AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerdau,  Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) yang dimasukkan ke Institut  Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei lalu, kini dilaporkan kembali kritikal.  Anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata  Zaharuddin, 63, tidak sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat  kira-kira pukul 6 pagi.
Ekoran itu, banyak juga SMS yang saya  terima bertanyakan kedudukan terkini Adun BN berkenaan. Ada pilihan raya  kecillah lagi? Begitulah harap mereka. Nampak macam kurang adab, kurang  ajar tetapi trend hari ini membuktikan SPR tidak akan mengadakan  pilihan raya kecil selain dari seseorang wakil rakyat itu meninggal  dunia. SPR serik dengan PRK Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau.
"Saya dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang beliau tidak  sedarkan diri ketika dikejutkan oleh jururawat untuk diberi ubat. Saya  difahamkan, kemungkinan beliau mengalami strok dan dia kini dimasukkan  ke Unit Rawatan Jantung (CCU)," katanya ketika dihubungi Bernama di  sini.
Beliau berkata anggota keluarga Zaharuddin  diminta datang ke hospital oleh doktor yang merawatnya kerana beliau  berada dalam keadaan koma, dan doktor turut memaklumkan bahawa keadaan  jantung serta paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah, dan beliau  memerlukan perhatian serius.
Zaharuddin dimasukkan ke Hospital Sultan  Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh pada 3 April lalu untuk menjalani  pembedahan ulser usus setelah mengadu sakit di bahagian perut sebelum  dirujuk ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan  jantungnya.
Dalam pilihan raya umum 2008 yang lalu,  Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hasanudin Salim dengan majoriti 1,615  undi. Dun ini mempunyai pengundi terdiri daripada 89 peratus Melayu;  Cina 6 peratus, India 3.7 peratus dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
Apapun, PAS Kawasan Kuala Krau mestilah bersiap siaga  menghadapi sebarang kemungkinan.Tiada salahnya PAS memperkukuhkan  jentera pilihan raya, mengemaskan organisasi, memantapkan daftar pemilih  dan memperkasakan dana. Andainya tiada PRK, ia upaya dibawa kekuatan ke  PRU-13 tidak lama lagi.
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan