KUALA LUMPUR, 19  Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar)  amat mengharapkan agar kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu akan menjadi  pemangkin yang akan merubah lanskap politik tanah air ke arah perubahan  yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat di negara ini.    
 Sehubungan  itu, beliau bagi pihak PAS merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat di  Parlimen Sibu, Sarawak yang telah melakukan perubahan dengan memilih  Ahli Parlimen baru Pakatan Rakyat dari Democratic Action Party (DAP)  dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada 16 Mei 2010 lalu.
Sehubungan  itu, beliau bagi pihak PAS merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat di  Parlimen Sibu, Sarawak yang telah melakukan perubahan dengan memilih  Ahli Parlimen baru Pakatan Rakyat dari Democratic Action Party (DAP)  dalam Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu pada 16 Mei 2010 lalu.“Perubahan ini menandakan  bahawa rakyat Sibu telah berjaya mengekang politik projek dan rasuah  yang ditabur oleh parti lawan dalam pilihan raya berkenaan,” ujarnya  yang juga Ahli Parlimen Marang.
Katanya, kemenangan itu juga  menunjukkan keberanian suara rakyat yang mempunyai harga diri dan tidak  mampu digugat oleh janji serta ugutan dari jentera BN yang terus menerus  berselindung di sebalik jentera kerajaan.
Menurutnya, serangan  bertalu-talu tanpa henti oleh kepimpinan kerajaan BN, ditambah pula  dengan wujudnya keraguan dalam undian pos telah juga berjaya dihadapi  oleh seluruh jentera pilihan raya dari Pakatan Rakyat dengan cemerlang.
“Sehubungan dengan kemenangan  ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para  petugas PAS yang datang dari seluruh pelosok negara, rakan-rakan dari  PKR dan DAP yang telah mempermudahkan petugas dari PAS dan dalam masa  yang sama telah menunjukkan semangat kerjasama yang tulen sehingga  menyumbang kepada kemenangan ini,” ujarnya lagi
 


 
 
 
 





 
2 ulasan:
insyAllah..nusrah daripada Allah akan diberikan kepada PAS dan pakatan rakyat
kepada mereka yang masih belum masuk ke gelanggang pejuangan...ayuh,maralah ke medan perjuanagn..jangan kita hanya sibuk dengan hal peribadi sahaja..
Catat Ulasan