Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. ![]() Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. “Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu. Berikut ialah resolusi penuh. Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu. Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk: Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya. Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah. ![]() Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah. Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul. Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu. Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. |
Ahad, 24 Oktober 2010
Realisasi agenda PAS ganti Umno
Label: perjuangan
Ahad, 9 Mei 2010
Perbezaan PAS dan UMNO
|
Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS. Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara. Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain. Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini. Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya. Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain. Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini. Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam. Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam? Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya. Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka. Dato’ Haji Harun Bin Taib |
Label: perjuangan
Sekitar Penamaa Calon di Sibu..hidup Pakatan Rakyat!








Barisan Polis yang turut menyertai rombongan Pakatan Rakyat. Terima kasih polis kerana memberi sokongan dan menjaga keselamatan kami.

Ayuh kita berikan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat untuk perubahan di Malaysia.
http://pasbintulu.blogspot.com/2010/05/sekitar-penamaa-calon-di-sibuhidup.html
Label: perjuangan
Malaysia lebih baik di bawah Pakatan
KOTA BHARU, 9 Mei: Pemuda PAS digesa memberi tumpuan kepada pembentukan pemikiran politik Malaysia iaitu menyedarkan masyarakat khususnya golongan belia, bahawa Malaysia akan lebih baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemuda PAS di semua peringkat perlu mengambil peluang yang sedang terbuka luas pada hari ini, dikala Umno BN sedang berdepan penolakan rakyat. "Ini yang harus diberikan keyakinan kepada masyarakat. "Kita harus menghapuskan terus khurafat yang berakar umbi lebih daripada 50 tahun iaitu ‘khurafat’ yang berada dalam pemikiran masyarakat Islam khususnya di kalangan pengundi-pengundi bahawa seolah-olah mereka menganggap tanpa Umno-BN, negara kita ini akan mundur dan akan menjadi huru-hara," katanya. ![]() Beliau berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan Kali Ke-51 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan dekat sini kelmarin. Mengakui ianya satu tugas yang sukar, Mahfuz berkata seluruh tenaga pemuda perlu dikerahkan semaksima mungkin lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka 2011 nanti. Pemuda PAS juga perlu mempersiapkan diri khususnya dengan kemahiran-kemahiran terkini selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dunia. Ianya bagi memastikan golongan sasaran iaitu anak-anak muda dapat didekati sebaik mungkin menerusi kaedah yang tepat. "Inilah yang harus dilihat oleh golongan muda yang harus memahami persoalan politik anak-anak muda, persoalan keperluan anak-anak muda serta memahami gaya hidup mereka. "Dan saya yakin bahawa ia memerlukan kepada kemampuan dan keupayaan untuk memberikan satu keyakinan yang tinggi kepada masyarakat dan rakyat khususnya generasi muda di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Tambahnya lagi, pemuda PAS juga bukan sekadar berdepan Umno BN, malah sedang berdepan strategi pihak asing yang dilantik kerajaan seperti Apco Worldwide. "Umno-BN tidak terus membiarkan dirinya lemah, cuba mencari ubat dan tempat kebergantungan bagi mempastikan kelangsungan kuasa politiknya, tambahnya. Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Subki Yusoff, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan Mohd Zaki Ibrahim (Timbalan Speaker Negeri Kelantan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran). Hadir sama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Abdul Latiff Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah (Adun Pasir Tumboh) dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Abdul Fattah Mahmood (Adun Bukit Panau). http://www.harakahdaily.net |
Label: perjuangan
Jumaat, 7 Mei 2010
Ulama tegur dan minta Harakah beri perhatian

| |
Label: perjuangan
Selasa, 4 Mei 2010
KHAS UNTUK MU MUJAHID DAN MUJAHIDAH
Disini saya ingin mengajak kepada kita semua supaya BANGKIT DAN MELAWAN KEMUNGKARAN!
apakah kita ingin melihat ummat ini hancur dan rosak tanpa sebarang usha yang WAJIB KITA LAKUKAN BERSAMA?
BANGKITLAH WAHAI MUJAHID DAN MUJAHIDAH KERANA SYURGA SEDANG MENUNGGU KITA..
TERUSKAN PERJUANGAN,JANGAN DILIHAT SEBARANG CABARAN YG MENDATANG SEBAGAI SUATU KESUSAHAN TAPI ANGGAPLAH SEBAGAI UJIAN UNTUK MEMATANGKAN PERJUANGAN INI.
JANGAN KITA BERLENGAH LAGI,RIBATKAN TANGAN-TANGAN KITA DALAM MENGHARUNGI DURI-DURI DAN MEHNAH PERJUANGAN.
KITA MENYEBUT UNTUK BERJUANG,TAPI APAKAH WADAH PERJUANGAN KITA?
TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH ..
PMRAM
SAMADA KITA PMRAM CAWANGAN MUHAFAZAH ATAU NEGERI,
JANGAN KITA BIARKAN BP DAN HEWI KITA BERJUANG TANPA BANTUAN DARI KITA.
SESUNGGUHNYA KITA TELAH SAMA BERIKRAR DAN BERANJI AKAN MEMPERTAHANKAN PMRAM DAN MENDESAK PIHAK BERWAJIB SAMADA JPMK DAN KBMK...
DAN MEMPERKASAKAN UINT HISBAH..
KALAU ITU JANJI KITA ....
SAMA-SAMA KITA BUKTIKAN!!!!.
Label: perjuangan
Hina Islam : Saya Cabar Kafir Bangga Debat

2. Akaun ini boleh diakses pada : http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100001026529844&v=wall&ref=search
3. Saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak pernah menghalang kebebasan bersuara terutama melalui laman sosial terbuka seperti facebook dan lainnya . Tetapi mereka sekali - kali tidak berhak untuk menggunakan peluang dan kesempatan itu untuk menghina peribadi dan agama lain .
4. Perbuatan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " kini terlalu biadab dan kurang ajar memperlekeh agama dan nabi Muhammad saw.
5. Entah apa dendamnya terhadap Islam saya tidak pasti tetapi menghina dan mempersenda agama Islam dengan berselindung disebalik nick name memang suatu yang sangat dikesalkan malah tidak keterlaluan saya tegaskan disini bahawa pemilik akaun ini seorang yang sangat naif dan dayus .
6. Jika rasa tidak puas hati terhadap Islam , kenapa tidak memilih jalan untuk berhujjah andai beliau rasa benar dengan segala dakwaan tersebut . Sila tampilkan diri dan kita berhujjah kerana kebenaran Islam tertegak dengan hujjah . Saya sedia tampil berdepan dengan pemilik akaun facebook " Kafir bangga " demi mempertahankan kesucian agama Islam . Andai saya kalah dan tewas hujjah , insyaallah di belakang saya puluhan , ratusan malah ribuan lagi cerdik pandai Islam yang akan bangun menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh beliau .
7. Apa yang penting ialah berhujjah dengan ilmiah bukan dengan emosi , kata keji dan hina yang kemudiannya bersembunyi di sebalik nick name yang tidak diketahui wajah sebenarnya .
8. Sekiranya Kafir Bangga masih berasa bangga dengan penghinaan yang dilakukan terhadap Islam dan enggan untuk tampil menyahut cabaran saya untuk berhujjah , saya mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab seperti JAKIM dan Kabinet mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun laman sosial yang maksudkan ini .
9. Antara pihak yang mesti segera mengambil tindakan ialah Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia agar mengesan pemilik akaun celaka seperti ini untuk diambil tindakan terhadap pemegang atau pemilik akaunnya untuk diseret ke muka pengadilan justeru penghinaan adalah sebahagian dari kesalahan yang tidak boleh di maafkan begitu sahaja .

10. Malaysia mestilah lahir dan tumbuh sebagai sebuah negara yang harmoni dan masyarakatnya saling hormat menghormati sekalipun berbeda agama dan cara berfikir . Menghina dan mempersenda adalah satu kedurjanaan yang tidak sepatutnya berlaku lantaran negara kita masih kaya dengan kaedah untuk mengatasi kekeliruan dan salah faham yang wujud antara satu sama lain . Hanya manusia yang hilang aqal dan rosak jiwanya suka mengambil langkah gila dan tidak matang seperti ini .
Label: perjuangan
Ahad, 2 Mei 2010
Nik Aziz tak layan kenyataan ugutan bunuh
KOTA BARU, 2 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan yang menyentuh isu peribadinya termasuk ugutan membunuh dilaporkan dalam laman sosial Facebook.
Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella.
Ketika ditanya pemberita Nik Aziz (gambar) hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.
“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-''Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap Nik Aziz itu.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur. — Bernama
Ulasan GB
Alhamdulillah. Sikap TGNA terpuji. GB telah dari awal menyatakan itu semua kerja budak-budak. Tak payah di;ayan lebih baik.
Yang cuba ugut itu pun sebenarnya tak kenal TGNA. Mereka kenal TGNA hanya dari cerita-cerita dari media massa arus perdana.
Termasuklah kumpulan itu, kumpulan blogger UMNO yang bukan mengkritik, tapi menghina TGNA, siap dengan gambar-gambar lucah yang direka-reka untuk menjatuhkan maruah TGNA.
Namun maruah TGNA tidak jatuh lantarannya. Semakin hebat pula bantuan Allah kepadanya.
http://greenboc.blogspot.com
Label: perjuangan
Jumaat, 30 April 2010
Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..
Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.
Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.
“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.
Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.
Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.
Melalui INFO DPPSA-http://infodppsa.blogspot.com
ulasan penulis-lihatlah betapa dangkal dan ceteknya pemikiran pemuda Umno,adakah satu tindakan yang bijak dengan mengugut bunuh untuk menakutkan pemimpin dan pendokong PAS.
Ini adalah satu hasutan dan ugutan yang serius dan wajib bagi pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut terhadap suspek.
JANGAN DIBIARKAN KES-KES INI BERLELUASA,PAS WAJIB AMBIL TINDAKAN MEMBUAT LAPORAN POLIS.
BAGAIMANA RESPON ANDA?ANDA KASIHKAN ULAMA'ATAU ARTIS?
FIKIR-FIKIRKAN.....
Label: perjuangan
Khamis, 29 April 2010
PAS Hina Sultan atau Umno Yang Maki Sultan?
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu “PAS hina Sultan Kedah” hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?
2.Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?
Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi Umno yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.
Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan. Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
* Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.
Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.
Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Label: perjuangan
KEWAJIPAN RAKYAT- Ingat darah, air mata rakyat Palestin
Saya memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.
"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.
"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin,"
Ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.
Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.
"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk,"
Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
Label: perjuangan
Mahasiswa Kecam Tindakan Polis Bunuh Aminulrasyid
27 April: Kesalahan Bush membunuh umat Islam memang tidak dapat dimaafkan. Kejahatan Ariel Sharon menyembelih umat Islam sangat menyayat hati.
Namun apakah yang lebih kejam apabila seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh Polis Raja di Malaysia (PDRM) atas kesalahan yang belum pasti lagi?
Begitulah nasib malang yang menimpa adik Aminulrasyid yang mati ditembak pada awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.
ibu aminul Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dikandung selama 9 bulan itu akhirnya menemui ajal dalam keadaan sedemikian.
Tambah memeritkan ia bukan dilakukan oleh penjenayah, ia dilakukan oleh anggota polis! Pasti hancur hati ibu tersebut.
Mahasiswa berasa sangat kesal bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku. Jika perkara sebegini boleh berlaku, masih berkreadibilitikah polis Malaysia ini?
Mahasiswa tidak akan berdiam diri dalam hal ini. Mahasiswa menuntut kes ini diadili dengan telus.
fadzil jamal “Kami menuntut supaya kes ini diadili sewajarnya. Kes ini melibatkan nyawa dan keadilan. Jika kes ini tidak diadili sewajarnya, pasti negara luar akan memandang serong terhadap keselamatan Malaysia seterusnya menjejaskan status Malaysia dipersada dunia” kata Mohd Fadzil, timbalan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN).
shazni munirManakala Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), melalui pengerusinya, saudara Shazni Munir mengatakan Mahasiswa akan turun bersama rakyat Malaysia menuntut keadilan jika kes ini tidak diadili sewajarnya.
“Kita meminta kes ini diadili dengan telus dan adil. Jika tidak, kami (mahasiswa) akan turun bersama rakyat Malaysia bagi menuntut keadilan kematian adik Aminulrasyid” tegas beliau.
Beliau juga mempersoalkan sejauh mana kuasa polis dalam undang-undang.
“Adakah polis boleh menembak sesiapa sahaja yang mereka suka? Tidakkah undang-undang dicipta untuk melindungi. Bukan untuk diguna sesuka hati oleh pihak-pihak tertentu” katanya lagi.-mahasiswakini
Label: perjuangan
Sabtu, 27 Mac 2010
JANGAN BERMAIN DENGAN API FITNAH
salam ukhwah buat semua teman2 seperjuangan,
tujuan ana disini adalah untuk menegaskan tentang prinsip perjuangan kita,tentang soal taat,wala' dan thiqah..
pimpinan pusat pas masih lagi dalam proses perbincangan dalam soal pemilihan pimpinan majlis syura,tapi mengapa ada di kalangan kita yang sibuk 'berkokok'..
sedarlah wahai para pejuang,
Dengan jari jemari kita yang menaip di blog akan ditanya di akhirat kelak,
apa guna ada blog kalau untuk sebar fitnah??
apa guna ilmu yang tersemat didada sekiranya hanya umtuk berbangga??
apa guna kita berjuang kalau intima' kita bersifat intima' syakhsi(individu)???
sedarlah perjuangan ini tidak akan tamat sebagaimana ia bermula....adakah kita yang memulakan perjuangan ini?? sekiranya kita futur atau gugur dalam perjuangan nescaya Allah akan menggantikan kaum yang lebih baik dari kita..
ingin ku tegaskan sekali,soal taat dan soal thiqah bukanlah isu mainan yang boleh kita sesuka hati mempertikaikan dan mengata di belakang...
أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة فإن تأمر عليكم عبد
Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah seorang hamba abdi .
( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Surah An Nisa’ . Ayat : 65
sedarlah wahai mujahid sekalian,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk saling menegur dan menunaikan kewajipan amar makruf nahi munkar.. persoalan taat dan thiqah pada arahan pimpinan ini samada kita suka atau benci,wajib kita patuhi...
kita mohon keampunan dari Allah tergolong dari golongan munafik..
kerana hanya golongan munafik dan kuffar sahaja yang suka melihat kejatuhan Islam!!
secara khulasohnya,
jangan kita bermaian dengan api fitnah,kerana dalam hadis mengatakan sesungguhnya fitnah tidur atau diam,justeru jangan kita yang membangkitkan api fitnah itu!!
Label: perjuangan