"
Kenyataan Media 
17 Mei 2010
Dewan Pemuda PAS  Negeri Perak (DPPN Pk) membantah tindakan Datuk Hamidah Osman  menggunakan sambutan Hari Guru untuk berpolitik di sekolah yang  sepatutnya tidak berlaku. Dengan membawa perutusan Hari Guru daripada  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi tujuan memasuki sekolah adalah  amat bertentangan dan tidak sepatutnya berlaku.
Bagi DPPN Pk, Umno sudah mula mengheret  guru-guru dan pelajar-pelajar untuk berpolitik kepartian. Jika perkara  ini telah di izinkan oleh kerajaan, bermakna semua parti politik  sepatutnya di izinkan bagi tujuan yang sama. Umno yang selama ini  menuduh PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bertindak tidak demokratik, tetapi  sebenarnya merekalah yang tidak demokratik di dalam perkara ini.
Datuk  Hamidah yang seolah-olah sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan di  lihat cuba untuk mengheret siapa sahaja untuk memberikan sokongan  kepadanya. Datuk Hamidah juga akan menentang siapa sahaja yang tidak  sehaluan dengannya dan bertindak tidak profesionalisme serta mencampuri  urusan pegawai-pegawai yang berkaitan.
DPPN Pk mendesak agar  Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Perak menghalang usaha Datuk  Hamidah tersebut. DPPN Pk juga meminta penjelasan JPN Perak di dalam  perkara ini. Sikap yang sedemikian amat melampau dan tidak wajar di  biarkan begitu sahaja. Datuk Hamidah seolah-olah sekarang ini sudah  gilakan kuasa dengan tindakan tersebut yang akan merosakkan nama baik  pendidikan Negara.
SALMAN HAJI SALEH
Naib  Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
" 
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan