
MUHYIDDIN Yassin menganologikan PKR  sebagai ‘parti kian runtuh’. Begitu angkuh dan sombong sekali nada  kata-kata Muhyiddin. Beliau membuat anologi atau assessment itu  berdasarkan ramai pemimpin PKR yang berpaling tadah dan meninggalkan  parti berkenaan.
Saya tidak tahu sejauh mana nilai dan mutu politik Muhyiddin. Apakah  beliau sengaja membuat anologi itu untuk melemahkan PKR dan Pakatan  Rakyat atau memang kerana kecetekan beliau dalam membuat assessment  berhubung perkembangan politik
Apakah beliau sedar dan tahu punca kenapa beberapa kerat pemimpin PKR  yang membuat pengumuman meninggalkan parti itu? Sudahkah beliau  mengkajinya sedalam-dalam. Kalau beliau sudah membuat kajian secara  adil, tidak salah beliau membuat andaian itu. Umno dan BN bernasib baik  kalau kenyataan itu benar. Tetapi macam mana kalau kajian itu meleset  dan lebih kepada kenyataan gatal mulut saja?
Muhyiddin (foto) boleh jumlahkan berapa ramai pemimpin PKR yang  meninggalkan parti berkenaan. Biar rakyat semua tahu? Dan biarlah rakyat  juga kenal siapa mereka yang berpaling tadah itu. Apakah mereka ada  kualiti sebagai seorang pemimpin atau hanya pengikut cabuk saja?
Kalau Muhyiddin hanya bersenandung dengan tindakan itu dan lebih  kepada tujuan untuk perang saraf, rasanya Muhyiddin akan terjerat dengan  kenyataan dan pandangannya sendiri. Muhyiddin dan UBN akan jadi syok  sendiri saja.
Apakah yang Muhyiddin maksudkan itu pemimpin PKR yang keluar sambil  mengencingkan denai perjuangannya sebelum ini seperti, Ezam Mohd Noor?  Atau Nalakarupan atau Sallehhuddin Hashim? Ataupun mereka itu ialah  Zahrain Mohd Hashim dan Tee Beng? Ataupun apakah mereka itu Zulkefli  Nordin. Itukah pemimpin yang Muhyiddin maksudkan itu.
Atau mereka itu serangkai yang lain? Mereka yang terawal dari Ezam  yang bertindak mencaci Anwar dan PKR, iaini sekumpulan anak muda  serigala yang terhidu bau bangkai di Putrajaya dan ramai-ramai cuba  menerkamnya dulu? Itukah yang Muhyiddin maksudnya sebagai pemimpin PKR?
Muhyiddin perlu sedar mereka yang dikatakan pemimpin oleh media massa  itu hanya pengikut berketurunan Pak Pandir dan Pak Kadok saja. Malahan  mereka itu setengahnya lebih oportunis daripada Lebai Malang, yang  malang itu. Orang-orang yang meninggalkan parti dan memburukkanya apa  lagi beliau sendiri menubuhkannya, mereka adalah politician tidak  siuman.
Untungkah bagi BN menerima orang yang tidak siuman ini. Pada saya ia  menyusahkan kerana UBN kena sediakan kandang khas untuk mengurung mereka  kalau tidak mereka akan menganggui ketenteraman orang lain. Kebanyakan  yang tinggal PKR itu bukan kerana prinsip tetapi kerana umpan yang  diletakkan di muka jerat!
Kalaulah itu yang Muhyiddin maksudkan maka beliau membuat penilaian  yang silap. Kalaulah itu Muhyiddin menerima mereka sebagai pemimpin  ianya salah. Jauh lagilah politik Muhyiddin Yassin dalam mengenali  lurah-lurah dan jalur-jalur politik.
Bagi Anwar Ibrahim, Mohd Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail (foto)  dan rakan-rakannya yang lain dalam PKR kini mereka tidak hairan dengan  tindak tanduk mereka itu semua. Sebabnya mereka bukanlah dari kalangan  pemimpin PKR yang ulit dan utuh. Yang berjiwa besar dan semangat juang  yang tinggi.
Mereka ini sudah lama diketahui Anwar, adalah talibarut yang dipasang  oleh Umno sejak reformasi lagi. Mereka ini menyertai reformasi dan PKR  kerana yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri. Mereka adalah pencari  makan di tepi-tepi tong sampah politik tidak lebih dari itu. Mereka  tidak banyak bezanya dengan anjing dan kucing yang menyelongkar tempat  pembuangan sampah.
Saya tidak merasakan PKR sebagai parti kian runtuh seperti mana  anggapan Muhyiddin itu. PKR tidak akan runtuh malahan PKR akan menjadi  semakin kuat pada masa akan datang. Selagi PKR bergantung hayat dan  menyatukan diri dan perjuangan bersama DAP dan PAS, serta SNAP selagi  itulah PKR akan menggegar Malaysia ini.
Sama ada PKR semakin runtuh atau semakin lemah, tunggulah pilihan  raya ke-13 nanti. Rakyat Malaysia hanya perlu bersabar kira-kira setahun  saja lagi untuk mengetahui hakikat ini. Bila datangnya pilihan raya ke  -13 kelak maka akan tahulah semua orang termasuk Muhyiddin apakah PKR  semakin runtuh atau sebaliknya.
Melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sibu semalam, nampaknya  yang makin runtuh dan lemah bukan PKR dan Pakatan Rakyat, sebaliknya,  BN. BN sudah ada tanda-tanda akan menjadi Barisan Naas pada pilihan raya  umum akan datang. Kalau Umno tidak kawal dan berbuat sesuatu kenyataan  ini akan berlaku.
Orang Cina dari pelusuk mana saja sudah jelas menolak BN. Dalam masa  sama peranan MCA dan Gerakan pula semakin mengecil. Orang Cina yang  mempunyai citarasa dan cara berpolitik tersendiri. Mereka tidak terikat  dengan syarat dan setiap masa ingin membebaskan diri dari ikatan lapok.  Begitu juga orang Cina bukan orang Melayu yang terus bernostalgia dan  berbangga dengan sejarah. Orang Cina suka mencipta sejarah manakala  orang Melayu suka membaca sejarah. Ini perbezaan.
Tidak mustahil kalau MCA dan Gerakan akan bergabung dengan Pakatan  Rakyat menjelang pilihan raya akan datang, orang Cina akan mencipta satu  sejarah baru yang agung buat mereka. Nah, kalau ini berlaku ibarat kata  Umno akan menjadi yatim piatu di negara ini.
Kepada Muhyiddin jangan terlalu mempersendakan PKR. Apa yang baik  baginya ialah memperkuatkan Umno. Menyakinkan orang Umno supaya terus  bersama parti berkenaan. Politik baru yang diperkenalkan Pakatan Rakyat  juga harus dihalangi dengan agenda dan manifesto yang lebih menyakinkan.  Kelemahan Umno mengatasi ini semua menyebabkan Muhyiddin tidak akan  berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Paling malang lagi kalau-kalau  selepas Najib Razak ini, PM ialah dari kalangan orang China?
Pada saya daripada Muhyiddin ‘mengatuh’ mengata dan mencercakan PKR  dan Pas, lebih baik beliau berfikir bagaimana ingin membawa orang Melayu  berada dalam satu wadah baru untuk menghadapi cabaran globalisasi  sekurang-kurangnya dalam negara ini.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 18 Mei 2010
PKR Runtuh Atau BN yang akan hancur?
di
4:36 PG
·
      
Label: ANALISIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan