".jpg) Pilihanraya kecil Sibu baru  saja selesai semalam yang menyaksikan calon PR menang dengan menewaskan  calon BN. Ternyata keputusan PRK ini merupakan satu pukulan KO buat BN  kerana selama lebih 50 tahun Sarawak merupakan kubu kuat BN. Ternyata  pada PRK Sibu ini menunjukkan bahawa rakyat di Sibu berani membuat  perubahan. Syabas & tahniah diucapkan.
Pilihanraya kecil Sibu baru  saja selesai semalam yang menyaksikan calon PR menang dengan menewaskan  calon BN. Ternyata keputusan PRK ini merupakan satu pukulan KO buat BN  kerana selama lebih 50 tahun Sarawak merupakan kubu kuat BN. Ternyata  pada PRK Sibu ini menunjukkan bahawa rakyat di Sibu berani membuat  perubahan. Syabas & tahniah diucapkan.
Sekali lagi kaum cina menunjukkan  kepada kita bahawa mereka sememangnya satu kaum yang bijak berpolitik.  Tidak keterlaluan jika saya samakan seperti orang melayu di Kelantan.  Mereka terima segala bantuan yang diberikan oleh BN sepanjang kempen  tetapi undi mereka bukan pada BN. Ini merupakan satu pengajaran buat  orang melayu.
Bayangkan di Sibu, selama lebih 50 tahun BN berkuasa,  masih ada kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas. Ketika kempen  berjalan, hampir kesemua menteri kabinet 'turun padang'. Mereka sendiri  terkejut dengan keadaan itu. Justeru, rakyat Sibu khususnya kaum Cina  sememangnya bijak dengan memberi pukulan KO kepada BN.
Natijah dari keputusan ini, saya  yakin & percaya selepas ini kerajaan pasti akan cuba sedaya-upaya  memenuhi segala permintaan daripada kaum cina untuk memenangi hati  mereka kembali. Kesudahannya yang gigit jari tetap orang melayu kerana  BN 101% yakin bahawa orang melayu dibuat macamana sekalipun, pasti undi  BN. Lihat saja di Hulu Selangor baru-baru ini. Peneroka felda sungai  buaya menunggu duit pampasan lebih kurang 16 tahun. Tiba-tiba bila ada  saja PRK, boleh pula bayaran pampasan itu dibuat. Bukan ke pelik  namanya. Tetapi apakan daya, majoriti orang melayu di sana masih belum  sedar dengan mainan BN ini. 
Sedarlah wahai orang melayu. Selagi mana kita terus  beri undi kepada BN secara membabi-buta, selagi itulah kita akan terus  diperbodohkan seperti peneroka felda sungai buaya contohnya. Kalaulah  orang melayu cerdik sikit..macam orang cina. 
sumber
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan