 Susulan  keputusan Kerajaan "Islam Hadhari" UMNO  BN yang meluluskan  pengeluaran lesen untuk membenarkan pertaruhan  dilakukan semasa kejohanan bola sepak  Piala Dunia 2010 ini, maka rakyat terutamanya yang beragama Islam  perlu bangkit dan melakukan protes dengan segera. Tambahan pula  kejohanan ini akan berlangsung tidak lama lagi (Jun 2010). Memandangkan  syarikat yang memohon lesen itu adalah Berjaya  Group, yang dimiliki oleh Tan  Sri Vincent Tan (foto),  maka langkah terbaik ialah "memboikot"  produk dan bisnes-bisnes yang dikuasai oleh syarikatnya. Untuk  menghalang kerajaan, mungkin agak sukar kerana kebenaran lesen itu telah  pun diumumkan oleh Menteri Kewangan, Awang  Adek Hussin (Melayu Islam) dengan mendapat arahan daripada  Perdana Menteri, Najib Razak  (Melayu Islam). Maknanya, sia-sia sahaja beberapa kerat pemimpin UMNO  peringkat bawahan berjuang dan  melaungkan kononnya mereka membela Melayu dan Islam selama ini.  Malah, ketika isu minum arak Datuk Zaid  Ibrahim dikecohkan semasa Pilihanraya  Kecil Hulu Selangor baru-baru ini maka kita menyangka bahawa UMNO benar-benar ikhlas mahu  perjuangan maruah agama Islam  itu sendiri.

Rupa-rupanya hanya "ritorik politik" untuk meraih undi semata-mata. Hakikatnya, pemimpin peringkat atasan UMNO tidak langsung peka kepada sensitiviti umat Islam di negara ini. Kebenaran memberikan kelulusan sesuatu yang haram bermakna menghina agama Islam itu sendiri. Makanya, bagi rakyat yang mengundi pemimpin dan parti yang menyokong benda yang haram seperti ini, apakah hukumnya di hari kiamat nanti?. Bukankah mereka sama-sama terlibat dan akan mendapat saham diakhirat nanti. Maka, jika selama ini kita sering memboikot produk-produk keluaran syarikat Yahudi kini kita juga harus melakukan perkara yang sama terhadap Berjaya Group. Atas alasan mereka gagal menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini, maka kita haruslah bertindak segera untuk memberi pengajaran kepada mereka.
[Kita juga agak hairan kenapa Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu UMNO yang katanya beragama Islam tergamak meluluskan lesen judi ini?. Apakah motif disebalik semua ini agaknya?. Mungkin juga da perjanjian sulit dengan Berjaya Group supaya memberi komisyen tertentu kepada kerajaan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum akan datang. Maka itulah kelulusan diberikan biarpun mendapat bantahan umat Islam di negara ini. Jika beginilah keadaannya, maka sia-sialah ahli UMNO peringkat bawahan berjuang untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa. Jika pemimpin beragama Islam dan berbangsa Melayu sendiri khianat kepada amanah yang diberikan, bererti mereka telah menafikan hak ahli terbabit. Apalah lagi yang mahu ditunggu, berpijaklah dibumi yang nyata dan kembalilah ke pangkal jalan mulai sekarang. Jika tidak, dosa-dosa judi itu juga akan terpalit kepada mereka yang mengundi UMNO BN dalam setiap kali pilihanraya berlaku di negara ini sejak sekian lama]
 
0 ulasan:
Catat Ulasan