Pengerusi
|  | 
"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.
Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.
Me
|  | 
Berita Harian Online memetik  pengarah Jabatan Integriti Terengganu, Arpin Draman, berkata program  bersama bekas perdana menteri itu terpaksa ditangguhkan berikutan  bantahan beberapa pihak yang tidak mahu ia diadakan pada 13 Mei.
"Kita sepatutnya mengadakan raptai jam 3 petang ini tetapi terpaksa membatalkan semuanya," katanya.
"Kita sepatutnya mengadakan raptai jam 3 petang ini tetapi terpaksa membatalkan semuanya," katanya.
Dr M lapang pada 13 Mei  
Sebenarnya,  inisiatif Jabatan Integriti mengadakan program ini dengan kerjasama  beberapa badan bukan kerajaan (NGO) timbul selepas melihat ramai  golongan muda Melayu terbabit dengan kes jenayah dan salah laku sosial  serta moral. 
|  | 
Sebelum ini, MCA dan PAS membantah pemilihan tarikh 13 Mei iaitu ulang tahun peristiwa berdarah sebagai hari perhimpunan Program Melayu Bangkit dan menyifatkan tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Arpin berkata, tarikh 13 Mei yang dipilih pihaknya tidak langsung berkaitan dengan peristiwa berdarah seperti didakwa beberapa pihak, sebaliknya ia diputuskan selepas Dr Mahathir tidak mempunyai kelapangan pada tarikh awal yang dijadualkan iaitu 11 Mei.
"Tarikh 13 Mei tidak ada makna apa-apa bagi penganjuran program ini. Tarikh asal dicadangkan ialah 11 Mei, tetapi Dr Mahathir tidak lapang pada hari itu, begitu juga dengan Menteri Besar menyebabkan kita ubah kepada 13 Mei.
Bagaimanapun, saya harap isu ini tidak  diperbesarkan kerana pihak  yang membuat provokasi tidak tahu pengisian  sebenar program ini,"  katanya.
 

 Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad  yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala  Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969,  telah ditangguhkan.
Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad  yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala  Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969,  telah ditangguhkan.
 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan