Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut  ketibaan kejohanan bolasepak Piala Dunia tidak lama lagi, rakyat,  khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan satu ‘produk halal’ yang  bakal muncul memeriahkan lagi temasya sukan empat tahun sekali itu.  Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein  berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk  membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak  Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan  pertaruhan haram di negara ini.
 Katanya,  jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon,  aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan  pemantauan pihak berkuasa. “Ada beberapa perkara penting untuk dikaji  sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba  mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya  kepada pemberita  di lobi Parlimen. 
Ramai yang  terkejut dan beristighfar panjang dengan kenyataan ini, namun belum pun  reda kejutan ini, dua hari lepas (12 Mei) akhbar berbahasa Cina, Sin  Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen  judi itu kepada Kumpulan Berjaya.   Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum  kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh  dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki  kumpulan itu [harakahdaily.net]. 
Nah, inilah  hadiah dari seorang pemimpin 1Malaysia kepada rakyat, khususnya kepada  tauke judi dan kaki-kaki judi seluruh negara! Ternyata cogankata  “pencapaian diutamakan” bukanlah suatu yang sia-sia di mana mungkin  ‘judi halal’ ini adalah salah satu pencapaian terbesar yang bakal diraih  Malaysia yang tidak pernah di lakukan oleh negara-negara umat Islam  lainnya. 
Bagi mereka yang sudah lama menyelami politik tanahair, judi halal yang diumumkan kerajaan ini, walaupun memeranjatkan tetapi bukanlah suatu yang baru. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen. ‘Judi berlesen’ telah lama dihalalkan di Malaysia. Siapa tidak tahu kasino Genting, kasino Bukit Tinggi, Magnum, Tanjung, Metroplex, Resort World Berjaya Group dan banyak lagi?

Kesemua ini merupakan syarikat besar judi yang  beroperasi secara ‘sah’ di Malaysia. Di samping musim orang gila bola  ini, kini ada satu lagi kegilaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk  digilai iaitu gila judi. Segalanya dah jadi gila! Sungguh dangkal dan  menjijikkan alasan yang diberi oleh seorang menteri, membenarkan judi  hanya kerana khuatir jika tidak dibenarkan, judi tidak dapat dibendung.  Kemudian ditambah dengan alasan haram lainnya iaitu keuntungan darinya  dapat digunakan untuk pembangunan sukan. 
Dengan  alasan yang sama, agaknya Pak Menteri akan menghalalkan perzinaan dan  pelacuran jika perzinaan dan pelacuran sudah tidak dapat dibendung. Pak  Menteri juga mungkin akan menghalalkan arak dan dadah yang sememangnya  sudah tidak dapat dibendung lagi selama ini. Begitu juga dengan mencuri,  merompak, merempit, buang bayi, membunuh, murtad dan sebagainya, semua  ini boleh dihalalkan jika khuatir sudah tidak dapat dibendung lagi! Alasan apakah ini!? 
Inilah pemikiran yang ada dalam kepala  pemimpin-pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Mereka adalah dari  jenis makhluk yang tidak pernah memerhatikan hukum Allah dalam membuat  keputusan. Kepala mereka dipenuhi najis pemikiran Kapitalis yang hanya  tahu berfikir untuk mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan, tanpa  mengambil kira aspek halal-haram. 
Menghalalkan Yang Haram Kerana Maslahat Dan Hukumnya
Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [TMQ al-Ma’idah (5):90].
 
Dari perkembangan terbaru ini, nampaknya Menteri Malaysia begitu berani melawan ayat-ayat Allah dengan menghalalkan apa yang Allah telah haramkan. Mereka betul-betul telah menjadikan syaitan sebagai kawan dan mendustakan ayat Allah dengan perbuatan terkutuk mereka ini. Firman Allah, “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” [TMQ an-Nahl (16):116].
 
Apakah pemimpin Malaysia begitu bodoh hingga tidak memahami ayat-ayat Allah yang qat’ie? Atau mereka tidak peduli dengan semua itu kerana merasakan merekalah pembuat undang-undang yang lebih hebat dari Allah? Nampaknya pemikiran bathil ini telah menyatu dan mendarah daging di dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Al-Quran.

Mereka telah  menjadikan akal dan hawa nafsu mereka sebagai ‘penimbang’ untuk menilai  mana yang manfaat dan mana yang mudarat, lalu mengeluarkan hukum  mengikut manfaat yang mereka fikirkan. Inilah cara berfikir mereka,  apabila manfaat suatu perbuatan jauh lebih besar dari mudaratnya, maka  perbuatan itu mesti dikerjakan. 
Dan jika mudaratnya lebih besar dari manfaatnya, maka  menurut akal mereka, perbuatan itu mesti ditinggalkan. Inilah apa yang  mereka lakukan dan kita sedang menyaksikannya. Walaupun begitu jelas  bahawa maslahat yang mereka fikirkan itu berlawanan dengan hukum syarak,  namun hukum syarak mereka tinggalkan dan ‘hukum maslahat’ mereka ambil  sebagai ganti. 
Mereka  sesungguhnya telah memposisikan diri mereka sebagai Musyarri’ (Pembuat  Hukum) kerana telah menghalalkan yang haram mengikut sesuka mereka  berdasarkan akal dan hawa nafsu mereka. Sedangkan satu-satunya Musyarri’  (Pembuat Hukum) adalah Allah Azza Wa Jalla. Oh! Alangkah beraninya mereka! 
Antara aspek terpenting ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah). Ini tidak terbatas kepada kita yang berada di Malaysia sahaja, bahkan juga kepada seluruh negara kaum Muslimin lainnya. Firman Allah Azza Wa Jalla,
“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) dalam ayat ini, sepertimana juga dalam surah yang sama ayat 45 dan 47, mencakup siapa sahaja yang memiliki autoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu hukum (undang-undang) serta menerapkannya, baik sebagai ketua negara atau menteri-menterinya atau orang-orang yang diberi kuasa oleh mereka (untuk membuat hukum). Setiap orang yang memiliki autoriti untuk menerap dan memutuskan hukum, maka mereka termasuk dalam pengertian “yahkum” dalam ayat tersebut atau ayat-ayat lainnya.

Oleh itu, siapa sahaja yang menerap dan memutuskan  suatu urusan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah, maka dia  secara nyatanya telah berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh  Allah, baik kerana dia sengaja atau kerana kejahilan sekalipun. Juga,  tidak kiralah apa alasan sekalipun yang diberikannya, atau dengan tiada  apa-apa alasan sekalipun, pokoknya dia telah berhukum dengan hukum  selain yang Allah turunkan. 
Apabila  orang yang berhukum dengan selain dari apa yang Allah turunkan  melakukannya dengan rasa puas, redha dan tanpa rasa bersalah serta  membenarkan apa yang dilakukannya, maka dia telah jelas kafir dan telah  keluar dari Islam, berdasarkan ayat ini. 
Sebagai contoh, keharaman riba jelas qat’ie, sebab sumber dan maknanya adalah qat’ie sehingga tidak ada penafsiran lain lagi. Bila ada seorang penguasa yang membuat undang-undang yang membolehkan riba, maka dia sesungguhnya telah mengambil selain syariat Allah serta menerapkan hukum selain dari yang diturunkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang jelas telah diharamkan oleh Allah.

Bila dia mengakui bahawa dialah yang telah membuat  undang-undang itu serta menerapkannya, malah mewujudkan organisasi,  lembaga atau badan untuk mempertahankan keharaman tersebut, maka dia  jelas-jelas telah berhukum dengan selain hukum Allah bahkan mengukuhkan  lagi kekufuran. Masalah ini bukanlah masalah ijtihadi, akan tetapi  masalah yang secara langsung diambil dari ayat Allah, 
“barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”.
Tidak ada penafsiran lain lagi bagi ayat ini kecuali teramat jelas bahawa siapa yang berhukum dengan selain dari apa Allah turunkan, dengan puas, redha, mempertahankan dan tidak merasa bersalah dengannya, maka dia adalah termasuk orang-orang yang kafir!
Fakta yang sama status hukumnya dengan penghalalan riba adalah penghalalan judi, arak, zina, murtad dan seumpamanya. Dalam hal ini memang terdapat perbezaan antara orang yang melakukan riba atau judi tetapi dia meyakini bahawa riba atau judi itu haram, dengan, orang yang melakukan riba atau judi, namun dia meyakini bahawa riba atau judi itu halal.

Orang  yang pertama hanya dinilai sebagai melakukan maksiat, tetapi orang yang  kedua dikategorikan sebagai kafir. Sebab orang yang pertama masih  mengakui hukum syarak meskipun amalannya menyeleweng, sehingga dia  dihukum sebagai pelaku maksiat. Sedangkan orang yang kedua, kerana dia  telah mengengkari hukum syarak yang qat’ie yang termasuk dalam kategori  ma’lum minaddin bi dharurah (hal agama yang jelas hukumnya), maka dia  telah menjadi kafir! 
Bagi mana-mana penguasa yang masih benar i’tiqad  (keyakinannya) terhadap hukum syarak namun dalam masa yang sama  mengamalkan hukum kufur, mereka mungkin terhindar dari kekafiran, tetapi  mereka sama sekali tidak terlepas dari kezaliman dan kefasikan kerana  berhukum dengan selain dari yang Allah turunkan. 
Seorang Muslim yang sejati, baik penguasa mahupun rakyat, tidak akan mungkin meninggalkan syariat Allah atau redha dengan hukum kufur yang diterapkan. Jika dia merasa puas dan redha dengannya, maka dia bukanlah lagi muslim yang sejati. Firman Allah, “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan” [TMQ an-Nisa’ (4):65].
Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kalian anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kalian kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam! Dalam hal ini Allah SWT mengingatkan kita dalam kitabNya,
“Mereka telah menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan begitu pula dengan Al-Masih (Isa) bin Maryam (telah dituhankan pula), padahal mereka tidak diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan” [TMQ at-Taubah (9):31].
Ketika Rasulullah ditanya bagaimana mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan rahib dan pendita mereka sebagai Tuhan, baginda menjawab “Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka mentaatinya”.
Inilah yang dimaksudkan dengan menyembah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini di mana terdapat di kalangan penguasa kita yang jelas-jelas telah mengambil sikap seumpama rahib dan pendita Yahudi dan Nasrani yang dibenci dan dimurkai Allah. Penguasa umat Islam hari ini telah dengan jelas menghalalkan apa yang Allah haramkan!

Mereka begitu berani membuat hukum tersebut tanpa  sedikitpun merasa bersalah dengannya! Apakah kalian masih tetap mahu  mentaati mereka dan membiarkan orang-orang seperti ini memimpin kalian?  Sekiranya kalian mentaati mereka, maka sesungguhnya kalian telah  menjadikan mereka Tuhan-Tuhan selain Allah. Dan sesungguhnya ini adalah  suatu perbuatan yang jelas-jelas mensyirikkan Allah! Na’uzubillah min  zalik. Kita diharamkan untuk mentaati penguasa sebegini, sebaliknya  wajib meluruskan mereka. Rasulullah SAW bersabda,  “Barangsiapa di antara kalian yang  melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika  tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah  dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah  selemah-lemahnya iman.” [HR  Muslim].  
 
Dalam riwayat lain disebut,
“dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Sesungguhnya para penguasa itulah yang merupakan punca kepada segala kemungkaran yang ada pada hari ini. Sistem mereka adalah mungkar, undang-undang mereka adalah mungkar, tingkah laku mereka juga penuh kemungkaran. Jika kalian lemah sekalipun untuk menegur dengan tangan atau lisan, kalian sekali-kali tidak boleh lemah untuk menegur dengan hati. Sesiapa sahaja yang tidak membenci tindakan penguasa seperti itu, maka sesungguhnya dia telah berdosa sebagaimana penguasa tersebut. Sabda Rasulullah SAW,
“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa...” [HR Muslim].
Kita hendaklah mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa sedaya upaya kita kerana Rasulullah SAW bersabda,
“Bila aku memerintahkan dengan suatu perintah, maka tunaikanlah perintah itu sekuasa-kuasa kalian” [HR Mutafaq Alaih].
Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan atau kelalaian kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
 
Justeru, cegahlah kemungkaran penguasa ini dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan syarak, baik dengan perbuatan, lisan mahupun penulisan agar kita semua terhindar dari dosa dan azab.
Khatimah
Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kalian dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan.

Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan  kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan  Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah Daulah Islam yang akan  menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang dengannya segala  kemungkaran dapat dijungkirbalikkan dan digantikan dengan kebaikan dan  kemuliaan. 
Sesungguhnya  pemerintahan ini wajib berada di tangan seorang Khalifah yang beriman  dan bertakwa yang akan menerapkan hukum menurut apa yang Allah turunkan.  Dan Khalifah ini tidak akan terwujud kecuali kita semua berusaha  mewujudkannya dengan jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat yang  kita kasihi.
 
0 ulasan:
Catat Ulasan