 KOTA BARU, 17 Mei —  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat (gambar)  berkata rakyat sudah terlalu mual dengan  amalan politik wang  Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia  gagal mempertahankan  kerusi Parlimen Sibu semalam.
     KOTA BARU, 17 Mei —  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik  Mat (gambar)  berkata rakyat sudah terlalu mual dengan  amalan politik wang  Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia  gagal mempertahankan  kerusi Parlimen Sibu semalam. 
 Rakyat  sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan  raya),kata  Menteri Besar Kelantan ini.
 
Umno dan BN  membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang  ternakan boleh  dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali  manusia sudah  ingin disamakan dengan ayam itik, kata beliau dalam  kenyataan  dikeluarkan petang ini. BN memberikan  janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5  juta yang diumumkan  oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada  malam terakhir kempen  untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.
 Nik Aziz mengharapkan  BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa  tidak semua manusia boleh  dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari  langit dengan berkata  “prinsip bukannya barang dagangan.
 Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam  tadi menjadi  tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya  umum ke-13.
 Pilihan raya kecil Parlimen Sibu malam tadi berakhir  dengan kejayaan  Wong menewaskan calon BN, Robert Law Hui Yew dan Narawi  Haron dari Bebas  dengan majoriti 398 undi.
 Narawi hilang wang  pertaruhan.
 Kemenangan Wong sekali gus mencatatkan sejarah  tersendiri setelah 28  tahun kerusi Parlimen berkenaan dikuasai BN.
Sumber TheMalaysianInsider
 
Selasa, 18 Mei 2010
Nik Aziz: ‘Umno, BN beli undi macam beli ayam itik’
di
4:55 PG
·
      
Label: politik dan isu semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan