Jumaat, 14 Mei 2010

IPT MALAYSIA SEMAKIN 'HEBAT' ?

·



Oleh kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. Pentadbir IPT khasnya IPTA bukannya sibuk untuk menaikkan imej dan kualiti IPT masing-masing tetapi sibuk 'berpolitik' dengan student dan kakitangan mereka. Semua gerak geri mereka dipantau sehingga kadang-kadang menjejaskan tanggungjawan hakiki mereka.

Media melaporkan bahawa Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails