|  | 
| Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan  masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina,  bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat  pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang  dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain,  bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan  rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.    Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat  pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi  aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau  kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua  kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi  Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan  individu, masyarakat dan Negara. Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah  syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat,  menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti  nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara  mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO  yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH  didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan  lain-lain.  Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang  dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak  terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah,  penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi  kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik  berlaku dinegara ini. Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan  kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja”  yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO  membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan  budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi  penyiarannya. Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang  tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh  UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’.  Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH,  menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran  Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara?  Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh  yang lain. Kalau  hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika  Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di  German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak  mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin  dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin  UMNO diMalaysia ini.  Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk  menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak  dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri  Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini  (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan  menegakkan syiar Islam. Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri  Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari  Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang  Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam? Saya ingin membuat contoh  yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan  jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada  arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang  memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah  ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH  memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO  menolaknya. Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin  iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka  dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat  dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah  didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS  Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka. Dato’ Haji Harun Bin Taib | 
 



 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan