Memaparkan catatan dengan label FIKRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FIKRAH. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mei 2010

KEMANTAPAN FIKRAH,MEMBINA SYAKHSIAH

· 1 ulasan



SALAM PERJUANGAN DAN SALAM REFORMASI...

MOGA DALAM RAHMAT ALLAH..HENDAKNYA..INSYAALLAH..

Disini saya ingin kita sama-merenung kembali akan keaadaan ummat yang kian jauh dari redha ILAHI.bagaimana keadaan sosial yang sangat meruncing di kalangan muda - mudi termasuk pemimpin rakyat yang hanyut dalam tipu daya dunia.Adakah tugas dakwah ini hanya dipikul dari golongan agamawan sahaja,kalau begitulah fikrah kita maka ita akan melihat zaman ini akan hancur dipukul badai maksiat yang semakin menebal  wabak sekularisme di dalam jiwa-jiwa mereka.

apabila kita melihat pelbagai isu,adakah jiwa ita tersentak untuk turut berjuang dalam gelanggang yang sebenar??

mugkin ramai yang tertipu dengan diri sendiri,mengatakn dirinya sudah berdakwah dan berjuang..atas prinsip apa kalau berjuang hanya untuk kepentingan diri sendiri,dipuji manusia,namanya dijulang,hebat ketika didepan manusia tapi hancur dan lenyap dibuai mimpi dunia apabila bersendirian,,,

disinilah saya ingin mengatakan akan peri pentingnya peroalan FIKRAH dan kita berdakwah secara JAMAAH...

TAPI RAMAI DIKALANGAN KITA YANG MASIH LAGI BINGUNG DAN ALPA DALAM MEMILIH JAMAAH ISLAM YANG TERBAIK..

Disini saya akan nyatakan ciri-ciri khusus ISLAM dan JAMAAH ISLAMIAH yang boleh dijadikan panduan-

1-RABBANIAH-bersifat rabbani,mengajar amilin supaya sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH dalam setiap program  dan aktiviti dan menjaga batas-batas pergaulan supaya tidak melampaui syariat,dan tidak menganjurkan aktiviti-aktiviti maksiat.Mempunyai objektif yang sangat jelas ingin  menegakkan DAULAH ISLAMIAH.

2-ALAMIAH-bersifat antarabangsa dan merangkumi semua golongan,hatta dari yang golonganmiskin,yang tidak gosok gigi hinggalh golongan phd.Sekiranya jamaah yang ingin didukungi dan intima' hanyalah dari golongan tertentu sahaja,ataupun kaum melayu sahaja bagaimana dakwah Islam itu akan berkembang.

3.SYUMULIAH-bersifat merangkumi semua aspek samada kebajikan,ekonomi,ketenteraan,perpaduan kaum,politik dan isu maruah ISLAM dan membela ISLAM apabila dihina dengan melancarkan demo,bantahan,penyerahan memorandum dan bukannya hanya mengeluh melihat ummat ISLAM dan NABI dihina,jamaah ISLAM bukanlah mengajar pegikutnya bacul dalam berjuang.

4.INQILABIAH-bersifat tidak mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan,seperti mengadakan forum ISLAM perdana dan dalam masa yang sama juga menganjurkan konsert-konsert hiburan yang melampau dan membiarkan pergaulan bebas lelakai dan perempuan,ani sangatlah ditegah dalam ISLAM kerana sebuah jamaah yang haq tidak akan mencampurkan dan yang batil dalam masa yang sama.

5.WAQI'YAH-bersifat realistik dan mendepani cabaran globalisasi dalam menangani isu politik,sosial dan ekonomi global dan lokal..Jamaah Islamiyah tidak boleh bersifat jumud(beku) dalam mengaplikasi segala teknologi dan kecangggihan yang boleh dimanfaatkan,dan haruslah bersifat realistik dalam mendepani musuh ISLAM,contohnya dalam isu ekonomi dan politik  perlu ada saingan yang mantap dan efektif untuk menjadikan ISLAM sebagai New World Order.

6.THABAT DAN MURUNAH-bersifat tetap dan  fleksibel dalam berdakwah dan melaksanakan segala objektif jamaah.Contohnya dalam mendepani mad'u yang non muslim,kita masih tetap menutup aurat tapi masih kreatif dalam bahan dakwah seperti family day,konvoi bermotor dan sebagainya

Sekianlah sudah enam item yang memberi panduan kepada dalam memilih JAMAAH ISLAMIYAH,sekiranya kita silap memilih jamaah umpama kita telah silap memilih landasan perjuangan ini dan kita hanya bersikap mementingkan diri melihat kesusahan perjuangan orang lain seperti ditangkap I.S.A yang zalim,memandang rendah mereka yang turun berdemontrasi menentang kezaliman yahudi dan kuffar.

Sedarlah wahai sahabatku,Dakwah yang paling UTAMA ADALAH MENEGAKKAN KEBENARAN KEBENARAN DIATAS PEMERINTAHAN YANG ZALIM!!! DAN MENDAULATKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN DAN MENAWAN KEMBALI PALESTIN..DAN TERTEGAKKANYA DAULAH DAN KHALIFAH ISLAMIYAH..

PERSOALANNYA ADAKAH MUNGKIN SEGALA IMPIAN DAN MATLAMAT KITA DIGERAKKAN TANPA MELIBATKAN DIRI DALAM ARENA POLITIK?????

FIKIR-FIKIRKANLAH DENGAN MATA HATIMU...



Selasa, 25 Mei 2010

Judi bola sepak: Menilai Iman Diri Dan Umno

· 0 ulasan


Di dalam Islam, binaan kepercayaan batin di dada seorang muslim terhadap sesuatu adalah lebih penting dan didahulukan daripada perlakuan zahirnya terhadap kepercayaan tersebut. Justeru iman lebih penting daripada Islam sekalipun tiada mungkin wujud iman tanpa rukun Islam yang pertama, iaitu pengakuan zahir lidah dengan syahadah la ilaha illaLlah.  
Seseorang itu tetap muslim ( kerana syahadahnya )sekalipun dia tidak solat atau meminum arak sekiranya dia masih mengimani kewajiban solat dan keharaman arak ke atasnya. Kecacatan pada Islamnya itu ( kerana meninggalkan kewajiban ) menjadikannya bukan seorang yang beriman dengan sebenar – benar iman. Iman belum memasuki dan tetap dadanya.


Dia cacat Islam dan iman. Dia seorang yang fasiq. Orang fasiq boleh dikenali secara mudah kerana ia berkaitan perlakuan zahirnya.
Tetapi segalanya bubar dan runtuh apabila dia tidak percaya dan mengimani kewajiban solat ke atasnya sekalipun dia bersolat lima waktu. Begitulah juga, samada dia minum arak atau tidak, Islam dan imannya gugur dan hancur apabila dia meyakini dan percaya tiada pengharaman arak ke atas dirinya.
Jika dia berterus terang terhadap keingkarannya itu dengan lidahnya, maka dia telah murtad lalu menjadi kufur. Hukuman zahir ke atas si murtad berjalan ke atasnya. Jika dia menyembunyikannya, maka dia adalah munafik peringkat utama, iaitu munafik aqidah yang akan menjahanamkannya di sisi Allah yang maha mengetahui segala – galanya. 
Tiada beza di sisi Allah bagi orang yang ingkar di dalam dadanya samada dia melakukan kewajiban solat atau tidak. Begitu juga amalan – amalan yang lain. Adapun di sisi manusia, ia berbeza disebabkan mereka lemah dan gagal mengetahui erihal hati dan batin.
Orang munafiq sukar dikenali kerana ia berkaitan kepercayaan di dadanya yang bersifat batin.
Tiada hukuman di dunia ke atas sifat nifaq sehinggalah si munafiq itu melakukan kesalahan dan jenayah zahir sebagaimana muslim yang lain.
Justeru walaupun kemunafikan lebih bebas menjalar di dalam masyarakat muslim dengan tertangguhnya hukuman duniawi ke atas gejala buruk batinnya berbanding perlakuan fasiq yang nyata dan mengundang hukuman duniawi, tetapi nifaq yang merosakkan iman di dada itu adalah lebih bahaya dan menakutkan untuk kehidupan masyarakat Islam di dunia dan diri sendiri di akhirat nanti.
Penjelasan ini akan dilihat secara lebih jelas jika sekiranya kita hidup di dalam sebuah Negara Islam. Adapun di dalam negara Malaysia yang menolak hukum – hukum ugama hari ini, kita mungkin sukar memahami kebahayaan nifaq berbanding kefasiqan.
Lihat saja YB Dato Bung Mukhtar yang dihukum dengan hukuman oleh mahkamah syariah kerana masalah pendaftaran perkahwinan keduanya sedangkan kesalahan zina, bersekedudukan dan pergaulan bebaslah yang sepatutnya  mesti diutamakan hukumannya kerana ia adalah maksiat yang nyata.
Hasilnya, daripada kahwin dua yang begitu susah tatacaranya dan mengaibkan secara rasmi, lebih baik menyimpan 10 perempuan simpanan.
Begitulah apabila ugama Islam ditampal – tampal untuk memperindahkan sistem dan undang – undang  sekular yang saling bertentangan di antara keduanya. Islam menjadi kelihatan hodoh dan zalim di mata manusia dek dipaksa menerima kehendak nafsu dan kemunaqian dalam beragama.
Allah secara jelas menolak kecuali Islam ini hendaklah diambil dan dipakai terima secara menyeluruh. Apabila Allah berkata tidak, maka tiada yang menjadi apabila kataNya dilanggar.
Begitulah UMNO dan itulah UMNO, dulu sehinggalah kini.
Apabila isu judi bola sepak yang baru dilesenkan, disahkan dan dihalalkan oleh kerajaan BN mula panas dan kini menjadi isu utama di negara kita hari ini, kita sebenarnya tidak boleh ketinggalan untuk mengenali da memahami beberapa perkara penting yang menjadi binaan kukuh di dalam kehidupan Islami umat ini.  
Saya ingin berkongsi dengan anda untuk membuat penilaian ke atas perkara – perkara berikut:
1)      Di mana letaknya Islam ketika para pemimpin UMNO menghalalkan judi yang terbaru ini?
Adakah mereka menerima pengharaman Islam terhadap judi tetapi tetap menghalalkannya? Atau, mereka sebenarnya telah ingkar terhadap pengharaman itu di dalam hati lalu menghalalkannya?
Dengan kes – kes pelesenan judi yang tak pernah lekang daripada perlakuan UMNO yang terus menghalalkannya dari dulu sehingga kini dan tiada langsung usaha ke arah menghapuskannya secara total, hampir – hampir kelihatan bahawa para pemimpin besar UMNO seolah – olah beriman dan yakin bahawa judi adalah halal dan mesti dihalalkan permainannya, pendapatannya dan kesannya juga.
Jika ini, maka jelas ia adalah perang terhadap Allah dan hukumnya.  Jika ini, iman UMNO adalah tertanggal, runtuh dan kosong. UMNO dengan itu adalah sekularis totok setotok watak Kamal Ataturk, bapa sekular Turki lampau dan partinya.
Tetapi, jika dilihat kepada watak UMNO daripada sisi terbalik yang bercakap mengenai ugama Islam dan kepentingannya, juga perlaksanaan projek – projek ke arah kemajuan Islam dan juga kelantangan beberapa pemimpinnya yang turut menolak judi dan penghalalannya, maka adalah salah untuk membenarkan telahan bahawa UMNO sebenarnya telah menolak pengharaman judi oleh ugama.
Jika begitu, UMNO dihinggap penyakit nifaq yang jelas. Ia telah menghalalkan judi berkali – kali dan tidak pernah berhenti menghalalkannya. Tetapi ia menutup keberanian dan kejalangannya ke atas agama itu dengan kempen – kempen ke arah kehidupan Islami yang sihat, malah menghidupkan sebahagian syiarnya yang agung seperti pembinaan masjid, pusat pengajian Islam, Tabung Haji dan sebagainya.
Inilah nifaq yang tulen. Ini lidah bercabang yang terhina di dalam beragama. Kita menjadi semakin hampir untuk membenarkan hukuman ini.
Tetapi jika anda masih keliru dan enggan menerima penghukuman nifaq ke atas UMNO disebabkan kekeliruan  dan kesamaran yang masih menghantui, maka tiada lagi buat UMNO selain kefasiqan yang nyata.
Fasiq kerana ia secara terang – terang menghalalkan apa yang diharamkan Allah secara terang – terang juga. Hanya yang menyelamatkan UMNO adalah soal hati dan batinnya yang sukar dibaca  dan sering berubah – ubah di antara patuh dan ingkar.
Fasiq adalah keluar daripada ketaatan secara nyata. Menghalalkan judi dengan melesenkannya sebagai perniagaan untuk mengaut keuntungan adalah keluar daripada ketaatan kepada Allah yang nyata.
Jika anda tetap keliru menghukum UMNO sebagai fasiq dalam kes ini, maka anda sebenarnya keliru terhadap  iman di dada anda sendiri. Adakah anda seorang yang beriman kepada Allah?
Seorang muslim tidak mungkin keliru untuk berperang bagi pihak Allah. Saya adalah daripadanya dengan izin dan rahmatNya. Semoga anda juga.
2)      Apakah sikap dan pendirian kita di dalam isu ini sebagai seorang muslim?
 Jika anda ridha dengan penghalalan judi, maka anda keluar daripada garisan iman dan iman anda tercabut daripada dada. Ini hukum yang pasti. Ridha adalah soal hati. Hanya Allah, kemudian anda yang mengetahui hati anda. Dan, semoga Allah menjauhi kita daripada perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan Allah.
Jika anda tidak ridha dengan penghalalan judi oleh UMNO, anda adalah seorang muslim. Tetapi anda bukan lagi seorang yang beriman sehinggalah anda menentang kejahatan UMNO itu dengan kekuatan tangan atau lidah. Itu syarat iman yang benar. Ciri iman adalah menentang kemungkaran dengan tenaga yang ada sebagaimana ianya adalah menyuruh kepada kemakrufan dengan segala hikmah.
Jika anda lemah, maka lawannya dengan hati dengan membenci UMNO. Membenci UMNO adalah iman! Tetapi itulah selemah – lemah iman sebagaimana itulah persabdaan junjungan nabi sallaLlahu alaihi wasallam. Sudikah anda kembali kepada Allah dengan membawa iman yang lemah dan longlai dek takut menyebelahi Allah secara nyata untuk menentang kezaliman UMNO?
Justeru lawanlah UMNO dan kemungkarannya. Lawan dengan tangan jika itu tuntutannya. Atau dengan lidah kerana itulah tuntutan penentangan dalam masyarakat muslim. Kedua – duanya mestilah disertakan dengan kebencian yang nyata terhadap UMNO dan kejalangannya.
Itulah keseronokan beriman pada tahapnya yang benar.
UMNO? UMNO begitulah hukum ke atas mereka sehinggalah mereka menarik balik lesen judi tersebut dan kembali kepada Islam dan pengajarannya yang mesti diimani dan ditaati. Tetapi sayugia diingatkan bahawa UMNO adalah penuh dengan perlanggaran terhadap hukum – hukum Allah dan pengajaranNya. Selepas berpisah daripada judi, UMNO mestilah berpisah daripada kemungkaran ugama yang lain. Di situ UMNO pun berubah.
Orang UMNO? Demi iman, wajib ke atas orang – orang UMNO membantah secara nyata kerana jika sebaliknya kekeliruan akan terus  menyelubungi iman mereka. Mereka dengan demikian, seolah – olah menyokong dan meredhainya. Jika mereka diam, iman mereka sentiasa di dalam kabut fitnah. Menjadi penyokong UMNO pun satu hal, apatah apabila diam terhadap kemungkaran tuannya yang nyata.
3)      Bagaimana dengan ulama yang mendiam diri?
Merekalah syaitan bisu! Mana ada syaitan yang bisu? Ya, tiada syaitan bisu selain mereka. Mereka adalah manusia syaitani. Mereka bukan pewaris ulama umat nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, tetapi  mereka adalah warisan ulama Yahudi dan Nasrani yang menyelewengkan ugama mereka yang benar.
Ulama yang diam di saat umat memerlukan sikap dan kata – kata mereka, itulah seburuk – buruk orang alim di dunia ini.
Jika anda menemui mereka, jauhi mereka kerana neraka lebih dekat kepada mereka berbanding kita orang awam. Jika anda menjauhi mereka, yakinlah anda sedang mendekati ulama yang benar. Tiada ulama yang benar kecuali berani berkata benar dalam semua perkara yang dalam ilmu dan pengetahuan mereka.
Jika anda bergurukan ulama yang benar dan berani, anda akan turut menjadi benar dan berani dalam iman. Itulah sebaik – baik tuah dalam kehidupan ini.
4)      Adakah UMNO adalah sebuah harapan untuk umat Islam?
Tanyalah iman di dada. Tepuk dan tanya. Bagi saya, jika seratus doktor berusaha mengubati UMNO hari ini, mereka memerlukan seribu doktor pula untuk mengubati mereka pula akibat terkena jangkitan penyakit  UMNO!
Seorang mufti yang sentiasa pelik dan ajaib dalam negara kita pernah menyarankan supaya pengidap jangkitan AIDS hendaklah diasingkan ke sebuah pulau yang terasing agar masyarakat menjadi selamat daripada jangkitan mereka.
Sila anda jawab soalan ini; Bezakan di antara UMNO dan AIDS?
Jika anda gagal menemui perbezaan, sila hantar UMNO ke pulau tersebut. Jika sebaliknya, marilah bersama menghapuskan nyamuk aedes!
Umat Islam tidak memerlukan UMNO untuk keagungan Islam dan kegemilangan mereka.
Salam Kamunting,
Ketua pemuda ahli syurga, Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma, di dalam himpunan nasihat dan kata – kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata;
“Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. 2) Sifat Tamak. 3) Sifat dengki. Adapun sifat takabbur, ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Sifat tamak pula, ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil.”  ( Kitab ‘Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. ms 30 )
Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya.
Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.
Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran, lalu iblis dilaknat Allah.
Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati ‘pokok sambung nyawa’ di syurga itu. Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Adam memakan daripada pokok itu, lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah.
Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri, Habil kerana sifat dengki yang meluat – luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu.
Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga – tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu. Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita – cerita awal kejadian manusia itu, gagal mengesan keburukan sifat – sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya.
Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu’. Ia bermaksud membesar diri dan membangga – banggakan keadaan dirinya, seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat – sifat buruk yang lain. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata – mata.
Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda – tanda yang zahir, antaranya; suka menunjuk diri di khalayak ramai, menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka, suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan, tidak suka kata – katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin.
Selain itu, antara tanda – tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji – mujinya, berbangga dengan keturunannya dan menunjuk – nunjuk dengan kekayaannya, ilmunya, ibadahnya, kecantikannya, kekuatannya, penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain – lain lagi.
Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat;
Pertama, terlalu inginkan harta dan bersungguh – sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.
Kedua, ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang dibenarkan syara’. Ia memasuki jalan – jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah. Inilah penyakit ‘asy syuhh’ ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi.
Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: ” Berhati – hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. Ia menyuruh kepada putus hubungan, lalu mereka memutuskannya. Ia menyuruh kepada kebakhilan, lalu mereka menjadi bakhil. Ia menyuruh kepada kejahatan, lalu mereka melakukan kejahatan.”  ( Riwayat Abi Daud. Albani mensahihkannya.)  
Adapun tamak kepada kedudukan, maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;
Pertama, tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta.
Kedua, tamak kepada kedudukan melalui perkara – perkara ugama seperti ilmu, amal, kezuhudan dan sebagainya. Inilah seburuk – buruk ketamakan. Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya, tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan.
Manakala sifat dengki pula, maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Ia adalah penyakit yang buruk, hina dan menghancurkan segala kebaikan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. ( Surah al ‘alaq; 5 )
Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara; permusuhan, kebencian, ujub, cintakan kedudukan, busuk hati dan lain – lain penyakit hati. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri, kawan – kawan, para ulama dan peniaga dan keluarga.
Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.
Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak – akhlak yang buruk dan terhina. Bersamalah menghias diri dengan sifat – sifat ugama yang mulia.
http://nikabduh.wordpress.com/

Rabu, 19 Mei 2010

Perjuangkan Islam, bukan bangsa

· 0 ulasan


Ironisnya situasi pasca PRU ke 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu ketuanan Melayu. Kononnya Melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis. Keputusan pilihanraya umum yang lalu antaranya dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini kian tercabar.

Kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat [termasuk Perak sebelum ianya dirampas oleh Umno] dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa Melayu .


Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian, sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha Umno dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU ke 12 lalu. Menyembunyikan kegagalan mereka (sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka) lalu menganggap Melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar .

Bertolak dari isu yang mereka cipta, gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakkan. Pada mereka apabila Umno kalah maka Melayu kalah. Walhal Umno tidak lagi dilihat mewakili orang Melayu sebaliknya perjuangan Umno lebih tertumpu kepada golongan elit dan kroni para pemimpin mereka sebagaimana ianya pernah diakui oleh Tengku Razaliegh Hamzah.

Mereka mula menjual muka untuk mencari simpati rakyat dalam usaha memulihkan keyakinan mereka terhadap prestasi yang buruk dalam PRU ke 12 lalu dengan menjadikan isu ketuanan Melayu sebagai perangkap .

Sebagai rakyat berbangsa Melayu, saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi Melayu. Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi Umno tidak layak untuk bercakap soal Melayu apa lagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu . Selain daripada Umno adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini, Umno lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

1-Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" Umno menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya, generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

2-Umno mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka, dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah , Perlis, Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

3-Samalah sebagaimana Umno "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa Melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu dan enggan juga membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

4-Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah Umno terhadap bangsa Melayu .

5-Bertambah parah apabila Umno kelihatan nekad membantai dan membelasah orang Melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang Melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

6-Umno juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang Melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

7-Tiada siapa yang dapat memaafkan Umno apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin Melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang Umno dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin Melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

8-Pemimpin Umno mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa Melayu terus melarat sehingga masih ada kampung Melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

9-Bila Umno menjaga Melayu? lihat aksi mereka menjelang pilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti Melayu . Mereka dera Kelantan lebih 20 tahun hanya kerana semata-mata Kelantan menolak kepimpinan Umno. Sedang mereka tidak peduli nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang Melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura.Melayu mana yang Umno jaga? Melayu mana yang Umno peduli?

Apalagi Melayu yang tinggal pada Umno melainkan hanya tahu menghunus keris di saban mesyuarat agong mereka tetapi penakut dan bacul terhadap tekanan kuasa luar terutama yang membabitkan isu umat Islam biarpun Umno melalui presidennya pernah diberi penghormatan menjadi pengerusi OIC .

10-Paling ringan "azab" yang bakal Umno terima ialah melalui dosanya memaksa pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Hari ni barulah mereka bertelagah dan saling mempersoalkan sesama sendiri atas kewajaran mengekalkan pengajian sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Bila Umno pertahankan bahasa melayu bahasa ibunda?

Entahlah, saya pun sudah naik jelak setiap kali mendengar Umno cuba bercakap soal Melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati. Umno menikam Melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal Melayu.

Kalau dulu mungkin masyarakat mudah terpedaya dengan lakonan hebat para pemimpin opurtunis Umno ini tetapi saya yakin tidak pada kali ini. Ini adalah zaman bloggers dan websiters bukan zaman pengampu dan pengipas. Ini adalah zaman dimana  masyarakat mula akses maklumat ketiga atau maklumat alternatif untuk mengimbangi apa yang mereka dengar dari radia dan apa yang mereka lihat dari televisyen .

Pada saya Umno hilang kelayakkan dan langsung tidak punya authority untuk bercakap soal melayu yang telah dikhianatinya.

Kalaulah ada sedikit peluang untuk Umno bermuhasabah dan bertaubat dengan taubat nasuha, Umno terlebih dahulu perlu mengikis buang segala daki perkauman dan sikap opurtunis mereka sebelum mereka nak bercakap soal Melayu .

Tegakkan ketuanan Islam

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .

Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain. Justeru itu, Ketuanan Islam wajar diperjuangkan. Islam selamat maka bangsa akan selamat.

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya, tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' (dari Jabir bin Abdullah rha.) Nabi saw. pernah bersabda :

Maksudnya: Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA . Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.

Al Bukhari Jilid 1 . M/s 131 : Hadis no : 1652

Demikian membawa maksud yang sama, Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak - puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal (berinteraksi dan bekerjasama) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya .

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali - kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan-tuhan mereka .
Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah, perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar .

Sekurang-kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam .

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita. Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka. Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India.

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya. Lantaran itu Islam andai diberi peluang, mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat. Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam, sebagai contoh saya perlihatkan :

Pertama : Kenyataan Saidina Abu Bakar As- Siddiq pada hari beliau dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah :

Sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu. Justeru itu, jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat. Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua :
Dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi . :

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam (zimmi) maka ia telah menyakiti diriku.
**Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Jumaat, 7 Mei 2010

Bagaimana Mendirikan Siasah [berpolitik] di Masjid.

· 0 ulasan



Sebagai “ Rumah Allah ” , masjid merupakan institusi terpenting dalam pembinaan ummah yang bertamaddun. Malah penubuhan Negara Islam oleh Baginda saw. di Madinah al Munawwarah menyaksikan bagaimana masjid dinobat sebagai mercu peradaban dan kedaulatan yang dibina.

Pembinaan masjid di Quba’ , Wadi Ranuna’ [1] dan di Yathrib ( Madinatun Nabi ) menjadi batu asas pembinaan tamaddun Islam unggul berpaksikan kedaulatan syariat dan ummah yang bermartabat.


Ianya ( masjid ) tidak dibina semata – mata untuk mendirikan solat , tetapi juga sebagai nokhtah mula keagungan ummat. Dari situlah nabi saw. menggerakkan jentera kerajaan dan mengatur strategi membangunkan ummah .

Masjid : Iktibar dari Seerah an Nabawiyyah

Syeikh Dr. Musthafa as Sibae’i menyebut di dalam kitabnya as Seeratun Nabawiyyah : Durus wa I’bar :

“ Memang tidak dapat disangkal lagi , bahawa masjid membawa risalah kemasyarakatan dan kerohanian yang agung nilainya terhadap kehidupan ummat Islam . Masjid lah yang menyatukan saf – saf ummat Islam , menyucikan jiwa mereka , menghidupkan hati dan aqal mereka , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh mereka dan akhirnya menampilkan kekuatan jua hubungan erat mereka .

Sesungguhnya telah terbukti bahawa sejarah masjid di dalam Islam , menjadi markaz bagi tentera Islam berangkat ke medan untuk menakluki muka bumi dengan hidayah Allah swt .

Dari masjid jua terpancarnya sinaran cahaya dan hidayah buat ummat Islam dan lainnya malah masjidlah juga berkembangnya peradaban Islam . Bukan kah Abu Bakar , Umar , Uthman , A’li , Khalid , Saad , Abu U’baidah dan tokoh – tokoh seumpama mereka yang terdiri daripada pemimpin – pemimpin agung dalam sejarah Islami merupakan anak -anak murid di Madrasah al Muhammadiyyah yang berpusat di Masjid an Nabawi .

Antara keistemewaan yang lain , masjid pada setiap minggu berkumandang kalimah al haq menerusi seruan khatib yang menentang kemungkaran , memperjuangkan syariat , menyeru kearah kebaikan , menginsafkan mereka yang lalai , menyeru kearah kesatuan, membasmi kezaliman dan memerangi perbuatan yang melampaui batas .

Sesungguhnya kita telah menyaksikan bagaimana dulunya masjid – masjid menjadi markaz – markaz yang menyemarakkan gerakan anak watan menentang penjajah Perancis . Berpangkalan di masjidlah , tokoh – tokoh jihad menetang penjajah dan menentang zionisme .

Apabila kita menyaksikan kepincangan masjid hari ini dari fungsi dan peranannya yang hebat , maka tiada lain melainkan kesalahan sebahagian khatib yang terdiri daripada khatib yang hanya bertugas memburu elaun atau jahil lagi leka .

Alangkah beruntungnya , jika dalam keadaan seperti ini , lahir segolongan pendakwah yang tegas membawa kebenaran , bangkitnya ulama yang memperjuangkan syariat Allah . Mereka ikhlas kerana Allah dan Rasulnya saw. , mereka menasihati pemimpin dan ummat Islam seluruhnya .

Mengembalikan masjid sebagai tempat kegiatan masyarakat , mendidik tokoh – tokoh dan melahirkan pejuang – pejuang , mengislahkan kefasadan , memerangi mungkar dan membentuk masyarakat berasaskan taqwa dan redha Allah swt.”

Rujuk : Seerah an Nabawiyyah : Durus wa I’bar
Oleh Dr. Musthafa Sibae’I . Muka surat 74 – 75
Cetakan ke 9 oleh al maktab al islami ( 1986 ) Dimasyq

Masjid Terbelenggu.

Realiti hari ini bertambah parah apabila melihat nasib masjid dan pengurusannya yang kian terabai . Lebih malang apabila wujudnya fenomena terancang untuk membelenggu masjid agar ia tidak berfungsi sebagai markaazul ummah .

Siapa lagi yang lebih bejad daripada mereka yang menghalang rumah Allah ( masjid ) agar tidak diimarahkan dengan ilmu dan zikrullah . Lebih parah apabila mereka “ sampai hati ” meruntuhkan rumah Allah yang pastinya dibina di atas tanah waqaf milik Allah swt. Firman Allah swt :

و من أظام ممن منع مساجد الله أن يذكر فيها اسمه و سعى في خرابها أولئك من كان لهم أن يدخلوها إلا خآئفين لهم في الدنيا خزي و لهم في الأخرة عذاب عظيم

“ Siapa lagi yang terlebih zalim daripada orang yang menghalang masjid – masjid Allah bahawa disebut didalamnya namaNya dan berusaha merobohkannya ? Mereka tidak layak memasukinya kecuali dengan rasa takut ( kepada Allah ) . Bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat di akhirat .”

Surah al Baqarah . Ayat : 114

Terlalu banyak masjid dalam Negara kita hari ini hanya dijadikan tempat solat dan lebih melucukan bagaimana terdapat masjid yang hanya berfungsi sebagai tempat kunjungan pelancung selain daripada solat berjamaah yang sangat kecil kuantitinya berbanding saiz masjid tersebut.

Keghairahan mendirikan masjid yang tidak seimbang dengan keghairahan mengurus dan mengimarahkannya meletakkan situasi ini sebagaimana yang pernah dibimbangi oleh Rasulullah saw. dalam hadis baginda yang diriwayatkan dari Saidina Ali Karramallahuwajhah :

يُوشِكُ أنْ يأتيَ علَى النَّاسِ زَمانٌ لاَ يَبْقَى مِنَ اْلإسلامِ إلاَّ اسْمُهُ وَلاَ يَبْقَى مِنَ اْلقُرْآنِ إلاَّ رَسْمُهُ مَسَاجِدُهُمْ عَامِرَةٌ وَهِيَ خَرَابٌ مِنَ اْلهُدَى عُلَمَاؤهُمْ شَرُّ مَنْ تَحْتَ أَدِيْمِ السَّمَاءِ مِنْ عِنْدِهِمْ تَخْرُجُ اْلفِتْنَةُ وَفِيْهِمْ تَعُوْدُ

رواه البيهقي

Sudah hampir suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al Quran itu kecuali hanya tulisannya . Masjid – masjid mereka tersergam indah tetapi ia kosong daripada hidayah . Ulama’ mereka adalah sejahat – jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit . Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali .

Rujuk Kanzuul U’mal
M/surat 80, Juzuk 11
Cetakan Darul Kutub al I’lmiyyah Beirut

Pengalaman saya dikepung oleh polis yang lengkap bersama anjing , menyerbu masuk ke kawasan laman Masjid Peramu Kuantan sementara waktu itu saya sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul saw , cukup menggambarkan bagaimana masjid dibelenggu .

Perlantikan ahli jawatan kuasa masjid dikalangan mereka yang tidak pernah menjejak kaki ke masjid semata – mata tidak mahu masjid itu diimarahkan dengan majlis ilmu antara bukti bahawa pembelengguan masjid sangat ketara .

Menghantar SB [2] untuk memantau aktiviti masjid atau surau bukan sahaja menakut – nakutkan masyarakat untuk menghidupkan aktiviti masjid dan surau tetapi juga bermaksud untuk memberi tekanan kepada penceramah dan guru agama yang mengajar agar tidak menyentuh soal penyelewengan dan mungkar yang berlaku dalam Negara.

Sedang kelab – kelab malam dan pusat – pusat hiburan yang menjadi tempat subur untuk bercambahnya maksiat dan jenayah tidak dilayan sedemikian rupa .

Pekeliling yang pernah dihantar kepada surau dan masjid di Lembang Klang agar tidak mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan juga mempunyai maksud yang sama untuk mengekalkan pembelengguan tersebut.

Arahan agar khatib hanya dibenarkan membaca teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama meskipun khatib tersebut seorang yang diiktiraf ilmunya oleh universiti yang mu’taraf turut dilihat sebagai usaha menyempitkan fungsi surau dan masjid.

Sudahlah ruang dan peluang untuk bercakap Islam amat terhad , tiba – tiba masjid dan surau yang dianggap ruang yang paling kondusif untuk berbicara perkara agama turut dikekang , maka dimana lagi Islam ini boleh dijelaskan secara bebas dalam Negara ini ?

Pengurusan Masjid.

Selayaknya masjid diurus selia secara professional dan jujur bagi meletakkannya sebagai institusi penting dan suci dalam masyarakat .

Sangat malang apabila masjid bagaikan bangunan usang yang terbiar tanpa dipedulikan penyelenggaraannya sebagai sebuah tempat ibadah. Masing – masing melepaskan tanggungjawab kepada pihak yang lain dan akhirnya semua berlepas harap .

Sesetengahnya sangat berbangga dengan jumlah kutipan derma mingguan yang meningkat saban minggu dan dipaparkan di papan putih masjid berkenaan , sedang masjid tersebut sangat tidak terurus dengan sistem pengaliran air di kolam wudhu’ , kebersihan tandas yang sangat rendah dan menyedihkan , sistem pembesar suara yang uzur serta lemah dan pelbagai kelemahan yang ketara .

Kenapa tidak wang yang begitu banyak hasil sumbangan orang ramai dimanafaat sepenuhnya untuk meletakkan masjid dan surau sebagai sebuah institusi yang hebat dan menarik . Apa yang paling penting ialah masjid mesti menjadi tempat yang paling selesa dan tenang untuk ummat mengabdikan diri kepada Allah swt.

Imej tandas masjid sebagai tandas yang paling kotor sepatutnya tidak kedengaran lagi . Bukankah kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab utama setiap individu muslim ? Bukan sahaja bermaksud supaya masjid tidak dipandang rendah oleh masyarakat umum, tetapi juga untuk mencari redha Ilahi .

Peranan dan Fungsi Masjid.

Selayaknya masjid diimarahkan . Sebagaimana tiada nilai masjid yang tidak diurus , begitulah tiada erti dan gunanya masjid yang diperbesar dan diperbanyakkan tetapi sepi tanpa aktiviti .
Masjid juga mestilah dilihat sebagai mesra remaja dan mesra ummah seluruhnya.

Masjid tidak sepatutnya menghadkan aktiviti kepada solat berjamaah semata – mata , demikian juga tazkirah dan kupasan ilmu yang hambar dan tidak membawa ahli jamaahnya wujud dalam cabaran zaman mereka yang sebenarnya.

Sebaliknya masjid mestilah aktif menganjurkan pelbagai aktiviti yang mendekatkan masjid kepada mereka yang cuba menjauhkan dirinya daripada masjid. Malah aktiviti kemasyarakatan dan budaya mereka yang tidak bercanggah dengan Islam amatlah baik didekatkan kepada masjid .
Biarpun asalnya aktiviti itu bukan berbentuk ibadah namun apabila ia bertolak dari masjid dan surau , kita mengharapkan ia menjadi satu bentuk ibadah yang diredhai oleh Allah swt .

Tuisyen akademik juga boleh diadakan di masjid atau surau agar tidak sahaja ustaz dan pak lebai menguasai ruang legar masjid tersebut tetapi juga guru akademik dan murid – muridnya berhak ber“mesra” dengan masjid .

Saya berkeyakinan , jika semua pihak mengambil ruang dan bahagian mem“peranan”kan masjid seperti kaum ibu dengan aktiviti mereka , pelajar dengan aktiviti mereka dan ajk masjid dengan aktiviti mereka , masjid akan dilihat makmur , meriah , ceria dan menarik .

Pengalaman saya di Damsyik dan Tanta dapat melihat dari dekat bagaimana di sana terdapat masjid yang dilengkapi dengan maktabah ( perpustakaan ) untuk masyarakat merujuk pelbagai sumber ilmu dan Klinik yang beroperasi di masjid sepanjang hari dengan hanya ditutup pada waktu solat.

Keadaan itu tidak lagi meletakkan masjid dan surau sepi bersendirian dan akhirnya menjadi sasaran mat gian dan kaki lepak beroperasi dan mencuri . Malang ada masjid yang kehilangan besi keranda , tongkat khutbah dan set P.A system. Jawab mudahnya , kerana masjid tersebut sepi ditinggalkan oleh imam dan makmumnya.

Masjid sepatutnya tidak perlu berkunci dan berjaga , sudah cukup amalan iktikaf dan mengimarahkan masjid menjadikan masjid kawasan atau zon paling selamat dalam dunia .

Kalaupun keadaan memaksa demi memelihara barangan milik masjid daripada dicuri oleh penjenayah , maka saya syorkan agar sediakan kawasan berkunci untuk menyimpan barangan berharga milik masjid sementara ruang masjid terbuka untuk aktiviti umum mengabdikan diri kepada Allah swt.

Ataupun , sediakan ruangan khas yang tidak berkunci ( sebahagian dari masjid ) tersebut agar tidak menghalang aktiviti ummah untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. terutama buat musafir lalu .

Pendekkata , sebagaimana pengurusan hotel ada kursus yang disediakan untuk meningkatkan prestasi pengurusan maka saya kira pengurusan masjid juga min baabil aula [ terlebih layak ] patut diadakan kursus untuk tujuan meningkatkan kesedaran dan keinsafan dikalangan ummah terhadap pengurusan masjid dan surau .

Berpolitik di Masjid.

Politik sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah . Pengurusan , pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .

Masjid an Nabawi turut menjadi tempat Nabi saw mengajar ilmu politik kepada ummah agar mereka kekal menjadi ummah yang bertanggungjawab memelihara dan mentadbir negeri atau negara berdasarkan agama yang telah diwahyukan oleh Allah swt . sehingga lahir sebuah negera yang aman , maju , sejahtera dan mendapat keampunan daripada Allah swt .

Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .

Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka  serta dosa dan pahala . Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah , dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara . Justeru itu , masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut .

Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang , murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang .

Bertolak dari masjidlah , politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik , kemaksiatan politik , penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran , kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.

Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya.


__________________________________________________________________________________________________________________
[1] Tempat mula – mula Nabi saw. mendirikan solat jumaat di Madinah .
( di Tengah – tengah Wadi Ranuna’ )
Rujuk : Sirah an Nabawiyyah Li Ibni Hisyam .
M/s 315 Juz. Pertama. Cetakan Dar Ibn Rejab . Mansourah

[2] Antara contohnya sebagaimana yang berlaku kepada Surau al Muhajirin Bandar Muadzam Shah. Kelihatan SB sering memantau aktiviti di surau berkenaan dan saya sendiri selaku salah seorang tenaga pengajar di surau tersebut pernah diadu ke Pejabat Agama kononnya saya mengajar ajaran salah

Selasa, 4 Mei 2010

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI UMNO (2)

· 0 ulasan

PAS Menegur dan Menasihati Pemerintah .
PAS berusaha keras dengan segala keringat , harta , tenaga malah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghantar wakilnya ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , agar PAS boleh bersuara melalui sistem yang ada pada hari ini guna memberi nasihat , tunjuk ajar , bimbingan dan teguran membina kepada kabinet dan jamaah menteri yang memerintah negara ini di tempat dan ruang dimana undang – undang negara digubal .
PAS juga telah menghantar ratusan memorundum sebagai nasihat bertulis kepada pihak kerajaan dan seluruh agensi mereka supaya melakukan pemulihan dan perubahan dalam perkara – perkara yang perlu .
Memorundum yang mengandungi plan bertindak sebagai cadangan dan bimbingan dari PAS untuk menangani gejala sosial telah dihantar oleh PAS kepada pihak berwajib seperti polis , Jabatan Agama , PLKN dan Pihak Berkuasa Tempatan .
Malah saya sendiri beberapa kali menghantar memorundum kepada Menteri Besar , Jabatan Agama Islam , Majlis Agama Islam , Polis , Mufti dan lainnya dalam pelbagai isu yang mengandungi teguran dan nasihat bertulis agar negeri dan negara tercinta ini tidak tersasar jauh dari rahmat Ilahi .
PAS juga menghantar memorundum kepada SUHAKAM sebagai aduan dan cadangan PAS bagaimana menangani isu Hak Asasi Manusia dan juga Hak Kebebasan Bersuara dan Berhimpun dalam negara ini .
Tidak sahaja PAS menegur dan menasihati kerajaan dan agensinya melalui memorundum tersebut tetapi juga PAS mengadakan dialog dan menegur mereka dengan lunak melalui prinsip engagement yang PAS amalkan .
Apa yang menarik , PAS tidak sahaja mendepani kerajaan dan agensinya tetapi PAS juga tampil menegur dan menasihati kuasa besar dunia melalui kedutaan mereka di sini melalui rundingan dan memorundum yang kita serahkan kepada mereka .
Malah kita turut “tunjukkan perasaan” kita , bagaimana terhiris dan terlukanya hati rakyat atau ummah ini terhadap kekejaman dan kezaliman mereka serta penghinaan yang mereka lakukan ke atas Islam dan penganutnya.
PAS turut bersama dalam menyertai majlis debat , dialog dan rundingan dalam apa jua bidang yang diberi ruang kepada PAS untuk bersuara bagi kita memberi pandangan jua nasihat dan tentunya Islam menjadi dasar pandangan dan nasihat kita .
Pendek kata PAS konsisten untuk mendidik dan membimbing serta menegur dan menasihati pemerintah agar mereka tidak menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanah mereka .
PAS tidak pernah mengambil pendekatan ganas ( militan ) apatah lagi tindakan yang membawa kepada fitnah perpecahan solidariti ummah . Justeru itu PAS tidak boleh dicabar keabsahannya untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah , selamat dan berwibawa dalam negara ini .
Menganggap PAS sebagai bughah bukan sahaja tidak benar tetapi menunjukkan sikap tidak teliti dalam memahami nas dan istilah bughah .
Benarkah Pemerintah Tidak Boleh di Tegur Secara Terbuka .
Setelah diambil segala langkah yang didedahkan tadi , kedegilan UMNO & BN melenyapkan segalanya .
Betapa terkilannya hati dan hancurnya perasaan menyaksikan UMNO & BN bagaikan berpesta setiap kali menolak cadangan dan nasihat dari PAS . UMNO & BN tidak sahaja menolak cadangan dan nasihat kerana ia datang dari PAS tetapi didorong oleh sikap anti Islam .
Sebagai contoh , kabinet kerajaan UMNO & BN pernah menolak mentah–mentah cadangan dan draf etika berkait dengan industri hiburan yang dikeluarkan oleh JAKIM supaya ianya menurut lunas – lunas Islam .
Fatwa mufti mengenai konsert–konsert dan road show artis yang tentunya tidak menepati tatatertib syara’ juga mengalami nasib yang sama. Bukan sahaja tidak diendahkan fatwa tersebut malah konsert tersebut diperhebat dan diperbanyakkan .[3]
UMNO & BN sering menindas dan menyakiti PAS dengan pelbagai tohmahan melalui media massa yang mereka kuasai dan terus membohongi rakyat dan bersandiwara disebalik sikap hipokrit mereka .
UMNO & BN turut menggunakan polis dan FRU untuk membelasah pemimpin , ahli dan penyokong PAS yang tidak bersenjata .
UMNO & BN juga menggunakan ISA untuk mengurung musuh politiknya secara kejam tanpa peluang membela diri dan menyeksa diri dan keluarga tahanan.
UMNO & BN sering mendakwa bahawa negera ini negara demokrasi tetapi memimpin dan mentadbirnya secara autokrasi .
Segala tekanan , penderitaan dan kesengsaraan ini hanya dirasai oleh pejuang – pejuang Islam dan kebanyakkan mereka adalah ahli PAS . Apa yang boleh mereka lakukan untuk “menjawab” segala kekejaman dan kezaliman UMNO & BN ?
Allah berfirman yang bermaksud :
Diizinkan ( berperang ) bagi orang – orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha kuasa menolong mereka.
(Surah al Hajj : Ayat 39)

Firman Allah swt. lagi :
Allah tidak suka perkataan buruk ( yang diucapkan ) secara terbuka kecuali oleh mereka yang dizalimi .Allah adalah Tuhan Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

MANHAJ PERJUANGAN PAS : MENDEPANI UMNO (1)

· 0 ulasan


Islam yang diperjuangkan oleh PAS ternyata mendapat tentangan sengit daripada UMNO & BN yang memerintah Negara ini.
Biarpun berulangkali al – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan : “ andainya UMNO melaksanakan Islam yang tulen ( bukan Islam Palsu ) PAS sanggup membubarkan partinya.” [1]
UMNO & BN terus berkeras dan berdegil . Bukan sahaja mereka tidak mengizinkan Islam berdaulat di atas tanahair ini bahkan mereka menggunakan kekerasan ( setelah tewas hujjah ) untuk mendepani PAS dan kebangkitan ummat Islam yang mahu melihat negara ini mendaulatkan Islam atau syariat Allah swt.
Penentangan ini tidaklah memeranjatkan PAS yang menyambung Risalah an nabawiyyah di zaman ini justeru ia pernah dihadapi oleh nabi saw malah turut dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam di sepanjang zaman .
Inilah yang dilafazkan oleh orang – orang Quraisy tatkala nabi saw menyampaikan dakwahnya :
Apa yang engkau sampaikan kepada kami ini adalah suatu yang dibenci oleh pemerintah
Tarikh Madinah Dimasyq . Juzuk 17 . Mukasurat 299
Oleh Abi al Qasim A’li bin al Hasan
Ibnu Hibbatullah bin Abdullah asy Syafi’e ( w. 571 )
Firman Allah swt yang bermaksud :
Dan ingat bagaimana perancangan orang – orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik – baik perancang .
(Surah al Anfaal : Ayat 30)
Sebenarnya inilah 3 tribulasi yang akan dihadapi oleh pejuang – pejuang Islam yang menyambung lidah perjuangan Nabi saw di sepanjang zaman.


Muwaajahah Silmiyyah . (
مواجهة سلمية / berdepan secara aman )
Biarpun PAS berdepan dengan sebuah pemerintahan yang kasar dan ganas terhadap perjuangan dan anggotanya , PAS masih konsisten menggunakan pendekatan مواجهة سلمية atau موجّهة بالسلم .
PAS yang mengambil pendekatan politik menyertai pilihanraya selama ini adalah untuk mengekalkan prinsip muwaajahah tersebut .
Sungguhpun ada pemimpin PAS yang ditembak mati oleh pemerintah seperti asy Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan – rakannya di Memali Kedah.
Biarpun ada pemimpin PAS diseksa dan dikurung tanpa bicara melalui akta primitive ISA seperti Tuan Hj. Muhammad Sabu , Ustaz Abu Bakar Chik , Tuan Hj. Mahfuz Omar , al Marhum Ustaz Buniamin Yaacob dan lain–lain.
PAS tetap dengan prinsipnya mendepani pemerintah yang tidak mendaulatkan Islam ini secara aman . PAS meletakkan dirinya di atas Manhaj an Nabawi sebagaimana yang diajar oleh baginda saw. melalui hadisnya yang diriwayatkan oleh at Tabarani yang bermaksud:
Ketahuilah , sesungguhnya Islam bergerak dalam satu pusingan , maka berpusinglah bersama al kitab sekira – kira ia berpusing . Ketahuilah sesungguhnya al kitab dan pemerintah akan berpisah maka jangan kamu memisahkan al kitab , ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu ( zaman kamu ) , pemimpin yang memutuskan ( sesuatu ketetapan ) untuk kepentingan diri mereka bukan untuk kamu . Jika kamu mengingkari mereka , mereka membunuh kamu dan jika kamu mentaati mereka , mereka menyesatkan kamu . Lalu mereka berkata
Ya Rasulallah , apakah ( sewajarnya ) kami lakukan ?
Rasul saw menjawab : ( jadilah ) sebagaimana pengikut Nabi Isa ibnu Maryam as. , mereka dikelar dengan pengelar besi dan mereka disalib di atas palang kayu . Mati dalam mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup mendurhakai Allah swt.
Rujuk Majma’ az Zawaai’d. Juzuk 5 /muka surat 238
Oleh : Ali bin Abi Bakar al Haithami ( w. 807 )
Cetakan Darul Rayyan Lit Turath , Qaherah

PAS Tidak Mencari dan Memulakan Permusuhan .
Kehadiran PAS hanya untuk membawa Islam ke mercunya dan memastikan tiada fitnah ( penentangan secara terbuka terhadap Islam ) dan perlecehan syariat Ilahi . Ianya berasaskan kepada apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :
Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka terhadap Islam ) dan jadilah ( satu – satunya ) cara hidup milik Allah swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap orang – orang yang zalim .[2]
(Surah al Baqarah : Ayat 193)

Saksikanlah , bahawa yang dibunuh ialah pemimpin PAS sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO & BN dibunuh oleh PAS .
Yang dipenjara ialah pemimpin dan aktivis PAS , sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO dan BN dipenjara oleh PAS .
Yang diugut , diancam dan dibuang daerah ialah ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong PAS sedang tiada seorang pun ahli – ahli UMNO ditindas dan dizalimi oleh PAS .
“ Dosa ” PAS hanya kerana memperjuangkan Islam dan mahu ianya didaulatkan . Sementara UMNO & BN sangat tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh PAS , malah UMNO & BN membangkangnya dengan keras dan ganas .
Sekali lagi PAS mengambil pendekatan Manhaj an Nabawi sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasul saw.
Wahai Manusia , Jangan kamu bercita – cita mencari musuh dan mohonlah kepada Allah akan kesejhteraan , jika kamu bertemu jua ( akan musuh ) maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya syurga itu berada dibawah kilatan mata pedang kemudian baginda berdoa :
Ya Allah , tuhan yang menurunkan al kitab , yang memperjalankan awan dan tuhan yang membinasakan tentera ahzab , hancurkanlah mereka ( musuh ) dan berilah kemenangan ke atas kami .
Sohih Bukhari Hadis No. 2804 Juz.3 / muka surat 1082
Cetakan Darul Ibnu Kathir . Beirut
Sohih Muslim Hadis No.1742 Juz 3 / Muka surat 1362
Cetakan Dar Ihya’ Turath al A’rabi. Beirut

UMNO & BN Pembangkang yang Degil .
Bumi ini milik Allah , malah segalanya dibawah kawalan Allah Jalla wa A’la . Selayaknya bumi ini amnya dan tanahair ini khasnya ditadbir dan diselia berasaskan peraturan dan perundangan ( syariat ) Ilahi .
Siapa kita untuk berkata “ tidak !” kepada Allah swt. Lantas PAS sejak awal penubuhannya ( biarpun melalui pelbagai kelemahan dan kekurangan ) terus mencadang supaya hukum Allah ditegakkan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :

Dan hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa apa yang telah diturunkan Allah kepadamu .
Jika mereka berpaling ( dari hukum yang telah diturunkan oleh Allah ) maka ketahuilah sesungguhnya Allah berkehendak menimpakan musibah kepada kepada mereka disebabkan sebahagian dosa – dosa mereka dan sungguh kebanyakkan manusia adalah orang – orang yang fasiq .
Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki ? Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang – orang yang menyakini ( agamanya ) .
(Surah al Maaidah : Ayat 49 - 50)

Namun malang 1001 kali malang , ternyata UMNO & BN sangat degil dan merekalah pembangkang yang “ istiqamah ” dengan penentangannya terhadap Islam yang dicadangkan oleh PAS agar didaulatkan atas tanahair ini .
Sebenarnya tidak timbul siapakah yang akan mendaulatkan Islam , tetapi yang penting ialah Islam mesti didaulatkan . Jika UMNO bersedia mendaulatkan Islam dan melaksanakan syariat sebagaimana yang diajar oleh Nabi saw , PAS sangat bersedia untuk bekerjasama demi kedaulatan Islam .
Malang sekali lagi malang seperti slogan mereka , UMNO dulu , kini dan selamanya membangkang cadangan PAS agar Islam didaulatkan . Persoalannya , kalau PAS cadang nak laksanakan hukum Allah , mereka kata itu hukum PAS , hudud PAS atau Islam PAS lalu dimanakah hukum UMNO , hudud UMNO dan Islam UMNO setelah rakyat memberi mereka mandat yang besar dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu dan sebelumnya . Kenapa mereka tidak melaksanakan Islam ?
Firman Allah swt :
الذين ان مكناهم في الأرض أقاموا الصلوة و اتوا الزكوة و امروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و لله عاقبة الأمور .
Orang – orang yang jika kami berikan kedudukan ( kuasa ) di muka bumi , mereka mendirikan solat , mengeluarkan zakat dan menegakkan yang ma’ruf ( syariat ) serta mencegah kemungkaran dan kepada Allah kembali segala urusan .
(Surah Al Hajj : Ayat 41)
Saya tidak percaya mandat yang diberi untuk mereka memerintah adalah untuk mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah seperti arak , judi , kelab malam dan segala macam mungkar serta kezaliman . Apa yang rakyat mahu ialah keadilan dan kesejahteraan jua keamanan sedang segalanya itu ada bersama Islam . Laksanakanlah !

Related Posts with Thumbnails