis para Nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah S.A.W adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah S.W.T: Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka" (57: al-Ahzab) Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa menyakiti Nabi Muhammad s.a.w.adalah seumpama menyakiti rasul yang lain yang diutuskan Allah S.W.T kepada umat manusia. Pendirian kita sebagai orang Islam sesekali tidak membenarkan musuh-musuh Allah terus menghina agama islam, bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan yang diimani oleh orang Islam Allah sebagai tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad S.A.W itu sebagai pesuruhnya. Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan Nabi SAW bukanlah suatu yang baru, ia merupakan rancangan Yahudi dan sekutunya di dalam menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi rentetangan perancangan daripada pihak mereka. Apa yang penting kita selaku penuntut ilmu agama dan pejuang di jalan-Nya mesti sentiasa peka setiap isu yang berlaku dan pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji-janji para sahabat RA ketika bersama dengan Nabi SAW. |
Sabtu, 22 Mei 2010
Kenyataan Manhal PMRAM : Larangan Secara Mutlak Bagi Melukis Gambar Nabi
di
12:14 PG
·
Label: INFO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan