Memaparkan catatan dengan label keamanan dan keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keamanan dan keselamatan. Papar semua catatan

Ahad, 9 Mei 2010

Lagi kena tembak

· 0 ulasan

*Sikit-sikit tembak. Alasan ikut skrip. Sama je jawapan. KPN bila nak jawab? Ke tengah 'training' dengan adik macam mana nak 'berlakon' jawab soalan?
Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.
(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)
Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.
Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.
 “Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.
“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

Jumaat, 7 Mei 2010

Cadangan penubuhan IPCMC : Kenyataan Media GAMIS

· 0 ulasan

Kenyataan Media

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia
(GAMIS)
Berkenaan:
GAMIS gesa pertimbang semula cadangan penubuhan IPCMC
Tarikh:
4 Mei 2010 (Selasa)
Kes pembunuhan Aminulrasyid yang ditembak oleh anggota polis pada minggu lepas merupakan insiden terburuk terhadap hak asasi manusia di Malaysia yang dilakukan oleh pihak Polis Malaysia. Kes ini mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia selepas beberapa insiden salah laku polis di dalam kes Kugan, Norizan dan terakhir adik Aminulrasyid.
Pihak polis telah mengadakan inkues di dalam kes ini, namun dibantah oleh keluarga mangsa dan mendesak supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja bagi menyiasat kes ini secara telus dan dibawa ke muka pengadilan.

GAMISᅡᅠhari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan yang pernah dikemukakan oleh aktivisᅡᅠhak asasi satu ketika dahulu agar ditubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

GAMIS memandang, kes-kes seumpama ini supaya tidak lagi berulang pada masa akan datang. Polis juga adalah salah satu daripada pegawai kerajaan yang perlu dipantau sekiranya terdapat salah laku atau tindakan yang melampaui norma-norma serta nilai hak kemanusiaan.

GAMIS mengambil iktibar daripada isu dan insiden kes kematian Kugan di dalam tahanan serta kes Norizan yang ditembak anggota polis. Perkara tersebut tidak wajar berlaku pada masa akan datang.

GAMIS beranggapan tindakan anggota polis haruslah dikawal supaya tidak melebihi nilai hak kemanusiaan dan tidak bertindak sesuka hati tanpa dibuktikan kesalahan seseorang pesalah itu. Itulah yang diajarkan oleh Islam bahawa seorang itu tidak boleh dijatuhkan kesalahan selagi mana tidak dibuktikan kesalahan. Dan Islam sendiri menganjurkan supaya memberi keadilan kepada sesama manusia.

Disediakan oleh:
Mohd Aizat bin Mohd Salleh
SetiausahaᅡᅠAgung,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
(GAMIS).
0133136233

Isnin, 3 Mei 2010

KETUA POLIS NEGARA (KPN) PERLU LEBIH PROFESIONAL

· 0 ulasan





Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa kesal dengan reaksi Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian di Shah Alam. Dalam kenyataannya, beliau berkata bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dalam keadaan yang mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya jika itu kehendak masyarakat.


Apakah itu jalan penyelesaian? Sepatutnya beliau sebagai KPN memikirkan apakah langkah yang paling sesuai dalam menangani permasalahan yang berlaku. Beliau harus melihat dari perspektif keselamatan rakyat bukan hanya tahu menyalahkan pihak lain. Bukankah beliau dibayar gaji yang tinggi sesuai dengan kedudukan beliau sebagai KPN harus bertindak atau menjawab soalan secara profesional? Atau rakyat marhaen pula yang harus memikul beban untuk  memberikan  jawapan serta memikirkan cara yang terbaik bagi pihak KPN? Kalau itu jawapannya, adalah lebih baik dibubarkan jawatan KPN daripada membazirkan wang rakyat membayar gaji yang tinggi kepada jawatan tersebut.



Oleh itu, DPPP berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta KPN agar lebih profesional bukan sahaja dalam menjalankan tugas menjaga keamanan tetapi juga apabila berdepan dengan masyarakat. Jangan mudah melatah tetapi haruslah memikirkan jalan yang terbaik demi untuk keselamatan negara. Bertindaklah dengan adil berlandaskan undang-undang bukannya bertindak atas arahan pihak-pihak tertentu.


HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Khamis, 29 April 2010

KPN JANGAN LEPAS TANGAN

· 0 ulasan

SALAM JUANG DAN SALAM REFORMASI,

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya,"

Adakah relavan KPN mengeluarkan kenyataan sedemikian,ini bukan soal pihak keselamatan hendak dituduh melulu,kemudian dengan senang KPN boleh mengeluarkan kenyataan yang mudah dan 'murah' sedemikian rupa,seolah-olah ingin melepas tangan dalam isu ini.

Soalnya sekarang,keadaan kes-kes peluru sesat dan tangkap dan belasah tanpa periksa semakin berleluasa.Adakah Malaysia semakin tidak selamat,sehinggakan pihak keselamatan pun tidak boleh dipercayai?

ini adalah kes-kes yang sangat berat,dan pihak bukit aman seharusnya bertanggungjawab dan bukannya membela anggota tanpa siasatan lanjut.

dimana ketelusan dan kemesraan pihak anggota polis,dengan motonya,mesra,cekap dan amanah serta anti rasuah?

persoalan-persoalan ini haruslah dijawab dngan telus,sebab itu kita sangat setuju apa apabila diadakan suruhanjaya pembaikkan salahlaku pihak keselamatan Malaysia keranadapat memantau pergerakan salahlaku pihak keselamatan.

justeru,saya menyeru semua pihak membantah dan menyokong pihak yang teraniaya dalam kes ini,samada dari sudut kewangan atau moral dan syabas diucapkan pada kerajaan negeri Selangor yang memberi bantuan guaman.

Seterusnya,adakah kita hendak bersuara dalam kes-kes sepErti kalimah Allah sahaja,atau karikatur yang menghina Nabi?

oleh itu,kita kena lebih jelas tentang fikrah dalam menangani isu semasa.

Related Posts with Thumbnails