 Saiful Bukhari Azlan (foto) si "mangsa liwat" Datuk Seri Anwar  Ibrahim hari ini seolah-olah dimakan dek "sumpah laknat" yang dilakukannya sehari menjelang Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil  Permatang Pauh dulu. Beliau seolah-olah menjadi panik ketika  berada di mahkamah, tambahan pula apabila diasak bertalu-talu oleh  peguambela handalan Anwar iaitu Karpal  Singh. Bermula dengan cerita sensasi kononnya dia tidak mandi  junub selepas diliwat Anwar dan sanggup tidak solat kononnya berada  dalam keadaan darurat. Kini rupanya banyak lagi kenyataan beliau yang  telah memerangkap dirinya. Antaranya Saiful mengaku telah bertemu dengan  PM Najib Razak pada 24 Jun 2008 iaitu beberapa hari  sebelum beliau membuat pengakuan dirinya diliwat Anwar. Persoalannya  sekarang, apakah yang dibuat oleh Saiful hingga Najib sanggup menerima  kehadiran beliau secara peribadi. Sebelum ini Najib ada mengakui Saiful  berjumpanya untuk memohon biasiswa. Apakah benar itu yang dipohon oleh  Saiful?. Jika benar, biasiswa apa yang dipohon oleh Saiful sebenarnya,  apakah JPA, MARA, FELDA, PETRONAS  atau sebagainya?. Maknanya Saiful perlu kemukakan bukti yang dia memang  memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya. Soalnya sekarang, bila  masa pula dan ke IPT mana pula Saiful melanjutkan pelajarannya itu?.  Perkara inilah yang amat meragukan kita.

 Apa yang lebih menarik dalam prosiding hari ini, Dr.Osman Pusrawi  (foto)  ada mendedahkan bahawa Saiful tergamak memasukkan benda  keras berupa objek seperti plastik ke dalam duburnya, bagi membuktikan  kononnya beliau diliwat. Dalam hal ini Saiful yang tersentak dengan  kenyataan itu, tiba-tiba menempelak hal ini dengan mengatakan Dr.Osman  berbohong. Soalnya sekarang, jika  Dr.Osman berbohong kenapa laporannya begitu lengkap dan terperinci  semasa memeriksa Saiful. Apakah kita boleh menerima kenyataan  mulut Saiful daripada laporan yang lengkap seperti itu. Makanya,  siapakah yang berbohong dalam hal ini. Saiful juga mengesahkan telah  bertemu dengan pegawai polis yang bernama Rodwan Yusoff sebelum membuat laporan polis dia diliwat.  Rodwan kini  baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka yang baru.  Saiful  mengatakan Dr.Osman Pusrawi berbohong,  sebaliknya menjawab "No Komen" bila  diajukan persoalan tentang tiada bukti kemasukan atau luka tanda  diliwat seperti dalam laporan perubatan oleh tiga doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Sementara itu diakhir prosiding hari ini, Peguambela Anwar Karpal Singh  mahu kemukakan "kenyataan  beramaran" Saiful kepada pihak polis kerana amat jelas Saiful  Bukhari cuba berbohong dalam mahkamah. Hakim  Zabidin Mohd Diah  kemudiannya membenarkan permohonan tersebut dan akhirnya mahkamah  terpaksa ditangguh hingga ke pagi esok.

[Apapun, sama-sama kita nantikan prosiding seterusnya  kes liwat II ini esok. Apakah Saiful berani untuk berhadapan dengan  Karpal Singh lagi, sedangkan beliau telah bersumpah untuk tidak  berbohong di dalam mahkamah. Jika inilah keadaan perbicaraan yang sedang  kita saksikan maka adalah lebih elok Saiful didakwa atas kesalahan  menghina mahkamah. Kenyataan yang berbelit-belit dan gagal mengawal  keadaan dengan baik jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya telah  dipaksa untuk melakukan demikian. Amatlah malang sama sekali jika  perbicaraan diteruskan kerana ia akan menambahkan lagi aib kepada anak  muda itu. Bahkan sudah pasti lebih banyak nama pemimpin akan dikaitkan  dengan kes itu nanti. Maka akhirnya sumpah laknat Saiful memakan dirinya  sendiri setelah lebih setahun beliau menunggu hari kebenarannya yang  dijanjikan untuknya. Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes  kontroversi ini!].
Isnin, 10 Mei 2010
Panas: Saiful Bakal Di Makan Sumpah Laknat Jika Beliau Terus Berbohong Di Dalam Mahkamah Esok
di
7:12 PTG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
0 ulasan:
Catat Ulasan