Jumaat, 14/05/2010 – Seorang ahli biro politik bagi  Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS), Izzat al-Risyq  menyifatkan sidang  kemuncak tiga pemimpin yang menghimpunkan dua presiden, iaitu presiden  Syiria Basyar al-Asad dan Presiden Rusia Dmitry Medvedev, dan Ketua Biro  Politik HAMAS Khaled Meshaal di Damsyik, sebagai satu pertemuan   bersejarah dan membuktikan kepada dunia tentang kegagalan pilihan untuk  membanteras Gerakan HAMAS dan menghapuskannya dari medan Politik  Palestin, Arab dan di peringkat antarabangsa.
Al-Risyq menjelaskan dalam laporan kepada “al-Quds Press” yang  diterbitkan pada hari Rabu (12-5) bahawa pertemuan tiga pemimpin  tersebut adalah penting, memandangkan pertemuan seperti ini (belum  pernah diadakan lagi sebelum ini) dan merupakan pertemuan kali pertama  (buat pemimpin tersebut),beliau berkata “ kami dalam Gerakan HAMAS  menganggapkan pertemuan tiga penjuru ini sebagai pertemuan paling  bersejarah dan merupakan pertemuan yang sangat penting. Ini adalah kali  pertama pertemuan antara Medvedev dan Meshaal, walaupun kami telah  berkunjung ke Rusia sebanyak 3 kali, dan sidang kemuncak ini menegaskan  bahawa HAMAS merupakan sebuah gerakan utama dalam memainkan peranan   penting mengadili konflik yang timbul dan menegaskan tentang kegagalan  dasar politik  Amerika  dan kegagalan syarat-syarat Jawatankuasa Kuartet  yang bermatlamat untuk menghapuskan Gerakan HAMAS, serta menegaskan  bahawa sesiapa yang tidak mengetahui tentang peranan gerakan HAMAS akan  membuat kesimpulan bahawa dasar politiknya adalah gagal.
Beliau menambah lagi “sidang kemuncak ini memberi  peluang untuk  mengukuhkan hubungan antara HAMAS dan Rusia  dan menegaskan bahawa Rusia  tertarik dalam mengembangkan dan meningkatkan peranan mereka di Timur  Tengah, dan kami di HAMAS menguatkan peranan Rusia ini dan mengajak  untuk mengembangkan peranan tersebut, kerana kita memerlukan kesimbangan  dalam hubungan dan kami percaya bahawa sidang kemuncak ini belum pernah  terjadi  sebelum ini dengan kekuatan gerakan-gerakan pembebasan dalam  masyarakat yang terdiri dari negara Syiria dan juga gerakan HAMAS  (sendiri), dan sudah pastinya sidang kemuncak seperti ini akan dapat  membina hubungan serta persaudaraan, dan dapat merealisasikan segala  resolusi dan cadangan di peringkat Antarabangsa dan mengukuhkan hubungan  ini untuk memberi khidmat kepada permasalahan Palestin dan permasalahan  bangsa arab”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
Jumaat, 14 Mei 2010
Al-Risyq: Pertemuan (tiga pemimpin) Mengesahkan Kegagalan Pilihan Untuk Menghapuskan Gerakan “Hamas”
di
2:49 PTG
·
      
Label: ISU PALESTIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan