Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyelar  tindakan Kerajaan Malaysia yang telah meluluskan lesen perjudian sempena  Bola Sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan  bulan depan.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian  Kewangan telah melulus serta mengeluarkan lesen judi tersebut dan secara  rasminya telah meng’anugerah’kan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.  Perkara ini amat dikesali kerana memandangkan sebelum ini banyak  bantahan telah dibuat namun kerajaan seolah-olah sengaja mengambil sikap  tidak peduli serta memandang lekeh pandangan yang telah dikeluarkan  oleh bukan sahaja daripada golongan rakyat biasa malah turut disumbang  oleh ahli agama. 
DPPP amat kesal dengan sikap  yang ditunjukkan oleh kerajaan yang sebelum ini kononnya menjuarai isu  arak dan moral ketika berkempen di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil  P094 yang lalu. Dimanakah pendirian mereka yang sebelum ini begitu  galak berdemonstrasi memperjuangkan kalimah ‘ALLAH’. Jelas Kerajaan  Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN hanya menggunakan agama demi untuk  kepentingan politik dan kononya mahu mendaulatkan Islam di Malaysia ini  hanyalah sekadar retorik semata-mata.
Oleh itu, DPPP mendesak  agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen  yang di keluarkan. DPPP juga menggesa supaya kerajaan lebih prihatin  dengan umat Islam di Malaysia dengan membuat penyelidikan sebelum  meluluskan sesuatu lesen.
Disediakan oleh
 UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan