Lepas satu-satu maruah, kedaulatan dan hak milik negara tergadai dan terlepas sepanjang Umno-BN diberi kuasa mentadbir negara.
Belum hilang kejutan kerjasama yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan APCO Worldwide syarikat milik yahudi (yang terus membunuh umat ISLAM di Palestin) membabitkan wang rakyat sebanyak RM 77 juta sekali lagi kita digemparkan dengan kehilangan dua telaga minyak yang dianggarkan mempunyai simpanan minyak bernilai ratusan bilion ringgit di perairan tuntutan bersama Malaysia-Brunei.
Berapa banyak lagi maruah,wilayah, kedaulatan dan tanah milik negara ini bakal terjual dan tergadai? Tidak cukupkah dengan beribu ekar tanah negara ini yang kini menjadi milik rakyat Singapura? Begitu juga dengan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar atas nama pembangunan negara yang menyebabkan maruah dan kedaulatan negara ini kini dalam bahaya.
Apakah kita juga sudah lupa bagaimana pulau Batu Putih yang cukup strategik dan bernilai telah hilang dalam peta negara? Semua ini gara-gara kecerdikan dan kepandaian pemimpin Umno-BN yang mendabik dada pandai memerintah dan membangunkan negara.
Kalau soal maruah kita tidak perlu berselindung lagi. Kadar jenayah rasuah negara ini antara yang tertinggi di rantau Asia. Isu liwat meliwat yang dikaitkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim. Bertambah memalukan dengan isu-isu yang menjadi buah mulut dan diperkatakan serta ditertawakan oleh masyarakat dunia.Antaranya lagi, isu pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam dan kini menyelam semula, kehilangan enjin jet pesawat pejuang, pembunuhan Altantuya, pusat transit dadah dan terbaru kematian menyayat hati adik Aminurashid ditembak polis.
Pada zaman siapa semua ini berlaku? Sudah pasti ia berlaku sepanjang Umno-BN memerintah negara. Selagi Umno-BN dibiarkan terus berkuasa kita atau generasi akan datang dapat menyaksikan lebih banyak isu berkaitan maruah dan kedaulatan akan terlucut dari genggaman negara ini. Sekiranya kita ingin melihat generasi akan datang terpaksa merempat dan mengemis di negara sendiri maka undilah Umno- BN lagi dulu, kini dan selamanya menjadi juara menipu rakyat.
" RAKYAT BANGKIT MEMIMPIN PERUBAHAN "
" ORANG MUDE GENG KITE "
Sumber berita: www.utaraonline.net
0 ulasan:
Catat Ulasan