KONSERT 12 JAM TANPA HENTI
Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang  tercinta. Belum pun lagi ‘Bala’ yang bakal melanda  rakyat Malaysia, apabila Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk  Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk  mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 mengganas dengan  rakusnya. Senario  lain pula, kita bakal disajikan dengan santapan enak  hiburan yang terlampau apabila konsert 12 jam tanpa henti diluluskan,  yang mana ia akan dilangsungkan dari jam 7 petang sehingga 7 pagi yang  dijadualkan pada 15 Mei ini. Dan yang pasti kita akan disajikan dengan  ‘Menu Utama’ iaitu artis R&B popular Pitbull.
KELULUSAN BERLANDASKAN  SYARAT?
Saya memetik kenyataan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berkata; agen artis yang berkenaan harus menandatangani surat persetujuan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk mengadakan persembahan di negara ini
"Antara yang terpenting dalam peraturan ini  ialah melarang sebarang tingkah  laku,  percakapan, lirik lagu  dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah."
"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah,"
"Pitbull berjanji tidak akan melakukan sebarang tindakan, percakapan dan berpakaian yang tidak senonoh jauh lagi menyanyi lagu-lagu berunsur lucah,"
Sejauh  manakah Pitbull dapat berjanji untuk mematuhi peraturan tersebut,  lebih-lebih lagi unsur Pitbull mengarah ke situ? Dan sejauh manakah KPKK  dan pihak penaja dapat mengawal suasana?. Barangkali dapatkah pula  sasaran utama iaitu golongan belia dapat menahan nafsu muda yang  sentiasa menboncah daripda membuas?  
 
 HIBURAN  MENGHALALKAN CARA?
Seperti yang sedia termaktub, sesebuah  persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan  jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.  Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk  beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.
Juga bukankah pengharaman promosi di tempat  awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema  utama Konsert 12 Jam ini ialah LIVE WITH CHIVALRY. Penaja utama  ialah jenama arak CHIVAS REGAL. Untuk acara ini menggunakan  nama samaran LIVE WITH CHIVALRY.
Kita sedia maklum bahawa antara lagu hit  Pitbull ialah ‘Hotel Room Service’, ‘I Know You Want Me’.  Ini bermakna Pitbull sudah semestinya mempersembahkan kedua-dua lagu  ini di pentas konsert. Bayangkanlah muda-mudi kita berhibur sambil  menyanyikan lirik tersebut dengan penuh penghayatan dan kekhusyukan  selama 12 jam tanpa henti sambil dikelilingi oleh pergaulan bebas lelaki  dan perempuan, saya yakin dan percaya sudah pasti menimbulkan  rangsangan sesama mereka.
 Saya mengajak anda semua untuk menilai  petikan lirik dua lagu Pitbull ini:
(1)   Budaya seks bebas dan menggalakkan sesi seks beramai-ramai.
Forget about  your boyfriend  
And meet me at the hotel room 
You can bring your  girlfriends  
And meet me at the hotel room (x2)
Bring your girls,  whatever the night 
Your man just left, I'm the plumber of the night 
I'll check  your pipes, oh, you're the healthy type 
Well, here goes  some egg whites
Now gimme that sweet, that nasty gushy stuff 
Let me tell you  what we gon' do 
2 plus 2, I'm gonna undress you 
Then we're gonna  go 3 and 3, 
you gon' undress me 
Then we're gon' go 4 and 4, 
we gon' freak some  more, but first 
(Lagu: Hotel Room Service)
(2)   Menggalakkan budaya hisap ganja dan pengambilan dadah sebagai  rekreasi
I Smell That Sticky Icky  
Who Got That  Sticky Icky  
I Got That Sticky Icky, Icky, Icky  
Who Got That  Sticky (Me Too)  
U Know Tha Drill  
Break It Up  
Roll It Up  
Light It Up  
Smoke It Up  
Now Puff,  Puff Pass Wit Yo Punk Ass  
U Messin Up The Rotation  
That Thang There  Burnin Fast  
This Ain't A Joke, Stop PlayinMessed Up  
High As A Kite  
Now Roll The  Next One  
And Pass Me The Light  
Cuz We Ready (Fa Sho)  
Ready (To Go)  
Ready (To  Blow)  
Let's  Roll It's Heavy Cake And Druggin It  
So Heavyweight We Smuggle It  
Puff, Puff  Pass Wit Yo Punk Ass
(Lirik lagu Sticky)
Konsert dinamakan '12 Hours Live with  Chivalry' pada 15 Mei ini dijadual berlangsung di Arena Tertutup  Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jom beramai-ramai memeriahkan lagi konsert  ini, jika anda tidak kenal dosa dan pahala, haram dan halal serta syurga  dan neraka.
http://rijaluddin88.blogspot.com
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan