Memaparkan catatan dengan label KENYATAAN MEDIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KENYATAAN MEDIA. Papar semua catatan

Ahad, 24 Oktober 2010

Pakatan Rakyat Perak Mengutuk Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Saw

· 0 ulasan

Oleh YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Berhubung dengan satu penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu dan ia dirasmikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, merupakan penganjur Festival tersebut. Pakatan Rakyat Perak mengecam tindakan mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. Dengan ini saya mewakili pihak Pakatan Rakyat Perak suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Pakatan Rakyat Perak Membantah Sekeras-kerasnya penghinaan tersebut kerana Rasulullah merupakan manusia yang termulia di sisi Allah SWT yang merupakan Penghulu bagi seluruh Rasul utusan Allah SWT dan ia jelas termaktub di dalam Al-Quran surah Al-Ahzab :
“لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا"”
"Sesungguhnya, bagi kamu pada diri rasulullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan allah dan balasan baik hari akhirat serta dia pula banyak menyebut dan mengingati".
2. Seluruh rakyat diseru supaya menghukum kerajaan BN dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN pada PRU 13, pimpinan tertinggi BN iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia membiarkan Isteri beliau melakukan penghinaan tersebut sedangkan ia jelas telah menghina Nabi Muhammad saw dan tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan, reaksi Dato’ Seri Najib Tun Razak seolah-olah meredhakan perbuatan isterinya menghina Rasulullah saw.
3. Pakatan Rakyat Perak menggesa umat Islam bangun menyertai perhimpunan di lokaliti masing-masing bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Kenyataan Media, 22 Oktober 2010



YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat, PERAK. 

Ahad, 27 Jun 2010

PAS tidak gentar walaupun beribu orang Agama masuk Umno

· 0 ulasan






KENYATAAN MEDIA
PAS TIDAK GENTAR WALAUPUN BERIBU ORANG AGAMA MASUK UMNO

Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak gentar dengan kemasukan 40 orang yang berlatar belakang agama menyertai Umno. Kalau beribu-ribu menyertai umno pun PAS tidak takut. Lebih-lebih lagi mereka yang menyerah borang semalam adalah mereka yang tidak diketahui langsung daripada mana kedudukan mereka di tengah-tengah masyarakat. Saya cuba hubungi rakan di Fakulti Islam UKM untuk bertanya seorang yang masuk menyertai Umno itu pensyarah Fakulti Islam, rakan saya beritahu, beliau pun tidak kenal. Jikalau beliau yang menjadi pensyarah senior di Fakulti Islam UKM pun tidak kenal, macam mana pula Pak Mat di Dabong Gua Musang dan Mak Minah di Hulu Tembeling Pahang hendak kenal.


Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar umno. Siapa sahaja yang memimpin umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul. PAS yakin mereka yang berlatar belakang dalam Umno tidak kemana akhirnya. Mereka hanya akan menjadi kupang tembaga, digunakan ketika hendak melawan hujah PAS, itu pun bukan secara berdepan. Mereka hanya berani bercakap ketika seorang diri tanpa di pihak lawan. Beberapa kali Pas ajak berdebat sampai hari ini tidak pernah disahut.

PAS yakin bahawa umno bukan tempat untuk orang agama berjuang. Sekadar menyebut beberapa nama dalam Umno yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dan pengaruh yang lebih hebat daripada 40 orang yang baru menyerah borang menyertai Umno. Mana pergi nama-nama seperti Dr Hamid Osman (bekas Prof Madya UKM BA Azhar, Phd UK) , Dr Abdullah Mohd Zin (Bekas Prof Universiti Sains Islam Malaysia USIM, BA, Madinah, Phd UK), Dr Yusuf Nor (bekas Prof Madya UKM, Phd Mesir), Brg Jeneral Hamid Zainal Abidin, Dr Ismail Mat (UKM), Ustaz Nakhaei Haji Ahmad di persada politik Umno.

PAS merasa hairan ketika kapal Umno hendak tenggelam dan penyakit barah umno sudah sampai kepada peringkat keempat untuk ditalqin, tiba-tiba ada mereka yang berlatar belakang umno bersama-sama dengan umno untuk karam sama. Sewaktu anak-anak muda yang memakai subang sebelah dan wanita yang tidak bertudung bersama gerakan untuk menukar kerajaan BN kepada kerajaaan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka yang belajar agama boleh bersetongkol dengan Umno. Parti yang rapuh, penuh dengan sarat rasuah, moral yang rendah, mengkhianat wang rakyat dan pembaziran, mengambil APCO yahudi sebagai penasihat, hak milik negara digadai kepada Singapura dan Brunai. PAS yang berpegang kepada dasar Islam, ulama yang muttaqin menjadi rujukan akan terus mara ke hadapan untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada kehancuran.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Selasa, 15 Jun 2010

PAS haramkan semua bentuk perjudian

· 0 ulasan

KENYATAAN MEDIA
PAS HARAMKAN SEMUA BENTUK PERJUDIAN, MAHATHIR
DAN UMNO JANGAN PREJUDIS PADA CINA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.


Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.


Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.


PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.


Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.


Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.


Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.


Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Rabu, 9 Jun 2010

PAS mahu Kerajaan tambah 12 Ketetapan lagi berhubung Usul kutuk Israel

· 0 ulasan





KENYATAAN MEDIA
PAS MAHU KERAJAAN TAMBAH 12 KETETAPAN LAGI BERHUBUNG
USUL KUTUK ISRAEL

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan dengan itu, PAS mahu Kerajaan menambah 11 ketetapan berikut agar selari dengan kehendak rakyat:


1. Mengiatkan kempen anti Israel dab boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel diseluruh negara dengan mengunakan semua media dan organisasi Kerajaan.

2. Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

3. Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada dinegara ini.

4. Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason dinegara ini.

5. Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas  Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

6. Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

7. Malaysia wajib mengesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestine-Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang berlayar ke Palestine dari serangan tentera Israel.

8. Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

9. Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

10. Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara ASEAN, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan Israel.

11. Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestine dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestine di rantau ASEAN.

12. Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestine yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program Kerajaan-kerajaan dunia.


PAS mahu Kerajaan menunjukan sikap yang serius terhadap Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk ditangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan. Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk dibawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestine.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Related Posts with Thumbnails