
Rabu , 19/05/2010 -Kementerian Luar Negeri Zionis  mengumumkan pada petang Isnin (5-17), bahawa pihaknya sama sekali tidak  akan membenarkan Kapal Armada “Kebebasan” memasuki Gaza bagi menyalurkan   bantuan kemanusian kepada yang memerlukannya di Gaza yang telah  dikepung selama empat tahun berturut-turut. Perkara tersebut dilakukan  oleh ratusan bagi gerakan pembebasan yang telah disertai  oleh beberapa  buah negara dan mereka bersatu mengiringi kapal Armada yang dijadualkan  akan tiba pada akhir bulan ini.
Menurut laporan berita edisi bahasa Ibrani, bahawa Pengarah Jabatan  Hal Ehwal Eropah di Jabatan Luar Negeri Zionis Naor Gelwon pada hari  Isnin lalu telah memanggil duta-duta besar bagi negara-negara yang  rakyatnya turut sama dalam kapal Armada yang dalam perjalanan dari  Pelabuhan Eropah menuju ke Gaza bagi menghapuskan kepungan ke atasnya,  dengan turut menyatakan negara-negara yang telah dipanggil (duta  besarnya), iaitu Greek, Ireland, Turki dan Sweden.
Gelwon berkata bahawa Israel tidak akan membenarkan kapal-kapal yang  telah disahkan penghantarannya untuk menghampiri pantai Gaza dalam bulan  ini bagi menghapukan kepungan yang dilakukan ke atasnya. Dia menambah  lagi “Siapa yang ingin memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk  Gaza mesti melalui Pejabat Koordinator Kerajaan di (setiap)Daerah,”  seperti yang ia katakan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
Rabu, 19 Mei 2010
Zionis mengumumkan secara rasmi niatnya untuk menghalang Armada “Kebebasan”.
di
5:45 PTG
·
      
Label: ISU PALESTIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan