Berikut  merupakan  jawapan balas terhadap kenyataan  rasmi Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) berhubung  isu kenaikan nama mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Shoubra.
Beberapa  punca masalah  telah dilampirkan oleh pihak JPMK antaranya :
1.   Pelajar lewat sampai ke Mesir.
Buat makluman, mahasiswa/si tidak  pernah mendapat sebarang makluman daripada pihak JPMK berkenaan  ketetapan tarikh untuk tiba di Mesir.
2. Pelajar  lewat menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan iaitu pada 22  November 2009 sedangkan tarikh tutup 30 Oktober 2009.

Mahasiswa/wi tidak pernah mendapat makluman tarikh tutup penyerahan segala dokumen pada 30 Oktober 2009 daripada pihak JPMK melalui sebarang saluran. Wakil pelajar hanya dimaklumkan tentang tarikh tutup tersebut ketika pertemuan rasmi dengan Atase Akademik JPMK pada 3 Mei 2010.
3. Visa  telah tamat  tempoh dan ada sebahagian pelajar  tidak membuat visa.  Jabatan Penuntut  Malaysia Kaherah (JPMK) menerima  salinan visa yang  terakhir pada 26  Disember 2009.
Masalah  visa adalah rentetan daripada masalah yang   pertama dan mahasiswa/wi  Qiraat menghadapi masalah memperbaharuinya   untuk kali kedua .
4. Wakil  pelajar tidak mengikut prosedur yang  diberikan  oleh pegawai JPMK.  Pelajar yang menguruskan sendiri visa dan  pemeriksaan  kesihatan dapat  menyerahkan kepada JPMK sebelum 30 Oktober  2009.
Kami   menafikan pihak JPMK  mengeluarkan  sebarang prosedur bagi isu ini untuk   dipatuhi
Dalam   kenyataan  tersebut, berhubung tindakan yang diambil oleh pihak JPMK   wujud  kekeliruan fakta yang jelas:
    29  April 2010
     Idaratul Wafidin  memulangkan  semua fail pelajar kepada JPMK 
Kenyataan  ini  bercanggah dengan tulisan Atase Pendidikan  JPMK di dalam blog  rasminya  yang menyatakan:
“Untuk makluman, fail pelajar masih lagi di Idaratul Wafidin al-Azhar, hanya menunggu tandatangan dan persetujuan Syeikh al-Azhar. ”.
 Sila  rujuk blog   Rasmi Atase Pendidikan bertarikh 30 April 2010 (lihat).
Disediakan  oleh :
Mohd Zahimi bin Mohd Dzahid,
Ketua  Unit Pengetahuan dan Pendidikan,
PMRAM  cawangan Mansurah.
Md  Saifullah bin Nik Abdullah,
Ketua Unit Pengetahuan dan  Pendidikan,
PMRAM cawangan Shoubra.
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan