Memaparkan catatan dengan label OH TIDAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OH TIDAK. Papar semua catatan

Ahad, 2 Mei 2010

4 JUTA SUMBANGAN UMNO?

· 0 ulasan

"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka." Itulah petikan kata-kata exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa ketika mengulas tulisan kickdefella.

Wa rasa sikit terkejuz bila husam bilang itu macam, wa rasa pelik. Bukan apa, wa rasa macam Husam tahu je duit tu memang ada, tapi sumber ye sumber mungkin fadly yang baru saje dinaik kan pangkat tak tahu kut.

Kenapa Husam jawab itu? wa ingat dua-dua antara Husam dan Kick sudah saling memerangkap. Husam terperangkap dan Kick pun diperangkap. Nanti kita tengok siapa kena.

Wa harap Datuk Husam tak kena, biar kick yang kena...kena kick la. 4 juta ditaja oleh kumpulan Umno tertentu. Kumpulan umno mana tu? siapa yang kumpulan umno tertentu kasi? tak kan direct dia kasi sama kick ? kick pula kata itu duit Pas untuk jatuhkan imej Dollah. Pelik ke? mana pelik, wa je yang tak fikir jauh. kenapa? kerana kalau wa gabungkan 2 ulasan ini dijadikan 1 wa faham lu pun faham.. Kick kata 4 Juta tu dari Pas, Husam pula kata dari kumpulan umno terentu. Jadi kumpulan umno tertentu bagi pada pas, pas pula kasi sama kick. Jadi Kick bila terima itu 4 juta dari Pas , dia anggap itu pas punya. Faham ?

Siapa pula yang bikin kerja dalam gelap dengan umno? Hentam duit umno dalam kelambu ma, angkat duit 4 juta dari umno tanpa kelulusan syura...ini sudah kes jumpa umno dalam gelap. Tak apa, ini kan kerja mau jatuh dollah tak perlu kelulusan Majlis syura.Kasi hentam gitu-gitu je.

kalau di Selangor wa ingat mungkin Hasan Ali pau 4 juta dari umno, wa ingat tak mungkin umno kasi 4 juta sama ahli parlimen Bachok. Tapi yang wa tahu lah , hasan ali sama nasa saja yang duk main dalam gelap sama umno, ini ada kes baru lah. ini kena tambah lagi sorang pro UG, tapi siapa? wa ingat OneG ke, Faqak ke, TB ke, GB ke sapa sapa la yang selalu hentam individu yang kerja dalam gelap kena siasat sampai akar umbi atau terus sampai lubang cacing. Kalau lu tak jumpa juga lu kena Zul so long atau Wan Jo. wa tau zol so long dan OneJo ada teori....woi wa belit-belit apo ko hal...bukan belit ma, soly ah, senang punya cerita, kick kena bilang siapa orang pas yang kasi sama dia 4 juta dan husam juga kena kasi tahu siapa yang bersama kumpulan tertentu dalam umno yang kasi ofer 4 juta tu. Wa harap-sungguh-sunggup, wa doa pada Pencipta alam ini supaya bukan Datuk Husam yang terima duit 4 juta dan kasi pada kick. Wa sayang sama Datuk Husam ma, wa sayang pada semua pimpinan Pas ma, wa sayang , kalau wa hentam kow kow tu wa sayang lu caya lah.
he he he 4 Juta?

http://macamoranggila.blogspot.com

RM4juta: Kickdefella kentutnya berdegar-degar, beraknya tiada

· 0 ulasan

Satu kesilapan ke atas diri saya kerana terpengaruh dengan tulisan Kickdefella tanpa merujuk sumber asal akan cabaran Kickdefella mengatakan kononnya SU Akhbar yang mencabarnya. Saya tersilap. Rupanya kenyataan media asal Fadhli Shaari yang sememangnya SU Akhbar kepada Tok Guru mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Secara mudah untuk difahami ialah Fadhli Shaari mencabar Kickdefella atas nama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Kelantan bukannya atas nama Setiausaha Akhbar. Berdasarkan kenyataan terbaru beliau:

2.Suka saya memaklumkan bahawa kenyataan saya baru-baru ini yang mencabar beliau membuat lapooran polis dibuat di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan di mana saya merupakan Ketua Penerangannya dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan posisi saya di Pejabat Menteri Besar Kelantan sebagai Setiausaha Akhbar. - Fadhli Shaari

Kickdefella sememangnya gilakan publisiti, dia tidak mahu mengaitkan Fadhli Shaari dalam pemuda, dia hanya melihat dari segi tubuh Tok Guru Nik Aziz. Betapa gila publisitinya Kickdefella tersebut.

Dengan mendabik dada Kickdefella mengumumkan dalam blognya;

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Saya mampu tergelak, apakah betul apa yang didakwanya?, kerana tiada sebarang bukti pun yang dilampirkan akan hal perihal RM4 juta tersebut. Apa sebenarnya RM4 juta tersebut? Mengapa tidak dilampirkan bukti seperti dokumen-dokumen yang lepas seperti surat PASTI dan juga seperti Laporan Postmorterm PRU 12? Mengapa?

Saya juga ketawa terkekek-kekek seperti pontianak terjumpa paku setengah inci apabila membaca laporan Malaysiakini;

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Syed Azidi berkata beliau tidak mempunyai apa-apa tujuan selain menjawab kenyataan Ahmad Fadhli yang dilaporkan mendakwanya tidak banyak membantu PAS dalam pilihan raya.

"Sebagai orang baru, dia sepatunya teliti dahulu (fakta) sebelum keluarkan sebarang kenyataan.

"Terlajak perahu boleh diundar, terlajak kata buruk padahnya," katanya yang baru dua bulan dilantik sebagai setiausaha akhbar kepada menteri besar Datuk Nik Aziz Nik Mat. - Malaysiakini

Saya tertanya-tanya, siapa orang baru dan siapa orang lama? Jawapan mudah ialah periksa keahlian PAS dan kita boleh tahu siapa yang baru dan siapa yang lama. Kickdefella? Bukan ahli PAS, hanya diambil kerja untuk beberapa ketika sahaja. Hanya bekerja beberapa ketika sahaja sudah sombong bagaikan nak gila.

Isu RM4 juta benar-benar memerangkap Kickdefella antara benar atau pembohongan. Beliau hanya menyalak-nyalak, bukti RM4 juta langsung tidak dikemukakan. Apakah jawapannya nanti mengenai RM4 juta begini? - "ada beberapa perkara yang dia tidak akan maklumkan kepada sesiapa dan akan "disimpan sampai mati". - Adakah begitu? Kalau begitu anda sememangnya berbohong dan berburuk sangka dan ada niat untuk mencemarkan nama baik PAS Kelantan.

Kickdefella sekarang bagaikan anjing yang tersepit, tidak tahu membezakan hendak kentut ataupun hendak berak.

Yang hanya dia tahu, dia menyebut dengan manja nama Tulang Besi. Ada apa-apakah? Tak keluar minum bersama pekena sama itu sisha dan barbican kah?

http://setelah.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails