Presiden Amerika Syarikat Barack Obama  menjelaskan lebih daripada apa yang mungkin diniatkan apabila berjenaka  tentang serangan dron kepada Jonas Brothers.
Obama memperluaskan  serangan dron dengan mensasarkan Taliban dan al-Qaeda semua  peringkat, tidak termasuk hanya pemimpin-pemimpin, yang bermaksud  pembunuhan yang lebih berleluasa dengan mangsa yang lebih ramai,  termasuk orang awam yang boleh didakwa ahli kumpulan militan. 
Serangan  dron terus meningkat, dengan dua serangan terbaharu dalam tempoh 48 jam  di Waziristan Utara, Pakistan.
Menurut  laporan media, antara enam hingga 10 orang terbunuh dalam serangan  melibatkan jumlah misil yang banyak, dilaporkan antara 11 hingga 18  butir, dan melibatkan hingga lima buah pesawat dron. 
Sebelum itu, Ahad lalu, 10 terbunuh dalam  serangan di sekitar kawasan yang sama. Berdasarkan kadar jumlah serangan  setakat ini pada bulan Mei - sebanyak 35 serangan setakat ini - jumlah  serangan boleh mengatasi jumlah tahun lepas sebanyak 53.
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan