
Menteri luar  Iran telah menegaskan hak negaranya untuk meneruskan kerja-kerja  peningkatan keupayaan tenaga nuklear dalam satu pertemuan dengan Amerika  dan para diplomat Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain.
 
 Manouchehr  Mottaki menganjurkan satu majlis makan malam untuk para diplomat di New  York pada hari ini sempena persidangan pengawalan senjata nuklear.
 
 Makan  malam tersebut dianjurkan di tengah kemelut usaha Iran untuk mengelak  pusingan keempat oleh PBB bagi menghukum negara tersebut berikutan  program nuklearnya yang dipertikaikan.
 
 Duta-duta Jepun dan China  ke PBB ialah antara yang hadir, manakala Amerika , United Kingdom,  Perancis dan Rusia menghantar diplomat tahap rendah untuk majlis makan  malam di kediaman duta Iran di Manhattan.
 
 Yukio Takasu, duta  Jepun, berkata Mottaki menggunakan majlis tersebut untuk mengulangi  polisi Iran bahawa ia mempunyai hak menghasilkan tenaga nuklear untuk  tujuan keamanan.
 
 Tetapi beliau membayangkan tiada kesudahan yang  kukuh melalui wadah makan malam tersebut.
 
 "Kami menyedari bukan  tempatnya untuk berunding di sini, namun kami hanya ingin berkongsi  idea-idea secara terus terang," Beliau berkata.
 
 "Tidak ada cerita  tentang tindakan “sekatan” disini. Apa yang penting ialah kebanyakan  ahli-ahli Majlis Keselamatan hadir ke sini."
 
 'Usaha-usaha Iran'
 
 Amerika  Syarikat, yang menghantar Alejandro Wolff, timbalan dutanya untuk PBB,  berkata majlis itu merupakan satu peluang untuk Iran menyatakan kepada  Majlis Keselamatan yang ia "Bersedia untuk mengikut peraturan".
 
 Seorang  pegawai Amerika Syarikat, Mengeluarkan kenyataan untuk Agensi Berita  Reuters sebelum majlis makan malam, berkata Washington memutuskan untuk  mengambil bahagian kerana jemputan tersebut menunjukkan bahawa pegawai  Iran bersedia untuk "Menunaikan kewajipan-kewajipan mereka".
 
 "Iran  telah diberikan banyak peluang untuk membuktikan alam semula jadi tidak  akan terjejas dengan program nuklearnya," kata pegawai tersebut.
 
 "Pertemuan  ini ialah satu lagi petunjuk bahawa Iran akan memanjangkan lagi kes  ini.
 
 "Mereka dengan jelas menyatakan bahawa usaha-usaha  berterusan dalam Majlis Keselamatan dan di forum lain memencilkan mereka  dan membuatkan mereka teraniaya."
 
 Tehran tetap menghulurkan  tangan kepada 15 anggota Majlis Keselamatan, walaupun ia menyatakan  bahawa sekatan tersebut tidak akan menghalangnya daripada meneruskan  cita-cita nuklearnya.
 
 Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada  persidangan PBB awal minggu ini mengeluarkan kenyataan bahawa sekatan  baru itu bakal kekal merosakkan hubungan antara Amerika Syarikat dan  Iran.
 
 "Sekatan tidak boleh menghalang Iran. Iran berupaya  bertahan terhadap tekanan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya,"  katanya.
 
 " kami tidak mengalu-alukan sekatan tersebut, bahkan  kami tidak gentar kepada mereka."
 
 Amerika Syarikat, Britain dan  Perancis telah mendesak PBB bertemu untuk pusingan keempat bagi  mengenakan penalti terhadap Iran kerana keengganannya menamatkan  kerja-kerja bahagian utama daripada program nuklearnya yang didakwa  mereka , ia boleh digunakan untuk menghasilkan senjata.
 
 Namun  Iran tetap menyatakan ia hanya mahu membangunkan teknologi menjanakan  tenaga nuklear.
 
 Sumber : Al Jazeraa News
Isnin, 10 Mei 2010
Iran Tingkatkan Tekanan Diplomatik
di
7:23 PTG
·
      
Label: ISU ANTARABANGSA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan