Khamis, 3 Februari 2011
Himpunan Solidariti Ummah Jumaat Ini.
Label: INFO
Ahad, 24 Oktober 2010
GERAK GEMPUR HISBAH MANSURAH
Mansurah, 20 Oktober 2010:Bersamaan hari Rabu unit Hisbah Mansurah dengan kerjasama Unit Hisbah pusat telah mengadakan satu operasi gerak gempur hisbah dikawasan Tir'ah.Operasi ini melibatkan ajk unit hisbah mansurah,ust Majdi bin Zakaria selaku ketua unit hisbah PMRAM dan beberapa orang wakil dari peringkat pusat.Seramai 70 orang ikhwah yang terlibat manakala akhwat seramai 50 orang,lebih membanggakan lagi apabila wakil dari Shoubra,Damanhur,Zaqaziq,Bakan Melaka dan Dumyat turut membantu dalam operasi tersebut.Antara kes-kes yang telah dijumpai ialah kes couple,pelajar akhwat yang keluar tanpa musyrif dan terdapat juga pelajar akhwat yang tidak menutup aurat.Untuk operasi gerak gempur ini kami telah membahagikan kepada beberapa kumpulan dan kawasan untuk memudahkan gerak kerja.Tindakan yang telah kami ambil ialah dengan menegur dan menasihati,mengedarkan risalah dan menghantar semula bagi akhwat yang keluar tanpa musyrif.Sebagai mahasiswa Islam,kita hendaklah menyedari akan tanggungjawab kita dalam menjalankan amar mar'ruf nahi munkar.janganlah kita hanya mendabik dada dengan gelaran azhari sedangkan gejala maksiat trus bemaharajalela dan yang lebih menyedihkan wujud di kalangan kita yang memandang enteng akan tanggungjawab ini.Jutaan terima kasih atas penglibatan semua pihak samada cawangan dan pusat,semoga kita tidak jemu dan mengeluh dalam mendaulatkan syariat Allah.
(Muhammad Fadhil B.Hasanuddin)
KETUA HISBAH MANSURAH
Label: INFO
Isnin, 28 Jun 2010
Selasa, 15 Jun 2010
Himpunan Prihatin Huffaz
Pada tanggal 11 Jun 2010(Jumaat) bersamaan 28 Jamadilakhir 1431H, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran (PERKEMAT DQ) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar Darul Quran(HEP) dan pentadbiran DQ telah melangsungkan sebuah perhimpunan pelajar yang lebih dikenali sebagai Himpunan Prihatin Huffaz. Perhimpunan yang berlangsung di perkarangan masjid Darul Quran disertai hampir 1000 orang pelajar baik dikalangan lelaki mahupun perempuan. Turut bersama dalam perhimpunan tersebut ialah pegawai,pensyarah dan staf Darul Quran sendiri sebagai pemantau untuk melihat kemeriahan sambutan pelajar mengenai isu Palestin yang kian hangat diperkatakan baik di dada-dada akhbar , corong radio, media massa dan juga elektronik.
Para Hafizah turut menentang kekejaman Israel
Selain itu, perhimpunan yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dikalangan huffaz agar lebih cakna dengan isu dunia telah dicetuskan oleh pihak PERKEMAT DQ di bawah jawatankuasa pelaksana Isu Palestin yang telah ditubuhkan pada 7 Mei yang lalu. Perhimpunan yang julung kalinya diadakan di Darul Quran selepas usainya Solat Sunat Hajat Perdana telah diatur secara ringkas oleh pihak persatuan. Namun atas semangat untuk menanam roh jihad dalam mengecam tindakan ganas Israel Laknatullah ke atas misi bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, pihak persatuan berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu seiring dengan gagasan yang diperkenalkan oleh PERKEMAT DQ iaitu memacu perubahan.
Dalam usaha melahirkan generasi Al-Quran yang unik dan multiskill dalam pelbagai bidang, pihak persatuan tidak lain berhasrat untuk mengubah persepsi masyarakat yang sering menyalahkan huffaz terutama berkenaan isu semasa yang rata-ratanya menuding jari ke atas golongan huffaz itu sendiri. Mengapakah perkara ini berlaku? Sewajarnya, sebagai huffaz kita harus membuka mata lantas memandang ke hadapan melihat dunia yang kini berkembang pantas tanpa sempadan. Dunia kini telah menyaksikan kecanggihan teknologi yang mampu menyebar maklumat dengan begitu pantas. Tanpa kecaknaan terhadap isu global yang sering menjadi perhatian dunia, mana mungkin kita mampu bangkit berhadapan masyarakat dalam keadaan mentaliti kelas ketiga. “Be a world class leader with world class mentality”. Seuntai kata dari barat yang memaksa kita berfikir luar dari jangkaun kotak pemikiran ( thinking out of the box) dan bersedia menyahut cabaran dunia dalam mendepani arus global yang mendatang.
Walaupun persiapan yang diatur secara ringkas dan padat namun telah menghasilkan suatu gerak kerja yang berkualiti.
Pelbagai cadangan telah dipertimbangkan sebelumnya dalam usaha meneruskan himpunan prihatin huffaz ini memandangkan pertama kalinya berlaku di Darul Quran. Setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah Darul Quran, Ustaz Che Ibrahim Bin Che Man dan pihak HEP DQ satu kata putus telah pun dicapai diperingkat persatuan untuk meneruskan himpunan tersebut. Realiti yang telah berlaku benar-benar mengejutkan kami dengan sambutan hangat yang disemarakkan lagi oleh siswa siwi Darul Quran, bagaikan mujahid muda melaungkan kata-kata keramat bagi menyanggah kekejaman yahudi laknatullah. Skuad Sinar Harian yang turut bersama menghadirkan diri bagi merakam gmbaran peristiwa yang berlaku jelas melakar memori yang bakal terpahat dalam setiap hati pelajar Darul Quran yang sudah tentunya berhimpunan atas dasar keimanan mengecam keganasan.
Keadaan suasana yang agak mendung telah menghasilkan tiupan hawa dingin semulajadi yang menyegarkan di sebalik keindahan Tasik Darul Quran yang sering menjadi tumpuan pengunjung dan pelajar sendiri. Keredupan yang merendangi wajah-wajah mujahid muda ini memberi kekuatan semulajadi bagi menyahut seruan takbir yang dilaungkan oleh wakil- wakil pelajar dan pensyarah yang menyampaikan pidato ringkas mereka petang itu. Antaranya ialah pengerusi semester 3 (IRSYAD) akh Ahmad Fahmi Bin Mokhtar, pengerusi semester 5 (ITQAN) akh As’ad Bin Mohamad Sarif dan wakil siswa ijazah yang diwakili oleh akh Zulkifli. Lontaran hujah dan kata-kata yang penuh bersemangat dihujamkan ke atas tentera Yahudi Laknatullah dan nasihat serta pedoman berguna kepad para huffaz yang lebih sinonim dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah dalam menegakkan konsep amar ma’ruf dan nahi munkar.
Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz DQ juga tidak ketinggalan dengan menghantar wakil yang terdiri daripada figure-figure hebat dalam persatuan iaitu akh Mohd Hasyir Ifwat Bin Mohd Rafi selaku Timbalan Yang Di-Pertua(TYDP) dan akh Marwan Bukhari Bin Ab.Hamid sebagai Exco Lajnah Dakwah dan Tabiyyah(LADAR) . Kedua-duanya kelihatan bersemangat menyampaikan bilahan kata yang melonjakkan semangat para huffaz dalam mengecam tindakan kejam dan ganas Israel. Malahan laungan takbir yang bersahutan nada menembah seri keperwiraan yang tergambar pada riak wajah para pelajar tatkala itu.
Majlis yang dipengerusikan oleh akh Muhamad Azizul Hakim Bin Mohd Zain selaku Exco Riadhah dan Rekreasi(LARIDASI) kemudiannya telah menjemput kepada wakil daripada kalangan pensyarah untuk berucap. Maka tampillah seorang ustaz yang tidak asing lagi bagi kita sebagai pelajar Darul Quran iaitu Ustaz Shahrulkarnain Bin Mohd Nazir. Bekas pegawai disiplin yang pernah berkhidmat di bahagaian Hal Ehwal Pelajar DQ ini telah menyampaikan sebuah nasihat dan peringatan yang cukup bermakna kepada seluruh golongan huffaz. Menurut beliau, para huffaz pada hari ini perlu lebih cakna dengan isu semasa lantas berada bersama dalam usaha menyahut seruan dunia bagi mengutuk kekejaman tentera Israel. Katanya lagi, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada realitinya, telah melahirkan sebuah negara Israel yang mengancam seluruh penduduk dunia dengan tindakan yang tidak bertamadun seperti yang berlaku pada konvoi ke Gaza baru-baru ini. Beliau turut mencabar para hufffaz agar sama-sama berganding bahu menentang kekejaman tentera Zionis dengan mengecam tindakan tersebut lalu berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan hidayah dalam menempuh masa depan yang mencabar.
Himpunan yang merakam detik bermakna dan bersejarah di sebuah Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran yang berlokasi di Kuala Kubu Bharu ini menutup tirainya dengan laungan doa wehdah oleh seorang pelajar persijilan semester 1 (IQRAC) .Segunung kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T di atas kesempatan yang telah diberikan kepada PERKEMAT DQ untuk menganjurkan himpunan prihatin Palestin sebagai tanda menyuarakan ketidak puasan hati kita terhadap kekejaman Isreal laknatullah yang sukar dibendung kala ini. Moga di Mahkamah Ilahi kelak, kita mampu terlepas daripada persoalan yang bakal merantai kita di Jahannam disebabkan ketidak caknaan kita pada saudara seagama yang menderita menangisi kehilangan yang tersayang. Selautan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Pengarah Darul Quran, pihak HEP DQ, pihak pentadbiran khususnya para pelajar Darul Quran yang dikasihi atas pantauan dan kesudian melapangkan masa bagi bersama-sama menyertai perhimpunan ini. Jazakumullahukhairan jaza’.
Selagi nyawa menunjangi jasad, selagi kudrat mengampuh tenaga, nescaya para huffaz hari ini akan terus bangkit menentang kezaliman dan penindasan Isreal yang bermaharajalela berbekalkan semangat jihad yang tinggi dalam mengejar cita dan cinta yang masih belum dikota, jihad fi sabilillah.
Label: INFO
Rabu, 9 Jun 2010
Kembara Tarbawi bersama Tuan Guru Presiden
Alhamdulillah, setelah tertangguh program tarbiyyah anjuran Lujnah Tarbiyyah PAS negeri Terengganu akhirnya diperkenankan Allah Swt. Buat pertama kali Program XPDC Tarbawi 4WD dari Rusila ke Blok 6 Cerul, Air Puteh – Kemaman berjalan lanjcar. Ucapan setinggi-tinggi terimakasih kepada Tuan Guru Presiden yang sudi meluangkan masa bersama XPDC ini.
Program dibawah Unit Tarbiyyah Khas yang diketuai Ust Hazri dibawah Luj Tarbiyyah Negeri ini berperanan untuk membawa keluar agenda tarbiyyah kepada semua lapisan masyarakat. Selama kini ramai beranggapan bahawa PAS ini sekadar parti Tok Guru. Pas hanya layak diikuti oleh orang baik-baik. Hakikat sebenarnya PAS adalah untuk semua bahkan kehadiran Islam sebagai penyelamat adalah untuk kesejahteraan seluruh ummah manusia. Tetapi amat malang kekadang masih ramai yang tidak merasai nikmat dan keindahan Islam ini. Itulah sebabnya Pas berharap untuk mengadakan program-program seperti ini agar menyentuh semua pihak. Semua lapisan masyarakat.
Program yang melibatkan kenderaan 4X4 yang pelbagai latarbelakang peserta dari semua 8 daerah di seluruh negeri Terengganu. Walaupun permintaan yang amat menggalakkan tetapi memandangkan keadaan tempat Blok 6 di Sungai Cerul itu tidak mengizinkan kita membuka untuk semua bahkan untuk permulaan hanya terhad kepada 51 buah sahaja dengan penyertaan maksima 4 orang setiap buah kenderaan.
Kalau pemuda adanya ARC untuk motosikal, tetapi Lujnah Tarbiyyah merangka program kembara yang melibatkan semua tahap umur. Dengan matlamat untuk mengerakkan segenap ruang dakwah dan tarbiyyah kesemua sasaran. Kalau Pas disarankan untuk ditubuhkan di Bandar, pekan, desa, kampong dan taman-taman sekarang kita mula bergerak hatta ke jalan-jalan raya bahkan hutan belantara. Hasrat juga untuk mengukuhkan tali silaturrahim sesama penggiat harakah Islamiyyah dan dalam masa yang sama memanfaatkan xtvt kembara dan ziarah sambil melakukan khidmat sosial dan bersama masyarakat. Disamping tanpa melupakan ingatan firman Allah Swt dalam ayat-ayat memerintah berjalan dan bermusafir :-
Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi (kebangkitan semula). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Ankabuut: 20)
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Surah al-Naml: 69
Semua peserta dibekalkan panduan bermusafir serta adab-adabnya sebagai panduan kepada semua. Kita juga mengharapkan selepas ini akan diwujudkan setiap kawasan dan daerah dengan kelab 4WD masing-masing dan bergabung dibawah satu payung diperingkat negeri dengan penyeliaan Lujnah Tarbiyyah. Diharapkan ia akan berkembang dengan pelbagai xtvt melibatkan daerah, negeri ke negeri bahkan ke luar Negara InsyaAllah.
Program bermula dengan semua peserta berhimpun seawal jam 8.30pagi diMasjid Rusila dan mengikuti Kuliah Pagi Jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden.
Konvoi dijalan raya ini mengambil masa lebih dua jam melintasi bandar Dungun, Paka dengan menggunakan laluan utama. Dengan kibaran bendera disetiap kenderaan pacuan 4 roda ini, kami mendapat sokongan orang-ramai yang memberi lambaian tanda sokongan kepada Pas. bahkan sepanjang perjalanan bunyian hon dan kerlipan lampu dikalangan pengguna jalan-raya berterusan sehingga bandar Kemaman. Semoga Pas sentiasa dihati orang ramai.
Selesai Jumaat, para pemuda yang diketuai DPPKK telah melakukan demo tunjuk rasa menentang dan membantah tindakan tentera Yahudi yang membunuh peserta konvoi serta merampas barangan derma kemanusiaan Gaza di baru-baru ini.
http://www.tranungkite.net
Label: INFO