
Kuala Lumpur, 18 Mei:  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini telah mengadakn satu sidang  media berikutan daripada kes mahasiswa di UKM yang disabitkan atas  tuduhan melibatkan diri didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu  Selangor.
Tertuduh yang disabitkan adalah Sdr  Hilman Idham,Sdr Ismail Aminuddin,Sdr Azlin Shafina Adzha dan Sdr Woon  King Chai. Mereka semua merupakn Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik  UKM kecuali sdr Woon King Chai yang merupakan exco. Mengikut pertuduhan,  mereka akan didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan  melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a)  Akta Universiti & Kolej Universiti.
Sdr Hilman ketika sidang media itu  mengemukakan rasa tidak puas hatinya kerana beliau bersama rakan-rakan  telah di dakwa kerana kesalahan itu,sedangkan mereka semua daripada  jurusan Sains Politik dan tidak menjadi masalah sekiranya mereka turun  ke lapangan sebenar.
” Saya berasa terkilan kerana sebagai  pelajar jurusan Sains Politik tidak menjadi masalah sekiranya saya turun  ke Pilihanraya untuk melihat situasi semasa” kata beliau
Tambah beliau lagi, sebelum ini beliau  sudah turun ke banyak lokasi Pilihanraya, tetapi tidak menjadi masalah  seperti ini. Beliau juga mempersoalkan tindakan KPT yang mengeluarkan  pekeliling yang mengatakan Mahasiswa tidak boleh terlibat dalam  pilihanraya sedangkan mahasiswa mempunyai hak untuk turun ke lapangan.- Mahasiswakini
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan