
KUALA  LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan  besar-besaran bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi  bolasepak Piala Dunia bermula awal bulan depan.
Satu memorandum  kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut  yang dijangka diadakan pada 3 Julai nanti.
Ketua Pemuda PAS  Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di  masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.
"Pada himpunan  tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak  kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan,"  katanya kepada media selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat  petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak,  kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi  bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri  Vincent Tan.
Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu,  satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21  Mei ini di masjid negeri masing-masing.
Ianya akan disusuli  dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi  tujuan sama.
"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun,  kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada  mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti  agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya  lagi.
Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan  pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi  memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.
"Sepanjang  Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi  judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat  dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.
sumber
Rabu, 19 Mei 2010
Himpunan Besar Bantah Lesen Judi
di
6:00 PTG
·
      
Label: SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan