Pemilihan PKR 2010 semakin hampir sekarang. Rata-rata calon kini mula mengorak langkah bagi memasuki fasa terakhir kempen mereka. Masimg-masing mahu pastikan "satu ahli satu undi" berpihak kepada mereka. Dalam sibuk berkempen, nampaknya masih ada beberapa kerat pemimpin yang terleka dan terlupa matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu, ramai yang dilihat ikhlas berjuang untuk membawa agenda perubahan buat rakyat. Kini, hari demi hari nampaknya Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terkeluar daripada landasan peruangannya. Benarlah katanya oleh Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) sebelum ini agaknya. Teguran ikhlas mereka terhadap parti dianggap "tidak manis" bagi sesentengah pemimpin, namun bagi rakyat itu adalah tanggungjawab sebenarnya. Kami juga melihat, PKR kini semakin hari semakin alpa dengan matlamat asalnya. Pemimpin yang ada hari ini, majoritinya sudah melihat pengaruh dan kuasa itu menjadi pokok utama perjuangan mereka. Malah, mereka tidak segan silu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin utama biarpun "ilmu di dada" masih tidak berada ditahapnya. Ada juga pemimpin yang selama ini tidak mahu ke depan, kini mula "terhegeh-hegeh" ingin berada di barisan utama. Kuasa dan pangkat kini menjadi tajuk utama mereka, sedangkan perjuangan asal untuk membawa agenda perubahan kepada rakyat itu diketepikan buat seketika. Pada awalnya, permainan ini tidak ketara. Namun, mutakhir ini ia semakin terasa dan mereka seolah-olah semakin lupa tentang hakikatnya. Inilah yang menjadi persoalan dan apa yang amat ditakuti oleh rakyat. Mereka takut PKR yang berubah, bukan agenda perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat itu.
Tinggalkan Amalan Jahiliah Jika Mahu Berubah
Inilah yang menjadi persoalan dikalangan rakyat sekarang ini. Pemimpin PKR perlu jujur dan ikhlas mahu berubah. Rakyat diatas pagar yang menyokong mereka sebelum ini, bukanlah dek kerana melihat PKR itu secara keseluruhannya. Mereka mengundi PKR kerana melihat parti itu benar mahu melakukan agenda perubahan dan dalam masa yang sama mereka benci serta ingin menolak UMNO Barisan Nasional. Begitu juga dengan ahli PKR sendiri, mereka masuk ke dalam parti atas alasan melihat serta mahu parti yang didokong ini lebih baik dari parti lama zaman jahiliah mereka dulu. Maka yang dari UMNO mahu PKR lebih baik dari UMNO. Mana yang dari MIC, MCA, GERAKAN pun begitu juga. Mereka seboleh-bolehnya mahu melihat PKR sebagai wadah perjuangan baru buat rakyat. Mereka mahu keluar dari zaman kebathilan dan kembali ke landasan kebenaran. Namun, jika mereka melihat segala kebobrokan yang ditinggalkan itu kini terpalit semula kepada PKR maka, jangan salahkan mereka jika dalam PRU13 nanti mereka tidak mahu lagi mengundi PKR atau Pakatan Rakyat khasnya. Maka, siapakah yang harus dipersalahkan?. Jika dulu, amalan seperti politk wang, gila kuasa, cantas mencantas, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah, lobi melobi menjadi alasan untuk mereka meninggalkan parti lama mereka. Kini, mereka kian panik dan gusar apabila amalan itu sewenangnya berada pula dalam PKR yang kini menjadi parti pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan. Pemimpin PKR harus sedar bahawa, jika mereka benar mahu berubah semua itu harus ditinggalkan.
[Soalnya sekarang, amalan itu kini menular dalam PKR terutamanya menjelang hari kemuncak pemilihan 2010 ini. Sama ada ia disedari atau tidak, itulah realitinya. Sukar untuk dinafikan ia berlaku, kerana masing-masing sibuk mahu mengangkat pemimpin masing-masing. Kempen memburukkan pihak lawan walhal sesama parti kini menjadi amalan dan mainan penyokong calon yang bertanding. Apakah ini budaya yang ingin dibawa dalam sebuah parti yang kononnya mahu membuat perubahan?. Perubahan apa yang mahu dibawa jika meniru semula amalan lama dalam parti yang pernah mereka sanjung dulu. Kini, rakyat semakin bingung melihat senario yang berlaku. Soalnya, siapakah yang harus dipersalahkan jika amalan ini semakin parah dan menjadi wabak berbahaya dan akan merebak dalam parti itu nanti. Bukankah, lama kelamaan parti akan hancur dek budaya yang jelas tidak berakhlak ini?].
SUMBER:http://pahangdaily.blogspot.com/
Ahad, 24 Oktober 2010
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlu "Benar-Benar" Berubah Andainya Rasa Jujur Serta Ikhlas Mahu Meneruskan Agenda Perubahan Itu Sebenarnya !
Label: ANALISIS
Isnin, 13 September 2010
Camputangan Politik Dalam Kerajaan, Musa Hassan Perkuatkan Dakwaan Shafee
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia hingga menganggu struktur 'command and control' dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar. PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada Kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan penganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang". Nama beliau begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan UMNO Bahagian Tampin. Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM 3juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontraversi. PAS melihat beliau telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama Kerajaan. Namun, cetusan rasa tidak puashati yang disebutkannya baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota Polis dibawah pentadbiran BN. Tangan dan kaki beliau terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik. Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya camputangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam Kerajaan yang menganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran ini. Kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang. Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini hanya mampu membuka mulut bila tarikh persaraan mereka diumumkan. Tetapi itu sudah cukup memberitahu kita apa yang berlaku dibalik pemerintahan BN di Putrajaya. Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan. PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui. Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat |
Label: ANALISIS
Khamis, 2 September 2010
Antara saman ekor dan pejuang Melayu
Label: ANALISIS
Sabtu, 21 Ogos 2010
CHUA SOI LEK MELAMPAU

Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali (Malaysia and the club of Doom) sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar.
Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara - negara yang majoriti umat Islamlah banyak mengamalkan rasuah. Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan UMNO yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka .
Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana UMNO dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu, menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Dato’ Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi.
Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat. Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia. Realitinya, negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya. Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini.
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka.
DPPP nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar-benar diterima oleh MCA dan rakyat. Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism.
Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus UMNO walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam , tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. dan kini ianya disambung oleh PAS
Label: ANALISIS
Prof Aziz: Tidak logik dakwaan wujud ‘perlembagaan baru’

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.
“Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.
“Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.
Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini.
“Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?” soal beliau.
Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.
Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.
Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya.
The Malaysian Insider
Label: ANALISIS
Isnin, 28 Jun 2010
PEMBATALAN LESEN JUDI-BENARKAH DENGAR PENDAPAT RAKYAT?

Label: ANALISIS
Rabu, 9 Jun 2010
Muktamar papar kejayaan 20 tahun PAS perintah Kelantan
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini, PAS Kelantan akan memaparkan sejarah perjuangan mereka memerintah negeri itu yang kini sudah lebih 20 tahun.![]() Kerajaan PAS Kelantan, katanya telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri dengan baik (good governance) sehingga beberapa pendekatan mereka dilihat mendahului dan terkedepan berbanding negeri lain. "PAS Kelantan mendahului, yang lain ikut. Negeri yang miskin, menerima beban hutang daripada zaman Umno dulu tetapi mampu mengurus negeri membuat perubahan seperti negeri lain. "Kelantan juga mampu menurunkan kadar kemiskinan mengatasi Terengganu dan Sabah yang diperintah Umno," katanya kepada Harakahdaily. Kelantan juga, katanya boleh dijadikan bukti bahawa Pakatan Rakyat mampu memerintah negara Malaysia dengan lebih baik berbanding 50 tahun diperintah Umno BN. Sebagai bukti katanya, pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi yang menjangkakan Malaysia akan bankrap dalam masa sembilan tahun lagi. "Sebab itu kita yakin kalau Idris Jala kata Malaysia bankrap sembilan tahun lagi, nak selamat kena bagi kat kita (Pakatan Rakyat) sebab kita dah buktikan di Kelantan dan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, itu negeri yang tidak ada hasil banyak. "Kalau Malaysia diperintah Pakatan Rakyat, rakyat bukan setakat kenyang tapi muntah balik, sebab terlalu kenyang," katanya seloroh. |
Label: ANALISIS
Pertumbuhan 10.1 peratus negara menggelirukan
![]() |
"Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dia dapat 75 markah dalam peperiksaannya, tetapi pada semester lalu dia mendapat 50 markah, anda tidak begitu kagum kerana sebelum ini dia pernah mendapat 100 markah,” katanya dalam satu seminar hari ini.
"Berita yang baik ialah ekonomi negara sedang berkembang tetapi persekitaran perniagaan hanya bertambah baik sedikit sahaja berbanding sebelum krisis.
Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.
Label: ANALISIS
Ahad, 30 Mei 2010
Nasib Baik PAS Tolak Kerjasama Dengan Umno

Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.
Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.
Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.
Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar./wfauzdin.blogspot.com
Label: ANALISIS
Mengapa Jamil Khir, Mufti dan Ulama Umno ‘terkunci mulut’?
Tarmizi Mohd Jam
PAS amat kesal, walaupun tidak terkejut dengan tindakan ‘mengunci mulut’ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Jamil Khir Baharom, seluruh mufti dan para ulama Umno di negara ini apabila berdepan dengan isu pemilikan saham Amanah Raya Berhad (ARB) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam syarikat perjudian Magnum Corporation dan syarikat arak terkemuka Calsberg.
Label: ANALISIS
Implikasi persetujuan Mohd Najib-Lee Shien Loong

1. Singapura tidak berhasrat menyambung Perjanjian Air 1961 dan akan menyerahkan loji pembersihan di Johor kepada negeri itu apabila perjanjian tamat;
3. Pemajunya adalah M&S Private Ltd. Khazanah Nasional Berhad pegang 60 peratus saham dan Temasek 40 peratus;
4. Stesen KTM Tanjong Pagar akan ditutup dan stesen Woodlands jadi stesen terakhir. Menjelang 2018, stesen Woodlands mungkin ditutup. Johor Baru jadi stesen terakhir KTM di sebelah selatan;
5. Persetujuan Mohd Najib-Shien Loong selaras dengan perjanjian “Malaysia-Singapore Points of Agreement (POA), 1990;
6. POA ditandatangani oleh PM Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew dan Menteri Kewangan Malaysia waktu itu, Daim Zainuddin, pada 27 November 1990;
7. Di bawah perjanjian itu, KTM akan kosongkan stesen Tanjong Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. Tanah KTM antara Bukit Timah dan Tanjong Pagar akan kembali kepada Singapura;
8. Tanah Tanjong Pagar akan diserahkan kepada sebuah syarikat sendirian berhad untuk dimajukan dengan pembahagian saham 60 peratus untuk Malaysia dan 40 peratus untuk Singapura;
9. Fakta sejarah – tanah KTM seluas 217 hektar dan merentasi 20 hingga 30 kilometer ke dalam wilayah Singapura diperoleh di bawah ordinan penjajah Inggeris pada tahun 1918 yang secara khusus menyebut bahawa tanah itu adalah untuk kegunaan KTM) bagi tempoh masa 999 tahun;
10. POA tidak dilaksanakan dengan serta-merta kerana Malaysia bimbang ia terpaksa (atau dipaksa) menyerahkan kawalan ke atas sebahagian atau semua tanah KTM itu kepada Singapura;
11. Soalnya adakah Pentadbiran Mohd Najib tidak merasi kebimbangan yang sama apabila bersetuju melaksanakan pembangunan semula stesen Tanjong Pagar atas dasar 60 peratus Malaysia dan 60 peratus Singapura itu?
12. Adakah tanah KTM itu akan berpindah hak milik kepada Singapura dan kemudiannya diserahkan kepada syarikat usaha sama Khazanah-Temasek untuk dimajukan?
13. Perlu juga ditanya dan dijawab sama ada pembangunan semula stesen Tanjong Pagar itu akan memperbaiki atau memburukkan daya tarikan serta daya saing Iskandar Malaysia yang juga ditujukan kepada pelabur dan pembeli Singapura?;
14. Apakah pembabitan Khazanah dalam projek raksasa Tanjong Pagar itu tidak akan menyebabkan pengaliran keluar pelaburan terus (FDI) dari Malaysia ke Singapura? dan
15. Apakah Khazanah akan meminjam daripada pasaran kewangan Singapura untuk membiayai penyertaannya dalam projek itu?
Perlu disebutkan iaitu sejak 2006, lebih banyak pelaburan langsung Malaysia mengalir ke Singapura daripada FDI Singapura masuk ke Malaysia.
Kita harap pihak berkuasa akan memberi jawapan kepada kemusykilan kita ini kerana kita tidak mahu sejarah lama berulang kembali di mana kepentingan kita tidak dilindungi sepenuhnya.
Berita buruk Pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan dua blok padang minyak kepada Brunei tahun lalu dan pembatalan Projek Jambatan Bengkok pada tahun 2004 masih menghantui kita.
Memandangkan sensitiviti perhubungan dua negara, adalah keterlaluan kalau kita mengharapkan kemajuan yang lebih besar. Namun kita tidak boleh mengenepikan begitu sahaja isu-isu tertangguh yang lain seperti simpanan rakyat Malaysia dalam Tabung Simpanan Pusat (CPF) dan hak Malaysia membina semula Tambak Johor di wilayahnya. http://kadirjasin.blogspot.com/
Label: ANALISIS
Mungkinkah Umno Menghalalkan Pelacuran Selepas Ini?

Dalam konteks politik di Malaysia, persepsi saya mendapati UMNO adalah sebuah parti yang paling jahat,zalim dan kejam lebih daripada bangsa Yahudi yang disebut di dalam al-Quran. Bangsa Yahudi yang dilaknat Allah swt sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan lain perkataan bangsa Yahudi ini mahu melihat ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.
Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu sembahyang atau tidak, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah orang-orang Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah dan layak menjadi ahli neraka. Oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka. Sifat dan ciri-ciri yang ada pada bangsa Yahudi itu ada di dalam jiwa ahli-ahli, penyokong dan para pemimpin UMNO. Saya percaya, sekiranya UMNO itu wujud di zaman jahilliah, maka sudah tentu UMNO juga akan turut dibicarakan dan dibincangkan seperti mana Abu Jahal bersama kaum quarish sehingga hari kiamat. Alasan saya mudah sahaja kerana UMNO terus berkempen siang-malam, masuk kampung keluar kampung membawa dakyah palsu memutar-belitkan fakta menyalahkan orang lain, berperanan baling batu sembunyi tangan dan sindrom penafian menjadi amalan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya.
UMNO menggunakan seluruh saluran media kononnya merekalah yang terbaik untuk membawa agama, bangsa dan Negara ke arah kebahagian sejati, tetapi hakikatnya UMNO membawa agama, bangsa dan Negara ke lembah kehancuran. Lihat saja apa yang UMNO telah buat sesudah memerintah selama 52 tahun dan kini UMNO menjangkau usia ke-64 tahun. Apa terjadi kepada agama, bangsa dan Negara dalam tempoh tersebut? Tepuk dada, Tanya iman masing-masing.
Tindakan UMNO paling jahat ialah menyalah golongan, puak atau kumpulan yang tidak sebulu atau tidak sealiran dengannya. Mengikut pendapat mereka, mereka sahaja yang betul dan benar. Bertindak berpandukan perlembagaan dan undang-undang, malah lebih dashat dari itu mereka mengaku yang mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Mereka banyak melakukan kerosakan di bumi Malaysia .
Sistem pentadbiran Negara menjadi hancur dan tunggang terbalik. UMNO menguasai semua saluran pentadbiran sehinggakan tidak muncul lagi system check and balance dalam kerajaan yang memerintah. Gejala rasuah yang keji telah diangkat menjadi satu budaya baru dalam masyarakat. Ianya berlaku dalam semua sector, lebih-lebih lagi dalam sector politik UMNO sendiri dan dalam bidang perniagaan. Penaraju utama tanpa malu dan segan boleh melibatkan diri dalam aktiviti rasuah dan melanggar undang-undang yang digubalnya sendiri seperti yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu.
Malang bagi umat manusia dalam Negara ini, gejala rasuah telah mulai diterima oelh masyarakat khususnya orang Melayu yang buta mata hati yang tidak mampu berfikir. Mereka telah berjaya dibinatangkan oleh UMNO. Semua unsur-unsur negative yang disebutkan itu dihumban dan dihempap ke atas kepala orang lain. Sedangkan imej UMNO diusahakan, digilap dan dimanipulasikan oleh media mengangkat dirinya sebagai yang suci bersih bagaikan diturun dari kayangan. Tidak ada setitik dosa dan noda.
Berbalik terhadap isu yang paling kontroversi yang hangat diperkatakan di sana-sini iaitu soal Judi. Sebahagian besar rakyat yang beramalkan ajaran Islam sejati yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan yang bukan Islam yang prihatin terhadap kaumnya, kecuali UMNO [ada sebahagian kecilnya menentang] menolak sepenuh perjudian yang dihalalkan oleh kerajaan. Tetapi, Najib Tun Razak yang memimpin Negara pada masa kini memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan bantahan yang dibuat oleh rakyat.
Dalam soal judi, UMNO adalah pengkianat kepada kemuliaan Islam. UMNO menghina agama Islam secara terang-terangan kerana agama Islam adalah agama rasmi Negara ini dan melanggari perkara 3 Perlembagaan Persekutuan serta menghina Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama. Malaysia tidak boleh sama sekali disamakan dengan negara Israel yang bebas melakukan apa sahaja termasuk perjudian dan segala kemaksiatan. Perjudian adalah haram bagi semua agama di negara ini. Tidak ada agama yang menghalalkan tabiat judi yang jelas merugikan kewangan rakyat.
UMNO menghalalkan judi bukan perkara baru yang boleh mengejutkan rakyat seluruh Negara. Walau pun judi dinaskan sebagai salah satu perbuatan berdosa besar, namun ia tetap berkembang biak semenjak Negara mencapai kemerdekaan lagi. Judi memberi pulangan yang besar kepada kerajaan. Tahun 2008 sahaja, kerajaan mendapat pulangan sebanyak RM2.37 billion. Oleh sebab itu ia mendapat sokongan sebahagian besar masyarakat Melayu UMNO, termasuk para alim ulama [sebahagian mufti] yang bermazhabkan UMNO.
Najib Tun Razak sukakan sangat kepada aktiviti perjudian kerana beliau adalah keturunan Noah Omar, bekas bendahari UMNO dan pengasas penubuhan Genting Berhad pada 30 Julai 1968. Genting Berhad mempunyai dua buah syarikat yang mana Noah Oamar mempunyai nilai saham yang besar iaitu Resort World Berhad yang mengendali perniagaan judi dalam dan luar negera termasuk di atas kapal peranginan dan Genting Berhad yang merupakan syarikat perjudian dan kasino. Beliau dan Hishamuddin Hussein [Menteri Dalam Negeri] adalah cucu kepada Noah Omar. Mereka berdua adalah pewaris industri judi di Malaysia .
Berlatarbelakangkan keturunan itulah dengan senang hati Najib meluluskan lesen judi bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang mendapat tentangan berbagai pihak, kecuali golong CELAKA berwajah iblis yang menjadi barua kepada UMNO, iaitu NGO-NGO Islam yang kononnya memperjuangkan kesucian Islam di Malaysia seperti dalam isu kalimah ‘Allah' dahulu. Sebelum itu, pada Oktober 2008, Najib ketika itu Timbalan PM, sebulan selepas beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah meluluskan permohonan 10 cabutan bertuah berbentuk judi kepada syarikat Magnum, Tanjong dan Berjaya Sport Toto. Golongan celaka ini juga mendiamkan diri kerana menjaga kepntingan diri dan kepentingan UMNO, bukan untuk kepentingan Islam.
Malangnya umat Islam di Malaysia, golongan celaka yang paling ke depan dalam isu kalimah Allah meriuh-rendahkan seluruh Negara dengan demontrasi demi demontrasi kerana hendak menunjuk-nunjuk bahawa merekalah yang banyak memperjuangkan kepentingan dan kesucian Islam, manakala golongan-golongan lain itu adalah pengkianat terhadap Islam. Golongan celaka ini ialah :
Majlis Gabungan Sukarela Selangor
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM)
Gabungan pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA)
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA)
Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS)
Anak Muda Islam Selangor (AMIS) dan
Tetapi, apabila kerajaan UMNO pimpinan Najib telah meluluskan judi bola sepak piala dunia 2010 kepada Berjaya Group kepunyaan Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari lalu melalui syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, golongan celaka yang saya sebutkan di atas berdiam diri dan sunyi sepi dari siri demontrasi yang sering mereka lakukan kerana ia melibatkan kepentingan UMNO dan golongan ini juga diam membisu apabila Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) membenarkan konsert panjang 12 jam tanpa henti-henti [7.00 malam hingga 7.00 pagi] yang disertai artis R&B popular Pitbull yang mengalakkan hubungan seks bebas dalam senikata lagu-lagu yang mereka sampaikan.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussein di lobi Dewan Rakyat pada 7 Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan lesen judi bola sepak, tetapi hakikatnya kerajaan sudah pun meluluskan lesen tersebut pada bulan Januari lagi. Ini bermakna Awang telah membohongi rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Alasan yang diberi oleh Awang untuk meluluskan judi bola sepak ialah pertama untuk menambah hasil kerajaan [tidak kiralah halal atau haram] asalkan pendapatan Negara bertambah. Kedua untuk memudahkan kerajaan membuat pemantauan dan ketiga katanya kalau tidak diberi lesen atau kebenaran pun pertaruhan atau perjudian bola sepak akan berlaku juga secara haram. Dalam membuat pertimbangan ini soal hukum tidak boleh diambil kira.
Jadi,yang mana lebih menghina kemurnian Islam di antara judi dengan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam? Kalimah Allah tidak ada nas yang sahih menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut, malah ada setengah pandangan di kalangan ulama ia boleh digunakan, berbanding judi. Ia ada nas yang jelas.
Sejujur iman dan seikhlas taqwa, umat Islam hendaklah menjauhi sama sekali daripada aktiviti berjudi. Taatlah perintah Allah swt seperti mana firman Allah swt.
yang bermaksud :"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" (al-Quran al-Maidah 5:90).
UMNO secara sedar menentang peringatan Allah melalui ayat ini. Penentang ayat Allah ini bererti menentang Allah swt sendiri. Adakah bangsa dan Negara ini akan selamat, apabila para pemimpinnya menjauhi kepimpinannya dari naungan Allah swt? Jawapannya tentu tidak.
Kelulusan lesen judi ini akan memberi ilham atau teladan yang baik kepada golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti pelacuran. Mereka juga ada hak untuk memohon lesen pelacuran supaya ia dapat beroperasi secara sah dari segi undang-undang Negara. Mereka juga mahukan kerjaya mereka dipandang mulia oleh masyarakat, sungguh pun mereka sedar aktiviti mereka bercanggah dengan hukum syarak, tetapi kenapa indusrti judi boleh, tetapi industri pelacuran tidak boleh. Ini tentulah tidak adil. UMNO mengamalkan diskriminasi.
Berasaskan alasan yang diberikan oleh Awang Adek, adalah munasabah aktiviti pelacuran juga perlu diberikan lesen yang sah kerana ia boleh dinaikkan taraf sebagai satu industri yang boleh menyumbangkan terhadap pendapatan Negara melalui kutipan cukai yang sekarang ini hilang begitu sahaja kerana ia dijalankan secara haram. Kerajaan beri atau tidak, aktiviti pelacuran akan terus berkembang kerana ia merupakan kerjaya tertua di dunia, lebih baik aktiviti ini diberi lesen kerana menurut fatwa Mashitah Ibrahim pelacuran dibolehkan dalam Islam.
Disamping itu. Kerajaan boleh membuat pemantauan agar semua yang terlibat dalam industri ini dibuat pemantauan berterusan, diberi rawatan perubatan dan perlindungan sewajarnya dan negara ini bebas gejala HIV aids dan sebagainya. Lebih pentingkan dari itu, golongan yang terlibat dalam aktiviti ini terbela nasibnya. Mereka juga adalah pekerja, tetapi kerja mereka ialah memberi perkhidmatan seks kepada orang yang memerlukannya terutama kepada beberapa tokoh politik UMNO yang memang kaki perempuan.
Dari perhatian saya, demi kepentingan politik UMNO, UMNO sanggup berbuat apa sahaja asalkan ia dapat mengekalkan kuasa memerintah. UMNO tidak akan memperdulikan hukum Islam-halal-haram dan nilai-nilai moral, asalkan faedah yang bakal dinikmatinya lebih besar nilainya bagi meneruskan kekuasaannya di Negara ini. Persetenkan segala bantahan kerana UMNO mampu membeli setiap rakyat khususnya umat Melayu yang buta mata hati apabila tibanya pilihan raya nanti.
"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA".
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA"
http://www.tranungkite.net
Label: ANALISIS
Selasa, 25 Mei 2010
ANTARA JOM HEBOH DI KELANTAN DAN PROGRAM CITRAWARNA DI PADANG MERDEKA.
"Sebelum ini haru-biru juak-juak Umno menghentam kerajaan negeri Kelantan kerana menhalalkan Jom Heboh. Sebagai peringatan, jom heboh di Kelantan telah dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan. Walaubagaimana pun, kerajaan negeri yang telah memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh di Kelantan meletakkan beberapa garis panduan yang perlu diiukuti oleh pihak tv3. Alhamdullillah pihak tv3 dapat bekerjasama dan program itu berjaya diadakan dan ini kali pertama konset jom heboh dapat memisahkan antara lelaki dan perempuan ketika konset dijalankan.
Sampainya aku disana, aku lihat ramai budak-budak sekolah yang menjayakan program ini. Semangat 1 Malaysialah kononnya. Budak-budak disuruh menyanyi pelbagai-bagai lagu kebudayaan demi memupuk semangat kasih sayang antara kaum. Yang ini dalam nafas penuh ego aku akui program ini agak “ok” jugalah.
Namun agak “ok” ini tidak lama. Selepas habis menunjuk kebudayaan masing-masing, menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah meminta supaya program itu dilanjutkan dan diadakannya parti HALAL pula. Parti ini dimulakan dengan lagu dikir barat oleh Megar Nordin dengan lagu glamernya lagu Wakaf Cet Yeh yang rata-ratanya parti itu masih dalam keadaan yang terkawal.Namun semuanya bertukar menjadi gila bila bekas pelajar af menyanyikan lagu dangdut inul dan membuat gelak gerudi
Ketika jom heboh berkunjung di Kelantan, juak-juak umno bising kerana kerajaan negeri memberi lesen kepada tv3 untuk mengadakan program jom heboh. Kerajaan negeri memberi lesen kerana program ini dinaungi oleh Tengku Amalin Puteri iaitu puteri raja negeri Kelantan dan kerajaan negeri telah membuat beberapa garis panduan dalam berhibur. Persoalanya ialah, Adakah kerajaan pusat membuat beberapa garis panduan dalam menjaya Pada program Citrawarna Malaysia 2010 itu
Label: ANALISIS
BN makin gelabah jika ada Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau?
Label: ANALISIS
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK PRU 13: BN PERAK SASAR PENGUNDI CINA
PRU 13: BN Perak sasar pengundi Cina
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat langkah Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah mengemaskinikan anggota Jawatankuasa Penyelarasnya dengan melantik 3orang muka baru di dalam menganggotai jawatankuasa tersebut termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek adalah tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi Cina. DPPN Pk juga merasakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13, adalah sudah hampir jika mengambil kira persiapan BN Perak tersebut. Malah BN Perak juga sedang memfokuskan pengundi-pengundi Cina bagi menghadapi PRU ke -13 nanti dengan memastikan DAP di tewaskan, kerusi BN Perak akan bertambah kerana kerusi MCA yang mewakili BN akan meningkat. Tetapi bagi DPPN Pk, jika PAS diberikan mandat dan sokongan oleh rakyat semasa PRU ke -13 nanti sudah tentu kerusi BN yang di wakili oleh Umno akan tewas dan kerusi BN akan turut berkurangan. Umno Perak yang di lihat semakin meninggalkan orang Melayu dengan pelbagai kemudahan dan janji yang mereka salurkan kepada MCA merupakan perkara yang perlu dinilai semula oleh orang Melayu. DPPN Pk menyeru orang Melayu agar menolak Umno sekarang ini dan memastikan kuasa orang Melayu di bawah PAS di perkukuhkan supaya terpelihara kuasa orang Melayu terutamanya di Negeri Perak ini. SALMAN SALEH Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. |
Label: ANALISIS
Sabtu, 22 Mei 2010
Kemenangan Pakatan di Sibu ubah lanskap politik negara

Label: ANALISIS
Rabu, 19 Mei 2010
TPBID: Kerajaan, Bank Negara perlu selesai segera
Pada tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan suatu skim bagi menggantikan perlindungan pihak ketiga iaitu No-Fault Liablity Scheme (NFL). Setelah mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia, persatuan-persatuan pengguna, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans, skim tersebut tidak diteruskan. Semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa BNM akan memperkenalkan dan melaksana suatu skim baru bagi perlindungan kecederaan dan kematian pihak ketiga yang dinamakan Skim Asas Perlindungan Kecederaan dan Kematian Pihak Ketiga (TPBID). Melalui skim TPBID ini, BNM memaklumkan bahawa suatu syarikat baru (Newco) akan ditubuhkan untuk mengawal selia skim ini. Syarikat (Newco) ini juga akan membayar ganti rugi yang dituntut oleh pemohon (mangsa kemalangan). Di bawah skim TPBID ini juga dicadangkan bahawa jumlah pampasan ganti rugi akan dihadkan (limit) pada suatu jumlah tertentu dan kadar premium insurans juga mungkin akan dinaikkan dan ditambah (top up). Sehingga kini, maklumat tentang bagaimana skim ini berfungsi belum lagi diperincikan. Di bawah adalah isu-isu yang perlu diperjelaskan dalam rangka BNM merumuskan bentuk TPBID untuk perhatian Menteri Kewangan dan BNM ISU –ISU YANG MEMERLUKAN JAWAPAN SEGERA a) Struktur Syarikat Adakah Skim TPBID merupakan tuntutan yang berasaskan polisi tiada tanggungan kecuaian (No Fault Liability) atau ia adalah Skim yang berasaskan tanggungan kecuaian (Fault Based Liability)? Adakah TPBID newco ini sebuah syarikat insurans baru? Siapakah yang akan menganggotai syarikat ini? Siapa pemegang saham dan ahli lembaga pengarah? Berapakah kos penubuhan TPBID Newco ini? Dari mana kerajaan akan mendapatkan sumber kewangan untuk menubuhkan syarikat baru ini? Adakah dari Perbendaharaan (duit rakyat)? Bagaimana struktur skim ini? Adakah jabatan kerajaan dan agensi kerajaan turut terlibat? Adakah semua syarikat insurans diwajibkan menyertai TPBID Newco? Kenapa dilibatkan sektor insurans swasta? Berapa buahkah jumlah syarikat insurans dan takaful yang terlibat? Sejauh manakah bidangkuasa TPBID Newco? Adakah TPBID Newco ini sebenarnya menggantikan MMIP? Adakah syarikat ini melantik reinsurer dengan mana-mana syarikat insurans luar negara? Jika ya, negara dan syarikat mana? Adakah syarikat takaful dan insurans akan menyediakan jenis dan bayaran top up yang sama antara satu sama lain atau berbeza? Kenapakah sehingga kini BNM masih tidak menetapkan kadar dan jumlah sumbangan serta risiko antara pihak kerajaan dan pihak insurans? Sekiranya syarikat tidak berupaya menampung risiko, bagaimana nasibnya selepas ini? b) Penerangan, undang-undang dan prosedur: Apakah faktor pendesak dan segera yang menghendaki skim ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa dalam tempoh yang terlalu singkat? Kenapa tidak dihebahkan di dalam akhbar utama dan kenapa tiada penerangan di stesen TV utama seperti TV3 dan RTM? Kenapa tempoh bantahan dan siaran terhad? Dari 23/04/2010 hingga 15/05/2010? Adakah sekarang ini tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan syarikat insurans memberikan perlindungan pihak ketiga tanpa skim TPBID tersebut? Pada masa sekarang, BNM telah mempunyai guidelines untuk pihak insuran melalui JPI/GPI 14 , sejauh mana pemantauan dan penguatkuasaan garis panduan ini diikuti oleh pihak insurans? Jika pihak insurans tidak mengikuti garis panduan ini, apakah tindakan BNM dan denda serta hukuman bagi syarikat insurans tersebut yang tidak mematuhinya? Apakah peranan BNM sebagai regulatory body untuk pihak insurans selepas skim TPBID? Berapa lamakah jangka masa yang berpatutan untuk pihak insurans menyiapkan tuntutan mengikut JPI/GPI 14 oleh BNM sebelum ini? Apakah Akta yang memberikuasa kepada Skim TPBID dan TPBID NewCo ini? Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan skim ini akta-akta yang berkaitan akan dipinda? Apakah akta-akta tersebut? Jika akan dipinda, bila? Skim dicadangkan akan dilaksanakan pada September 2010 tetapi Parlimen hanya akan bersidang pada Jun 2010, adakah segala persediaan telah dibuat? Adakah perubahan prosedur tuntutan undang-undang sedia ada berbanding dengan tuntutan di bawah skim ini? Mengikut Akta Undang-Undang Sivil 1956, umur pencen (bersara) dan kiraan umur untuk ganti rugi kehilangan pendapatan dikira sehingga umur 55 tahun sedangkan kerajaan telah melanjutkan umur pencen ke 58 tahun. (yang mana akan diguna?) Kenapa Akta Undang-Undang Sivil 1956 masih belum dipinda untuk diselaraskan umur pencen? Bagaimana dengan kos bereavement? Adakah masih mengikut Akta Undang-Undang Sivil 1956 (RM10,000.00) c) Operasi dan Risiko Fungsi, aktiviti dan tanggungan TPBID Newco amat berbeza dari AKPK dan FMB? Jika bukan atas dasar keuntungan, bagaimana syarikat ini akan menampung kos operasi dan membuat bayaran gantirugi tuntutan? Adakah dengan penubuhan TPBID Newco ini bermaksud kerugian syarikat-syarikat insurans akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat ini atau ia mengikut kadar nisbah sumbangan? Bagaimana kadar penentuan premium tetap atau berubah mengikut risiko? Adakah penetapan harga bayaran premium ditentukan setiap tahun dan oleh siapa? Adakah BNM sedar bahawa jika skim ini dilaksanakan, pengguna akan membeli skim perlindungan mandatori sahaja. Kenapa syarikat insurans menjadi ejen untuk mengutip premium dan dalam masa yang sama bertindak penilai tuntutan bagi skim ini? (sama seperti sekarang) Adakah ejen ini masih layak menerima komisyen dan berapa kadar komisyen? Adakah TPBID Newco sahaja yang dibenarkan untuk memberikan skim perlindungan asas TPBID? Adakah ini bermakna semua syarikat insurans lain hanya dibenarkan menawarkan TPPD, TPL dan komprehensif sahaja? Berapakah jumlah levi semua syarikat insurans dan takaful yang dikutip sehingga tahun lepas? Kenapa syarikat insurans hanya perlu membayar levi dalam menubuhkan Newco? Apakah implikasi kepada pendapatan negara daripada hasil levi syarikat insurans selepas skim ini dipakai? Apakah yang dimaksudkan dengan ketirisan, di mana dan kenapa? d) TPBID,TPPD,TPL dan Had Siling Adakah semua pemilik kenderaan selepas ini mesti membeli dua perlindungan insurans iaitu TPBID sebagai perlindungan asas mandatori dan TPPD untuk kerosakan kenderaan bagi setiap sebuah kenderaan untuk memastikan tuntutan kecederaan diri dan kerosakan kenderaan pihak ketiga terhadapnya akan dilindungi? Kenapa TPBID dan TPPD ini diasingkan? Siapakah sasaran TPBID? Apakah had siling tuntutan pihak ketiga terhadapnya? Adakah ia mengikut kes atau mengikut mangsa? Sekiranya pemilik kenderaan membayar TPL adakah ia masih tertakluk kepada had siling tuntutan RM2juta? Apakah had siling RM2juta itu meliputi semua kategori tuntutan dan kos serta faedah tuntutan? Apakah jenis kategori tuntutan pihak ketiga terhadapnya? Sekiranya dia tidak membeli TPL dan TPPD adakah dia wajib membayar lebihan (excess) tuntutan pihak ketiga? Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tahun tersebut adakah premium akan diberi NCB? Adakah ianya melibatkan kenderaan individu, bagaimana dengan kenderaan syarikat pengangkutan awam dan syarikat swasta? Bagaimana untuk kenderaan asing yang masuk dari Thailand, Indonesia dan Singapura. Adakah mereka diwajibkan membeli TPBID,TPPD dan top up cover? Apakah terdapat umur maksimum kenderaan dan adakah loading juga akan dikenakan bagi kenderaan yang lebih umur? Adakah fungsi Malaysian Insurance Bureau selepas ini? e) Proses Tuntutan Bagaimana pengguna membeli skim ini? Internet atau melalui ejen sahaja? Adakah TPBID Newco akan mewujudkan cawangan? Di mana dan bilangan? Berapa banyak kos akan digunakan untuk biaya keseluruhan cawangan? Adakah jaminan BNM bahawa tidak akan ada lambakan kes tertunggak dari tahun ke tahun berdasarkan jumlah kes 40,000 setahun dalam tempoh yang ditetapkan (2 hingga 4 minggu) Bagaimana tuntutan boleh dibuat kepada syarikat ini? Adakah dengan hadir sendiri di kaunter, melalui laman web, melalui wakil/ejen atau bagaimana? Berapa lama tempoh boleh membuat tuntutan? Mengikut Akta Had masa 1953 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956, bagi kecederaan ialah 6 tahun dan bagi kematian 3 tahun. Adakah syarikat ini akan menggunakan peruntukan akta-akta ini? Siapa boleh menuntut? Mangsa kemalangan sendiri atau wakil? Bagaimana jika mangsa meninggal? Adakah mangsa perlu membayar kos khidmat kepada syarikat ini? Berapa bayaran perlu dibayar? Kadar ditetapkan dari masa ke semasa? Adakah kos dokumen ditanggung oleh pemohon atau syarikat? Jika dikeluarkan oleh pemohon, adakah boleh dituntut kembali kepada syarikat? Sejauh manakah keputusan dan penilaian TPBID Newco mempunyai weight di Mahkamah dan boleh dikuatkuasakan? Bagaimana dan di mana pihak ketiga boleh menuntut excess ini? Sejauh mana fungsi dan bidangkuasa TPBID Newco adakah seperti tribunal dan apa pula fungsi mahkamah dan peguam? Bagaimana BNM boleh menyelaraskan KPI bagi semua jabatan yang terlibat dengan tuntutan TPBID? Berapa kali tuntutan TPBID boleh dikemukakan? Adakah pemohon boleh menuntut semula sekiranya terdapat kecacatan susulan selepas itu? Sekiranya tiada bayaran dibuat, bagaimana penguatkuasaan dan oleh siapa? |
Label: ANALISIS
Dua Blok Minyak – Apa yang Tersiratnya?
Tun Dr Mahathir (Tun) menjentik isu Malaysia’s Generosity dalam blognya dengan pendekatan sinikal dan bersahaja. Beliau menulis, “Abdullah Badawi negotiated with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to surrender the two blocks to Brunei”.
Kemudian, dalam ayat yang seterusnya beliau mengutip kenyataan Tun Abdullah (Pak Lah) dalam sebuah akhbar yang menyatakan Brunei telah menggugurkan tuntutan Limbang ke atas Malaysia. Pak Lah pula langsung tidak menyebut mengenai dua blok minyak tersebut.
Asasnya, mengapa Tun cuba mengaitkan Limbang dan dua blok minyak tersebut? Bagaimana Tun boleh menimbulkan keraguan bahawa Pak Lah mendapatkan semula Limbang dengan menyerahkan blok minyak tersebut kepada Brunei?
Tun sebagai Penasihat Petronas mengambil dua laporan akhbar tempatan iaitu The Edge dan sebuah akhbar antarabangsa, The Brunei Times sebagai rujukan asasnya. Ketiga-tiga laporan tersebut mendedahkan mengenai sebuah syarikat yang bertapak di Arkansas, Murphy Oil Corp telah mengumumkan di New York Stock Exchange bahawa kontrak production sharing (PSC) untuk menggali khazanah minyak persisiran pantai yang dikenali sebagai Blok L dan M telah ditamatkan oleh Petronas. Alasannya, kedua-dua blok tersebut bukan lagi milik Malaysia.
Sebelum itu, Malaysia telah meminta Petronas dan menganugerahkan kepada Murphy dua blok minyak iaitu L dan M untuk diusahakan. Namun, ia menimbulkan masalah apabila blok-blok tersebut telah overlapped dengan Blok J dan K yang dimiliki oleh Brunei. Mereka telah memberikan dua blok tersebut kepada syarikat Total SA dan Royal Dutch Shell PLC untuk dibangunkan. Perkara ini dilaporkan oleh media antarabangsa, Oil and Gas Journal. Jadi berlakulah pertembungan.
Bagi menyelesaikannya, maka timbullah isu mengenai perjanjian yang dibuat antara Malaysia dan Brunei atau lebih sinonim ia dinamakan sebagai Letter of Exchange (LoE) pada 16 Mac 2009.
Setakat ini, kita mengetahui bahawa antara faktor berlakunya majlis perjanjian Letter of Exchange itu adalah untuk menyelesaikan isu overlapping blok minyak antara Malaysia dan Brunei. Selain itu, dikatakan ada beberapa isu lama dan tuntutan lain untuk diselesaikan termasuklah isu sejarah tuntutan Brunei ke atas Limbang.
Maka disini Limbang mula dijadikan isu. Awalnya adalah blok minyak kemudian ia meleret kepada Limbang.
Berdasarkan kenyataan bersama yang dibuat oleh Pak Lah dan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 16 Mac 2009, perkara ketiga menceritakan secara umum elemen-elemen utama LoE adalah "final delimitation of maritime boundaries between Brunei Darussalam and Malaysia, the establishment of Commercial Arrangement Area (CAA) in oil and gas, the modalities for the final demarcation of the land boundary between Brunei Darussalam and Malaysia and unsuspendable rights of maritime access for nationals and residents of Malaysia across Brunei's maritime zones en route to and from their destination in Sarawak, Malaysia provided that Brunei's laws and regulations are observed".
Keseluruhan kenyataan bersama yang dbuat antara kedua-dua negara ini langsung tidak menyebut mengenai tuntutan ke atas Limbang. Jadi, bagaimana ia dijadikan isu?
Ia bermula apabila Pak Lah berucap dihadapan media Malaysia ketika masih di Bandar Seri Bagawan lagi pada tarikh 16 Mac 2009. Kenyataan beliau dapat diikuti dalam akhbar The Star pada tarikh yang sama. Beliau menyebut, "Brunei has decided to drop the Limbang issue and as a result, Limbang is part of Malaysian territory". Kenyataan beliau turut disusuli oleh Ketua Menteri Sarawak. Nada dan maksud yang sama iaitu Brunei telah menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang.
Bagaimana kedua-dua tokoh negara kita boleh timbulkan tuntutan Limbang ini? Secara pastinya, dalam kenyataan bersama tidak disebut. Adakah ia termaktub dalam Intipati LoE? Atau ia adalah persetujuan lisan antara kedua-dua pihak sepanjang perbincangan itu berlangsung?
Kesan daripada kenyataan Perdana Menteri itu (kini mantan), beberapa pihak di Brunei termasuklah wakil daripada Parti Pembangunan Negara (NDP), Brunei Darussalam menyuarakan kebimbangan dan kepelikan mereka. Dari kenyataan yang disiarkan, mereka meminta supaya Menteri Luar Negeri dan Perdagangan, Pehin Dato' Seri Lim Jock Seng untuk membuat penjelasan mengenai kedudukan tuntutan Brunei ke atas Limbang. Mereka kecewa dan mahukan ketelusan dalam isu ini. Apa yang menariknya ialah, NDP berpandangan isu penyelesaian sempadan dan tuntutan ke atas Limbang adalah dua isu yang berlainan sama sekali. Dalam kenyataannya juga menegaskan, "NDP melihat perjanjian yang baru ditandatangani untuk penyelesaian isu sempadan Brunei dan Malaysia hanya merupakan satu pra syarat ke arah penyelesaian abadi isu tuntutan Brunei ke atas Limbang".
Menteri Luar Negeri Brunei terpaksa membuat satu kenyataan terbuka mengenai isu ini. Beliau menjelaskan bahawa isu Limbang tidak pernah dibincangkan dan dimuktamadkan antara Brunei dan Malaysia. Noktah.
Maka, bagi pihak Brunei mereka masih berazam untuk menuntut Limbang dan dalam kenyataan bersama yang dibuat langsung tidak membincangkan perkara ini. Namun, adakah mereka sendiri cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripada rakyatnya? Itu luar daripada pengetahuan kita.
Isu Limbang menjadi tanda tanya. Siapakah sebenarnya yang membuat penjelasan yang betul? Brunei atau Malaysia? Maklumat cukup penting yang perlu diketahui oleh rakyat adalah intipati Letter of Exchange itu. Andaikata, dalam surat tersebut juga tidak termaktub mengenai isu tuntutan Limbang, maka jelaslah bahawa Pak Lah tersilap dalam mengeluarkan kenyataannya. Terdapat beberapa blogger yang membuat spekulasi bahawa Pak Lah misinterpretation.
Pak Lah membuat penjelasan bahawa perjanjian yang termeterai antara Malaysia dan Brunei telah mendapat kelulusan daripada jemaah kabinet pada 11 Februari 2009. Beliau sendiri turut menafikan bahawa penyerahan blok minyak L dan M adalah sebagai usaha untuk mendapatkan semula Limbang. Nafi. Isu persempadanan darat diselesaikan melalui beberapa siri perjanjian yang termeterai antara Malaysia dan Brunei sejak 1920 lagi. Jika kawasan tersebut tiada dalam 5 perjanjian itu, maka ia akan diselesaikan melalui satu jawatankuasa bersama yang telah dibentuk untuk membuat kajian dan pemetaan.
Manakala, hak dua blok minyak itu adalah kepunyaan Brunei. Ia dinyatakan oleh Wisma Putra berdasarkan kepada UN Convention of Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Namun sekarang, Petronas dijemput oleh Brunei untuk menjalankan usahasama bagi menerokai minyak di kawasan tersebut yang kini dikenali sebagai CA1 dan CA2. Adakah boleh sekiranya dikatakan, Petronas menamatkan kontrak bersama Murphy pada 7 April 2010 dan kemudiannya bersama dengan Brunei untuk memajukan kawasan tersebut. Berapa banyak dan apakah ganti rugi yang akan diberikan oleh Petronas kepada Murphy?
Berdasarkan maklumat yang ada, terjawablah mengapa dua blok minyak tersebut tidak menjadi milik Malaysia. Ini yang dikatakan oleh Pak Lah dan Najib iaitu win-win situation. Benarkah kita juga menang?
Adakah kita menang kerana Petronas masih lagi mendapat hak explorasi minyak di dua blok tersebut? Semenjak Petronas dan Murphy bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut dari tahun 2003, berapa banyak keuntungan yang diperolehi oleh mereka? Pada masa yang sama, bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee mendakwa penyerahan dua blok minyak tersebut menyebabkan Sabah kehilangan royalti minyak yang dianggarkan RM 16 bilion.
Adakah kita menang kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang? Walhal, Brunei tetap dengan pendirian mereka bahawa Limbang masih berada dalam misi tuntutan mereka.
Disediakan oleh,
Mior Isfandy Mior Azizan
Pemangku Ketua,
Unit Kajian dan Maklum Balas Isu Semasa
Dewan Pemuda PAS Pusat
sumber
Label: ANALISIS
Kekalahan Rasuah Di Sibu, Sarawak

Segala janji manis oleh pimpinan BN termasuk PM 1Malaysia ditaburkan sehingga kata-kata mengemis dari Najib, "I help you, you help me" terungkap di Sibu menunjukan bertapa terpinggirnya rakyat Sibu khususnya kaum melayu/malanau disepanjang sungei Rejang, di Kg Jeriah , di rumah2 panjang dll.
Bayangkan jika tiada PRK maka adakah kerja2 segera ini dilakukan? Saya yakin tidak. Bukanya satu pemimpin dari satu kementerian, malah semuanya pemimpin termasuk para Menteri mahu menjadikan Sibu bandar wireless terunggul, menyiapkan lebuhraya, pusat pelancungan, hab itu, hab ini, dll pada masa itu juga! Berapa banyak secara kebetulan ya?
Rata2 anak Sibu sendiri meninggalkan bandar tersebut mencari kerja ditempat lain. Kempen dari SUPP/BN yg mendakwa, " undi DAP bererti undi Negara Islam", "undi DAP nanti tak dapat makan mee Kampua"(gambar mee kampua berlemak babi dihidangkan dalam mangkuk bulan PAS pada billboard di roundabout-oleh SUPP/BN), cukup memberansangkan . Malahan memberi pukulan balik kepada BN di mana kaum Cina yg sekarang ini amat tahu dengan latar belakang PAS dan pergerakan PAS tidak termakan sama sekali dengan dakwaan bahan kempen tersebut.
Dalam satu dialog dengan hampir 300 pengundi Cina agama Kristian di Hotel Paramount, saya diajukan satu soalan oleh seorang pemuda mengenai dakwaan dalam kempen tersebut. Saya tanyakan semula sama ada terdengar kaum Cina di Kelantan yg sudah 20 tahun di bawah pentadbiran PAS, tidak di benarkan makan babi, minum arak dll. Bahkan patung Buddha yg terbesar sedang berbaring, berdiri, duduk tak pernah PAS ganggu! Tidak ada insiden potong memotong terdengar. Ini kemudian disahkan oleh pimpinan PR yg lain termasuk Dato Chua Jui Meng, YB Dato Ngeh Koo Ham dll. betapa adilnya PAS di Kelantan.
Apapun, saya merasakan PRK Sibu menunjukan bahawa BN menggula2kan rakyat dengan janji dan dan wang ringgit tidak bolih mempengaruhi mereka menolak BN.
Kempen dari pimpinan PR yg BN merasuah mereka dapat diterima dan akhirnya memenangkan DAP. Sama jugalah halnya seperti di PRK ulu Selangor. Namun oleh kerana jumlah pengundi peneroka felda melayu yg besar belum bolih memenangkan PKR di situ.
Kesimpulanya, kemenangan haq mengatasi bathil dapat di lihat di Sibu dan kita minta supaya di lain PRK, UMNO/BN terus menggunakan pendekatan sama, ia itu menawarkan dan menaburkan bermacam2 janji, mee segera dll yg telah lama dinafikan oleh BN. Di Sibu rakyat Sarawak berjaya menumbangkan rasuah walaupun mereka hidup daif dan sengsara 35 tahun dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud. Rakyat di semenanjung yg dikatakan lebih moden, terpelajar, kaya dll bila lagi? Janganlah nanti warga di semenanjung diajar oleh orang Borneo, orang rumah panjang, orang malanau/iban /dayak (yg ramai masih bukan beragama Islam), bagaimana menjaga maruah kita supaya menolah rasuah, perkauman dan penindasan. Tolaklah UMNO BN sekarang dan selamanya!
http://www.tranungkite.net/v10/
Label: ANALISIS
Selasa, 18 Mei 2010
Satu Analisis: Kemenangan DAP Di Parlimen Sibu, Petanda Awal Penolakan Rakyat Terhadap UMNO BN Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Akan Datang !
Rakyat Malaysia seluruh negara berasa amat berpuas hati dan gembira apabila melihat Barisan Nasional (SUPP) tumbang di Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu semalam. Satu keputusan "up-set" yang dianggap memberi petanda awal zaman kejatuhan BN di Sarawak sudah mula muncul. Harus diingat Sarawak dan Sabah adalah "talian hayat BN" dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Jika mereka tewas majoriti kerusi parlimen di sana maka lembaran baru politik negara sudah bermula selepas 8 Mac 2008 lalu. Namun, segala perancangan untuk memastikan kemenangan BN sudah diatur sejak awal-awal lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka menambah begitu banyak kerusi parlimen di kedua-dua negeri itu, sebagai persediaan untuk memastikan BN terus berkuasa biarpun sudah ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Bagai sudah dijanjikan, keegoaan dan kesombongan pemimpin UMNO BN mendabik dada kononnya mereka adalah "juara rakyat" kini "memakan diri sendiri". Laungan keramat, "rakyat didahulukan" langsung tidak terkesan dihati pengundi Sibu. Malah, mereka cukup benci dan meluat dengan "ugutan kerajaan BN" supaya mengundi calon BN jika mahu segala projek dan wang yang dijanjikan "turun kepada rakyat". Malah, berbagai projek "mee segera" yang senantiasa dicanang-canangkan oleh mereka akhirnya menjadi "bukti" betapa rakyat sudah tidak rela diperbodohkan oleh pemimpin UMNO BN yang sememangnya sudah "tidak keruan" itu. Berbilion projek pembangunan dijanjikan jika BN menang, malah media arus perdana juga begitu bangga memaparkan wajah-wajah pemimpin UMNO BN melawat ke penempatan rakyat yang begitu daif dan memilukan hati kita, walhal mereka tidak terfikir bahawa paparan itu menyebabkan majoriti rakyat di Sibu melihat itulah "kegagalan BN" sejak dulu, kini dan selamanya. Mereka hanya dilayan dan "ditatang bagai minyak yang penuh" tatkala ada pilihanraya kecil sahaja. Sebaliknya, mereka akan dipinggirkan selepas semua itu berakhir. Malah, di Sarawak banyak lagi kawasan parlimen yang masih mundur dan perlukan pembelaan. Ini jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya kerajaan BN pusat gagal membawa pembangunan kepada rakyat Sarawak Bumi Kenyalang sebenarnya. Maka itulah mereka akhirnya ditolak di parlimen Sibu.
Strategi SPR Tidak Menjadi Buatkan BN Tewas
Pemimpin dan penyokong UMNO BN perlu menyalahkan diri mereka sendiri kali ini. Janji-janji manis dan ugutan pembangunan sudah tidak relevan lagi untuk politik alaf baru. Rakyat didahulukan, tetapi dengan bersyarat "undi BN baru rakyat didahulukan" jelas sekali menyebabkan pengundi Sibu memberontak. Malah, ramai diantara mereka mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu keluar mengundi. Lantaran itulah sasaran SPR untuk melihat 80% pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka akhirnya tidak terlaksana. Inilah yang membingungkan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yussof (foto) semalam. Beliau amat kecewa dengan senario itu, dan beliau juga gusar akan dimarahi oleh Perdana Menteri, Najib Razak atas kekalahan yang memalukan ini. Biarpun SPR sudah bersedia dengan "undi pos" dan BN berjaya memperolehi majoritinya, namun takdir menentukan segalanya. BN akhirnya ditewaskan dengan majoriti tipis 398 undi sahaja. Inilah yang menyebabka puak-puak BN tidak dapat tidur lena. Mimpi ngeri menghantui mereka kini. Inilah balasan akibat sikap "tidak cakna rakyat" yang ditunjukkan oleh kerajaan BN selama ini. Jika dulu (PRU-12) calon BN Robert Lau Hoi Cew berjaya menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 3,235 undi iaitu satu jumlah yang sukar untuk digugat sebenarnya jika dicongak dengan mata kasar. Namun, akhirnya semua undi itu hilang apabila ramai penyokong BN tidak keluar mengundi dan ini memberi kemenangan buat DAP menerusi calon mereka yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam parlimen itu sendiri iaitu, YB Wong Ho Leng. Inilah keajaiban dan kehebatan "suara rakyat" sebenarnya. SPR sebagai komponen BN boleh lakukan apa sahaja untuk pastikan BN menang, namun jika suara rakyat itu mengatasi segalanya maka mereka akan tetap kecundang. Buktinya, bila majoriti DAP melebihi angka undi pos yang telah tersedia untuk dicampurkan dengan undi biasa, maka pihak SPR sudah gelabah kerana sudah nampak tanda awal Pakatan Rakyat akan merampas parlimen Sibu. Itulah yang berlaku, biarpun DAP hanya berjaya mendapat 70 undi sahaja dari keseluruhan undi pos yang dibuka. Malah, jika 100% undi pos berpihak kepada BN pun mereka masih kalah sebenarnya. Inilah hakikat dan takdir yang berlaku di pilihanraya kecil Sibu. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapakan kepada semua pengundi yang telah bertindak bijak untuk mencaturkan perubahan baru dalam iklim politik di negeri Sarawak.
Rakyat Benci Sikap Taib Mahmud "Uban Putih"
Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud (foto), selain tidak mahu berundur dan ingin terus menongkat langit memerintah Sarawak sehingga kiamat. Perangai Taib Mahmud ini samalah dengan perangai Samy Vellu terajui MIC sampai mati. Lantaran itu rakyat melihat semakin hari semakin banyak kelemahan dan kecurangan yang berlaku. Malah, keluarga Taib Mahmud dilihat semakin kaya-raya bila mereka mengaut segala kekayaan dan khazanah negeri untuk "tembolok mereka". Rakyat dipedalaman dipinggirkan dan dijadikan alat untuk memastikan beliau terus menang dalam setiap kali pilihanraya berlaku. Taib Mahmud, banyak menyeleweng dan merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga kroni beliau sendiri. Rakyat sebenarnya sudah lama muak melihat kerenah dan gelagat Ketua Menteri "uban putih" mereka itu. Tidak ada cara lain untuk menolak kepimpinan Taib Mahmud, melainkan dengan memastikan BN tumbang di Bumi Kenyalang itu. Maka itulah, pengundi Parlimen Sibu menatijahkan kebencian mereka dengan menolak calon BN yang akan bersekongkol dengan pentadbiran Kerajaan UMNO BN peringkat pusat dan negeri. Penolakan secara total dijangka berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. Kemenangan di Sibu hanyalah satu amaran keras buat Taib Mahmud supaya melihat dan kembali kepada rakyat. Mujurlah ada pilihanraya kecil Sibu, sekurang-kurangnya seluruh rakyat Sarawak seenatero dunia dapat tahu kebobrokan dan pengabaian yang dilakukan oleh Taib Mahmud terhadap rakyat di kawasan itu. Kita ucapkan terima kasih kepada media arus perdana terutamanya RTM dan TV3 yang memaparkan kepincangan yang berlaku. Semoga semua ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat untuk terus menolak BN itu.
Isu Lompat Parti Buatkan Rakyat Menolak BN
Ramai yang tercari-cari kenapakah BN ditolak rakyat di Sibu ini?. Namun, sedarkah kita bahawa rakyat sebenarnya benci dan meluat dengan kerenah media arus perdana yang sering memaparkan isu lompat parti terutamanya menjelang hari pengundian dalam satu-satu pilihanraya. Malah, dua hari sebelum hari pengundi pilihanraya kecil Sibu, tiba-tiba Ahli Parlimen Wangsa Maju dari Parti keadilan Rakyat, Wee Cho Keong (foto) keluar parti dan bertindak menjadi wakil rakyat bebas. Malah, puak-puak UMNO BN terutamanya TPM Muhyiddin Yassin begitu lantang dan sombong menghina PKR dengan mengatakan parti itu "Parti Kian Runtuh" susulan isu lompat parti mutakhir ini. Akhirnya, lompat parti "makan tuan", mereka pula yang menerima tamparan hebat apabila kerusi parlimen Sibu dirampas oleh Pakatan Rakyat. Justeru itu, ini membuktikan kepada kita bahawa rakyat sedikit pun tidak terkesan dengan beberapa orang "pengkianat lompat parti" yang digembar-gemburkan selama ini. Malah, mereka mendabik dada kononnya Parti Keadilan Rakyat akan berkubur selepas 10 orang wakil rakyatnya lompat parti. Kini semuanya sudah terbukti, bahawa 10 lompat parti di Semenanjung Malaysia masih tidak sama nilainya dengan satu parlimen "talian hayat BN" di Sarawak yang dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malah sebelum ini, satu parti popular di sana iaitu Sarawak National Party (SNAP) telah bertindak menyertai pakatan itu. Rakyat juga melihat, semua Ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti itu sebenarnya "telah dibeli" dan mendapat habuan lumayan daripada kerajaan UMNO BN sendiri. Biarpun ia dinafikan oleh pemimpin terbabit, namun rakyat lebih mengetahui dan menilai apa yang berlaku. Lantaran itulah mereka tidak mengikut jejak "pengkianat rakyat" terbabit. Maka itu juga kita tidak hairan, setiap kali isu lompat parti diwar-warkan hanya kelihatan pengkianat terbabit sahaja dan bukannya ribuan rakyat yang mengundi mereka. Inilah bukti jelas bahawa rakyat benci dengan isu lompat parti sebenarnya dan pengundi di Sibu merealisasikan kebencian tersebut semalam. Inilah padahnya dan hikmah disebalik "isu lompat parti" yang sering dicanangkan oleh mereka itu.
Jika PKR Parti Kian Runtuh, BN Barisan Nazak
Ketika ditemubual selepas melancarkan Festival Hari Guru Kebangsaan di Kuantan semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (foto) dengan bangganya memperli dan menghina Parti Keadilan Rakyat. Kononnya, parti itu kini dikenali sebagai "Parti Kian Runtuh" susulan semakin ramai wakil rakyatnya yang "lompat parti". Kenyataan itu dibuat ketika rakyat dan pengundi sedang menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi di Parlimen Sibu. Kata-kata menghina Munyiddin itu telah membuatkan pengundi bersimpati kepada PKR dan akhirnya mereka memilih DAP iaitu satu gabungan utuh dalam Pakatan Rakyat. Maknya, kehinaan di balasa dengan kehinaan juga. Inilah padahnya bila bercakap sombong dan bongkak, seolah-olah mereka terlalu kuat untuk dikalahkan. Maka itu, jika Muhyiddin menggelar PKR "Parti Kian Runtuh" maka BN pula kini layak digelar "Barisan Nazak". Maknanya, BN itu sudah menghampiri ke penghujung hayatnya dan akan berkubur bila-bila masa dari sekarang. Buktinya, talian hayat parlimen BN di Sarawak kini berjaya dirampas oleh Pakatan Rakyat. BN tidak boleh bergantung lagi kepada kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Ini kerana, gara-gara pilihanraya kecil di Sibu mereka mendedahkan segala kelemahan pentadbiran BN di negeri itu. Terbukti rakyat di situ terpinggir dari arus pembangunan. Sedangkan umum mengetahui Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud kaya raya dan merompak khazanah rakyat sesuka hati. Inilah hakikatnya yang perlu ditelan, jika dia dibairkan terus berkuasa maka sudah pasti Sarawak juga berkemungkinan besar akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Tumbangnya Sarawak bermakna akan tumbanglah kerajaan UMNO BN diperingkat pusat. Jika ini berlaku, maka kuasa akan kembali kepada rakyat. Oleh itu, marilah kita terus lakukan perubahan mulai sekarang !!
[Kenyataan yang harus ditelan sekarang ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap profesional dan tidak bersikap "double standard" dalam melaksanakan amanah rakyat. Pilihanraya perlu dilakukan secara adil dan saksama. Politik wang dan rasuah projek "mee segera" perlu diharamkan dalam setiap kali pilihanraya. Jika amalan ini diteruskan oleh puak-puak UMNO BN, maka harapan besar untuk kita melihat pakatan "BN @ Barisan Nazak" kian lumpuh pasti menjadi kenyataan dalam pilihanraya umum akan datang. Ketika itu, apa yang mahu dilakukan oleh SPR agaknya. Bila tanggungjawab melaksanakan pilihanraya yang adil disalah gunakan, maka inilah jadinya. Mahu membuat pengumuman dan diwawancara oleh media pun kita sudah dapat melihat dengan jelas wajah "pucat dan gelabah" Aziz Yusoff. Kenapa ini berlaku agaknya?. Kerana beliau diamanahkan memastikan BN menang di Sibu, tetapi beliau hahal dan menanti saatnya untuk dihembur oleh Perdana Menteri Najib Razak. BN perlu berubah jika mahu terus diterima oleh majoriti rakyat].
sumber
Label: ANALISIS