Isnin, 10 Mei 2010

PPK Sibu: PAS jelaskan persepsi negatif Islam cara Umno/BN

·



SIBU, 10 Mei - Kempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu yang masuk hari ketiga hari ini memperlihatkan jentera PAS terus memainkan peranan aktif menjelaskan segala persepsi negatif terhadap Islam yang ditanam Umno BN.

Semua saluran yang ada diguna sebaiknya termasuk ziarah rumah ke rumah yang dilihat paling berkesan mencapai matlamat itu.


Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata selain ziarah, PAS juga membuat edaran risalah, kuliah selepas solat, ceramah dan jamuan bagi bertemu masyarakat setempat.


"Pemuda PAS termasuk ahli-ahli parlimen kita, mengikut jadual yang diatur oleh DAP.


"Kita tumpu kepada memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam di sini berhubung Islam dan perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.


Mengulas kempen pihak lawan Firdaus berkata, Umno BN masih mengekalkan teknik kempen cara lama iaitu menanam sikap perkauman kepada masyarakat.


Poster dan billboard BN katanya sering membawa mesej provokasi perkauman.


"Walaupun Umno BN guna cara macam tu, tapi saya rasa orang di sini sudah faham politik.


"Kehadiran PAS saya lihat seperti ditunggu-tunggu, dan mereka layan kita seperti sudah bersedia membuat perubahan," katanya lagi.


Mengulas penerimaan rakyat kepada kedua dua calon, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat penilaian, namun meletakkan aras 50-50 untuk Pakatan Rakyat menang pada PRK itu.


Sehingga kini lebih 700 jentera PAS dari semenanjung telah berkampung di sana sejak sebelum penamaan calon lagi.


Dan dijangka PAS kan menghatar lebih ramai jentera mereka bagi membantu calon kempen DAP.


Pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Ahad depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew; calon DAP, Richard Wong Ho Leng; dan calon Bebas, Narawi Haron.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails