 Malang sungguh nasih anak Samy Vellu, Vell Paari (foto) apabila  terpaksa memohon maaf atas segala kenyataannya sebelum ini bahawa UMNO  yang menyebabkan masalah dalaman MIC. Tindakan beliau memohon maaf itu  jelas sekali menghina keluarganya sendiri. Beliau tahu kini bapanya,  Samy Vellu sedang berhadapan dengan zaman kegelapan dan bila-bila masa  sahaja akan dinyahkan dari kancah politik tanahair. Malah, beliau juga  tahu bahawa tindakan pemimpin UMNO yang menyebabkan berlaku perpecahan  dalam parti itu. Beliau juga tahu bahawa UMNO juga yang menaja himpunan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) yang  bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia  Putra (PWTC) esok. Biarpun Mugilan yang dipecat oleh Samy Vellu  itu mengatakan tempahan dewan dibuat atas namanya, namun apakah Vell  Paari boleh percaya perkara itu. Memang benar namanya tertera pada  borang tempahan, tetapi siapa dibelakangnya. Mana mungkin Mugilan mampu  menyewa dewan tersebut jika tiada sokongan pemimpin UMNO. Tambahan pula,  pejabat dan organisasi UMNO sendiri terdapat di bangunan itu. Maknanya  Mugilan hanya menjadi "kuda tunggangan"  UMNO untuk menjatuhkan Samy Vellu. Amatlah tidak wajar Vell  Paari  memohon maaf atas kenyataan beliau yang memang satu keputusan  yang amat memalukan sebenarnya. Beliau terpaksa tunduk kepada desakan  pemimpin UMNO yang mengganggap beliau biadap gara-gara cuba untuk  mempertahankan kenyataan dibuat bapanya si Samy Vellu sendiri.

Semalam  Vell Paari memohon maaf kepada PM Najib Razak dan TPM Muhyiddin Yassin  ekoran dakwaannya bahawa UMNO  adalah punca masalah dalaman MIC. Vell  Paari turut memohon maaf kepada seluruh ahli Umno kerana tuduhan   melulunya itu sehingga menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak.  Beliau dalam satu kenyataan hari ini membuat keputusan itu selepas   menjelaskan pendiriannya kepada PM. “Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas  kepada saya bahawa Umno  tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS  (Gerakan Anti Samy Vellu). “Banyak pemimpin Umno dengan jelas telah  mengatakan pendirian mereka bahawa  mereka tidak menggalakkan atau  bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara  (dalam menggerakkan  GAS). “Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan  perdana  menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya  yang pernah  bertegas enggan menarik balik tuduhannya itu. Sebelum ini Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC itu  menuduh Umno menjadi dalang  kepada masalah yang wujud dalam MIC dan  melakukan 'pembunuhan politik' terhadap   parti itu bagi memecah- belahkan Barisan Nasional. Berikutan itu,  Muhyiddin menyifatkan anak Presiden MIC itu  sebagai biadab. Muhyiddin  turut menegaskan bahawa BN dan parti-parti komponennya terutamanya  UMNO  tidak terlibat sama sekali dalam sebarang usaha yang menimbulkan  masalah  dalaman MIC. Jika tidak terlibat, kenapa Mugilan jadi calon  UMNO di Hulu Selangor dulu sedangkan Samy Vellu sudah ada pilihan.
[Soalnya sekarang, apakah bukti yang  UMNO tidak terlibat dengan semua itu. Apakah Vell Paari sudah mendapat  ilham tersebut, atau terpaksa akur dengan desakan semua pihak. Inilah  yang memusykilkan kita sebenarnya. Apapun, kita juga berbangga dengan  kemelut yang melanda MIC sekarang ini. Selepas MCA berhadapan dengan  berbagai isu, kini MIC pula menuruti di belakang mereka. Ternyata  sekarang, puak-puak BN sudah tidak mampu untuk duduk semeja lagi. Ia  bermakna pakatan karat Barisan Nazak itu sudah mencapai penghujung usia  dan bakal layu bila-bila masa sahaja dari sekarang. Langkah terbaik  ialah kembali kepada rakyat dan lakukan perubahan untuk masa depan  generasi akan datang. Pilihanraya Umum ke-13 bakal menjadi saksi parti  manakah yang menjadi pilihan hati rakyat]
Ahad, 30 Mei 2010
Kontroversi: Tindakan Vell Paari Memohon Maaf Kepada PM Najib Dan TPM Muhyiddin Gara-Gara Membela Bapanya Samy Vellu Amat Memalukan !
di
1:32 PG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan