 POS Malaysia mengalami  kerugian besar diluar jangkaan RM540 juta dalam kira-kira kewangan tahun  2009. Ia berpunca dari kesilapan dan kerugian pelaburan dalam firma  Transmile Group Bhd. Kerugian itu telah dipersalahkan kepada pihak  pengurusan dan beberapa pengarah Pos Malaysia termasuk bekas  pengerusinya, Tan Sri Adam Kadir.
POS Malaysia mengalami  kerugian besar diluar jangkaan RM540 juta dalam kira-kira kewangan tahun  2009. Ia berpunca dari kesilapan dan kerugian pelaburan dalam firma  Transmile Group Bhd. Kerugian itu telah dipersalahkan kepada pihak  pengurusan dan beberapa pengarah Pos Malaysia termasuk bekas  pengerusinya, Tan Sri Adam Kadir.
Pihak pengurusan Pos Malaysia  dianggotai oleh Ketua Eksekutif (CEO) dari Syarikat Berkaitan Kerajaan  (GLC) yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh Khazanah untuk mengurus  dan melakar perancangan bagi menambah pendapatan Pos Malaysia. Namun,  pelaburan yang dilakukan CEO syarikat itu dalam Transmile Group  mengalami kerugian tidak terduga yang belum pernah berlaku dalam sejarah  penubuhan syarikat itu.
Beberapa tokoh pemimpin Umno dan bukan  Umno sudah menuding jari kepada Kementerian Kewangan kerana memilih dan  melantik beberapa tokoh korperat yang menjawat jawatan di dua syarikat  GLC sekaligus. Mereka berpendapat, adakah negara sudah kekurangan tokoh  korperat dan bijak pandai sehingga GLC diurus sedemikan rupa. Mereka  menyaran supaya supaya Kementerian Kewangan lebih serius dalam memilih  mereka yang layak menjadi CEO serta mengkaji semula kaedah perlantikan  CEO dengan lebih teliti.
Sudah kedengaran kritikan apakah  perlantikan pegawai tinggi syarikat itu dibuat berdasarkan kepakaran  mereka yang sebenar atau hubungan istimewa mereka dengan orang-orang  tertentu di Kementerian Kewangan. Dalam hubungan ini, mereka mendesak  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop  menjalankan siasatan dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pos  Malaysia boleh mengalami kerugian begitu besar. 
Ahli Parlimen  Bayan Baru yang baru keluar PKR dan menjadi AP bebas, Datuk Seri Zahrain  Mohamed Hashim turut mendesak Nor Mohamad menjelaskan perlantikan lapan  individu daripada Dana Harta Berhad sebagai CEO dalam GLC yang  menurutnya agak keterlaluan. Zahrain mempertikai sama ada motif  perlantikan CEO dibuat bersandarkan kelayakan atau sejarah hubungan  mereka dengan Nor Mohamad.
Nor Mohamad menafikan sekerasnya  penglibatannya dalam sebarang keputusan sehingga menyebabkan Pos  Malaysia mengalami kerugian. Menurut beliau, keputusan sepenuhnya  diambil dan diputuskan pihak pengurusan dan lembaga pengarah Pos  Malaysia sebagai pegawai yang telah diberi amanah dan tiada kena mengena  dengan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab merestui  perlantikan pegawai berkenaan.
Episod ini sudah menimbulkan  tuduhan daripada beberapa individu kepada Nor Mohamad yang didakwa cuba  menafikan situasi sebenar yang sudah berlaku dalam Pos Malaysia. Malah  Nor mendakwa tuduhan terhadapnya oleh individu-individu itu sejak  kebelakangan ini agak keterlaluan seolah-olah mempunyai agenda  terselindung secara teratur oleh pihak tertentu. Bekas Pengerusi Pos  Malaysia, Tan Sri Adam Kadir dikatakan akan berjumpa Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendedahkan cerita sebenar episod itu  dengan bukti dokumen yang sudah dikumpul mengenai salahlaku pengurusan  yang oleh pihak Khazanah.
Adam dalam sidang akhbar menggesa  kerajaan supaya mengkaji dengan teliti kepimpinan Khazanah yang  menurutnya cuba menguasai sepenuhnya pengurusan Pos Malaysia.  Menurutnya, pengurusan Khazanah sudah mengeluarkan RM800 juta dari  simpanan (reserved) Pos Malaysia dan mengarahkan pembelian dan pelaburan  saham tertentu RM40 juta dalam Transmile Group Bhd yang akhirnya  mengakibatkan kerugian tidak diduga syarikat setengah billion ringgit.  Adam juga mendesak Najib menghalang cadangan penjualan 33 peratus saham  kerajaan yang berada dalam tangan Khazanah kepada syarikat swasta kerana  isu itu amat sensitif kepada negara. Katanya, perkhidmatan Pos begitu  kritikal kepada rakyat dan tidak seharusnya jatuh ke tangan pihak  swasta.
Persoalan timbul, siapakah yang patut dipersalah dalam  episod itu? Adakah pengurusan Pos Malaysia yang dianggotai CEO dari  Khazanah atau menteri yang melantik mereka?
Dari episod yang  sudah berlaku, pihak pengurusan dan petadbiran perlu bertanggungjawab  kerana kelemahan mereka membuat keputusan sehingga syarikat mengalami  kerugian besar RM540 juta. CEO Pos Malaysia dan semua pengarah serta  pengerusinya harus menjawab kepada kerajaan dan rakyat bagaimana mereka  telah membuat pelaburan yang silap dan sepatutnya dihukum sewajarnya  dengan kesilapan besar itu.
Dalam organisasi dan cara pengurusan  syarikat korperat terbesar dunia, CEO yang gagal menjalankan tugas  akibat dari salah keputusan atau kurang berprestasi seperti yang  diharapkan seharusnya dipecat dan diganti dengan tokoh lain yang lebih  layak. Jika kerugian begitu besar dan berlaku penyelewangan ketara,  pegawai tinggi syarikat terlibat harus didakwa kerana perbuatan sengaja  tidak amanah mereka menyebabkan kerajaan atau syarikat kerugian yang  tidak sepatutnya. Ini hukuman biasa yang patut dikenakan kepada mereka  jika mahkamah mendapati mereka bersalah dengan hukuman penjara atau  denda yang setimpal. 
Dalam kes terbaru melibatkan syarikat  korperat terkenal saham, bank pelaburan dan kewangan antarabangsa di  barat, ramai pegawai tinggi dan pengarah yang didapati bersalah oleh  mahkamah akhirnya disumbat dalam penjara kerana perbuatan curang dan  serong mereka. Namun, jika syarikat mengalami kerugian akibat salah  percaturan dalam membuat pelaburan, hal itu diselesaikan dengan  perletakan jawatan secara sekarela atau pemecatan pegawai berkenaan oleh  pihak pengurusan tertinggi. Itupun bergantung kepada budibicara  pengurusan organsisasi itu atau kerajaan terlibat untuk mengambil  tindakan lebih keras dan sewajarnya jika kesilapan itu tidak boleh  dimaafkan atau berlaku kecuaian yang disengajakan.
Dalam kes Pos  Malaysia, jika PM Najib ingin kerajaan berlaku jujur dan adil kepada  rakyat - kerana perkhidmatan pos melibatkan kepentingan asas rakyat -  mereka yang terlibat dan didapati melakukan kesalahan atau kecuaian yang  menyebabkan kerajaan kerugian RM540 juta, seharusnya dihadapkan segera  ke muka pengadilan untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Dan jika  berlaku penyelewangan yang sengaja dan ketara melibatkan kerugian wang  rakyat yang begitu banyak, pegawai terlibat tidak boleh diampunkan dan  patut diberi hukuman setimpal tidak mengira statusnya sebagai kawan atau  pegawai yang sudah lama bertugas. 
Menteri atau CEO Khazanah  yang membuat keputusan melantik pegawai berkenaan harus turut  bertanggungjawab secara tidak langsung kerana salah memilih mereka  sehingga kerajaan kerugian setengah billion ringgit. Siapakah yang patut  membayar kerugian besar itu? Adakah pegawai CEO dan pengarah yang  membuat kesilapan itu perlu membayar jumlah kerugian itu? Adakah menteri  terlibat dan CEO Khazanah berkenaan boleh lepas tangan tanpa perlu  menjawab kepada rakyat sedangkan secara langsung atau tidak, mereka ada  sedikit saham dalam kesilapan keputusan dan kerugian yang sudah berlaku?
Episod  ini tidak boleh dipendam dan disimpan dibawah karpet. 
Ianya  memerlukan ketulusan Najib untuk menyelesaikannya secara bijaksana dan  adil sesuai dengan gagasan 1Malaysianya; kepentingan rakyat didahulukan,  pencampaian diutamakan. Beliau tidak boleh menutup kes itu dengan  seribu alasan seperti yang lazimnya diketahui umum. Beliau harus  berterus terang dan mengambil tindakan sewajarnya kepada yang terlibat  kerana ia melibatkan kerugian wang rakyat yang bukan sedikit sekaligus  menunjukkan kelemahan kerajaan BN dan menterinya dalam memilih dan  melantik pegawai yang berkebolehan bagi menjayakan rancangan  pembangunannya. 
sumber 
Jumaat, 14 Mei 2010
POS Malaysia Rugi RM540 Juta - Siapa Perlu Bertanggungjawab?
di
3:06 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan