 Kalau ditakdirkan  Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut  beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia  bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan  sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan  zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.
Kalau ditakdirkan  Abu Jahal dan Firaun hidup semula di Malaysia nescaya dia pun terkejut  beruk. Zaman sekarang canggih lagi pada zaman mereka. Yelahh... Malaysia  bolehlah katakan. Sebab zaman jahiliyyah mereka membunuh anak perempuan  sahaja dan zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki sahaja. Sedangkan  zaman kini mereka tak peduli lelaki ke perempuan.
Mereka bunuh  dengan pelbagai cara. Ada yang dihanyutkan ke sungai, dibakar, disumbat  ke dalam lubang tandas, dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat  pembuangan sampah. Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod  kejam itu akan berakhir. Dan episode terkini di Melaka baru-baru ini  mereka mewarisi kerja zaman jahiliyyah dengan membunuh anak dengan  menanam hidup-hidup bayi yang baru dilahirkan ke dalam tanah. 
Disebut didalam al-Quran betapa kejinya kelakuan  Firaun apabila mereka membunuh anak-anak lelaki rakyatnya dikalangan  Bani Israel. Ia difirmankan:- 
إِذْ  أَنْجَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ  وَيُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُمْ  بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ
Ketika dia menyelamatkan kamu  dari (Fir'aun dan) pengikut-pengikutnya, mereka menyiksa kamu dengan  siksa yang pedih, mereka menyembelih anak-anak laki-lakimu, membiarkan  hidup anak-anak perempuanmu; dan pada yang demikian itu ada cobaan yang  besar dari Tuhanmu". (Surah Ibrahim: 6) 
Firasat  dari ahli nujum bahawa akan lahir dari kalangan Bani Israel seorang  anak lelaki yang menentang dan bakal menghancurkan kekuasaan Firaun.  Beliau lantas mengambil tindakan untuk membunuh semua bayi lelaki dari  kalangan Bani Israel tetapi membiarkan anak perempuan mereka hidup. 
Begitu juga di zaman era jahiliyyah sebelum  kebangkitan Rasulullah Saw. Mereka membunuh anak-anak perempuan mereka.  Firman Allah Swt:- 
وَلَا  تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ  وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا . وَلَا تَقْرَبُوا  الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
31. Dan  janganlah kamu membunuh anak-anakmu Karena takut kemiskinan. kamilah  yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya  membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. 32. Dan janganlah kamu  mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.  dan suatu jalan yang buruk. 
Menjadi  amalan jahiliah apabila mereka membunuh anak-anak perempuan mereka dan  mereka berbangga dengan anak lelaki mereka. Kedatangan Islam  menghapuskan amalan jahiliyyah ini yang amat keji. Bagi mereka anak  perempuan akan menyusahkan mereka untuk member makan dan minum. Status  mereka hanya sekadar pemuas syahwat dan kilang kepada melahirkan anak.  Perempuan tidak mampu berperang bahkan menjadi tawanan yang memerlukan  tebusan. Semua ini mendorong mereka merasa malu untuk memiliki anak  perempuan bahkan mereka memilih untuk membunuh anak perempuan mereka  hidup-hidup.
وَإِذَا  الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ . بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ
8. Dan  apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya. 9. Kerana  dosa apakah dia dibunuh, 
Memanglah  ibu-bapa yang membunuh itu berdosa dan salah. Tetapi dalam konteks  bernegara Kerajaan UMNO-BN menanggung kesalahan 90% kerana merekalah  bapa kepada rakyat keseluruhannya. Dan kesalahan UMNO-BN kerana  meninggalkan ajaran Islam daripada dilaksanakan di Malaysia. Mereka  mengamalkan dasar sekularisme dan inilah bala serta hasil yang  ditimpakan kepada rakyat Malaysia. Dan inilah hasrat penjajah selepas  memerdekakan Tanah Melayu melebihi separuh abad yang lalu. Menggunakan  pakai dasar nasionalisme dan meninggalkan ajaran Islam yang sudah sedia  terpakai sebelum kedatangan penjajah. Kegagalan kerajaan dalam menjaga 5  perkara dharuri iaitu Agama, Aqal, Zuriat, Harta & Nyawa.  Kelima-lima perkara itu hanya akan terpelihara dengan menegakkan hukum  Allah diatas mukabumi ini.
Bagaimana kalau pemimpin yang bersekongkol  dengan APCO Yahudi, menghalalkan judi, penaja kepada kehidupan bebas,  hiburan yang berleluasa, mengabaikan pendidikan Islam hendak kita  amanahkan dan diharap untuk melaksanakan hukum Islam. Ish jauh panggang  dari api. Akibatnya ia bukan penyelesai masalah tetapi pimpinan negara  inilah sebenarnya pembawa dan punca masalah. 
Lihatlah  angka berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan  tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.  Bagaimana yang belum dilahirkan tahun1999 dan sebelumnya? Pada 2007  sahaja ia mencatatkan seramai 16,100 orang anak luar nikah didaftarkan  di JPN dikalangan orang Melayu manakala pada 2008 seramai 16,541 orang  dan pada tahun 2009 jumlah tersebut makin meningkat seramai 17,303 anak  luar nikah atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara iaitu  purata 47 orang sehari. Siapa mereka ini. Inilah anak-anak 1 malaysia. 
Ia bukan sekadar masalah tetapi sudah menjadi bala.  Inilah akibat yang disabdakan oleh Rasulullah Saw yang diriwayatkan  oleh Abu Dawuud:- 
عَنْ مَيْمُونَةَ  زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ : سَمِعْتُ  رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ  أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَإِذَا فَشَا  فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا فَيُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ  بِعِقَابٍ
Maksudnya: Daripada Maimunah Radhiallahu anha,  Isteri Rasulullah Saw berkata: “ Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda:  Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas  anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di  kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan  azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Haditis riwayat Ahmad, baik  sanadnya). 
Hari ini bala bukan setakat  meluasnya zina dan bunuh anak tetapi semua aspek. Keruntuhan sosial,  kebejatan ekonomi, kadar jenayah yang semakin meningkat. Sedangkan  penyelesaian Islam sudah ada. Untuk mencegah anak zina kita mesti  menutup setiap pintu zina dan maksiat. Kaedah usul-fiqh قاعدة سد  الذرائع telah menyebut agar menutup segala lubang-lubang yang  boleh membawa kepada penzinaan.
Realitinya pencegahan yang dilakukan sekarang hanya  sekadar solekan semata-mata. Tidak menyelesaikan ke akar umbi penyakit.  Bab member pil tahan sakit sahaja. Sama seperti melapkan air yang tumpah  tetapi paip yang bocor tidak dibaiki. Para ulama dan pendakwah  disalahkan jika berlaku penyakit social tetapi mereka tidak boleh  menutup punca sebenar segala permasalahan. Kerana kuncinya dipegang oleh  para pemerintah. 
الزَّانِيَةُ  وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا  تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ  تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا  طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَPerempuan yang berzina dan  lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari  keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh  perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama  Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan  hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh  sekumpulan dari orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Nur : 2]
Rabu, 19 Mei 2010
Anak 1 Malaysia. Teruk pada Abu Jahal. Lebih Teruk pada Firaun
di
5:49 PTG
·
      
Inilah kanak-kanak yang bakal  mengheret ibu-bapa mereka ke dalam neraka sebagaimana firman Allah Swt  dalam surah at-Takwir ayat: 8-9 :- 
 Bermula dari pendidikan sejak awal, Pentarbiyyahan  diperingkat institusi kekeluargaan, Mewujudkan bi’ah dan persekitaran  yang Islami disemua lapisan serta pengukuhan pendidikan Islam dan  suasana yang terkawal serta berakhlak islam dan terakhir adalah  pengukuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat Islam. 
Ketika Rasulullah saw berada di Mekah, diera jahiliyyah  didapati keadaan seperti ini wujud. Kekuasaan yang berada ditangan  bangsawan Quraish yang tidak Islam tidak memberi apa-apa kemudahan dan  pertolongan bahkan penguasaan amalan jahiliyyah yang parah dipaksakan  diatas penduduk. Inilah yang membawa Rasulullah Saw berpindah ke Madinah  dan membentuk Negara Islam serta mewujudkan infra dan pembinaan umat  Islam disetiap sudut meskipun Madinah ketika itu berbilang agama dan  berbilang bangsa. Sehinggalah ke peringkat perlaksanaan undang-undang  sebagaimana firman Allah Swt:-
I’Allah inilah yang  menjadi matlamat perjuangan kita dalam menyelesaikan secara total  permasalahan masyarakat yang ada sekarang. 
Label: AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan