PAS Menegur dan Menasihati Pemerintah .
PAS berusaha keras dengan segala keringat  , harta , tenaga malah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghantar  wakilnya ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri , agar PAS boleh  bersuara melalui sistem yang ada pada hari ini guna memberi nasihat ,  tunjuk ajar , bimbingan dan teguran membina kepada kabinet dan jamaah  menteri yang memerintah negara ini di tempat dan ruang dimana undang –  undang negara digubal .
PAS juga telah menghantar ratusan  memorundum sebagai nasihat bertulis kepada pihak kerajaan dan seluruh  agensi mereka supaya melakukan pemulihan dan perubahan dalam perkara –  perkara yang perlu .
Memorundum yang  mengandungi plan bertindak sebagai cadangan dan bimbingan dari PAS untuk  menangani gejala sosial telah dihantar oleh PAS kepada pihak berwajib  seperti polis , Jabatan Agama , PLKN dan Pihak Berkuasa Tempatan .
Malah saya sendiri beberapa kali  menghantar memorundum kepada Menteri Besar , Jabatan Agama Islam ,  Majlis Agama Islam , Polis , Mufti dan lainnya dalam pelbagai isu yang  mengandungi teguran dan nasihat bertulis agar negeri dan negara tercinta  ini tidak tersasar jauh dari rahmat Ilahi .
PAS juga menghantar memorundum kepada  SUHAKAM sebagai aduan dan cadangan PAS bagaimana menangani isu Hak Asasi  Manusia dan juga Hak Kebebasan Bersuara dan Berhimpun dalam negara ini .
Tidak sahaja PAS menegur dan menasihati  kerajaan dan agensinya melalui memorundum tersebut tetapi juga PAS  mengadakan dialog dan menegur mereka dengan lunak melalui prinsip  engagement yang PAS amalkan .
Apa yang menarik , PAS tidak sahaja  mendepani kerajaan dan agensinya tetapi PAS juga tampil menegur dan  menasihati kuasa besar dunia melalui kedutaan mereka di sini melalui  rundingan dan memorundum yang kita serahkan kepada mereka .
Malah kita turut “tunjukkan perasaan”  kita , bagaimana terhiris dan terlukanya hati rakyat atau ummah ini  terhadap kekejaman dan kezaliman mereka serta penghinaan yang mereka  lakukan ke atas Islam dan penganutnya.
PAS turut bersama dalam menyertai majlis  debat , dialog dan rundingan dalam apa jua bidang yang diberi ruang  kepada PAS untuk bersuara bagi kita memberi pandangan jua nasihat dan  tentunya Islam menjadi dasar pandangan dan nasihat kita .
Pendek kata PAS konsisten untuk mendidik  dan membimbing serta menegur dan menasihati pemerintah agar mereka tidak  menyeleweng daripada tanggungjawab dan amanah mereka .
PAS tidak pernah mengambil pendekatan  ganas ( militan ) apatah lagi tindakan yang membawa kepada fitnah  perpecahan solidariti ummah . Justeru itu PAS tidak boleh dicabar  keabsahannya untuk bergerak sebagai sebuah badan yang sah , selamat dan  berwibawa dalam negara ini .
Menganggap PAS sebagai bughah bukan  sahaja tidak benar tetapi menunjukkan sikap tidak teliti dalam memahami  nas dan istilah bughah .
 
Benarkah Pemerintah  Tidak Boleh di Tegur Secara Terbuka .
Setelah diambil segala langkah yang  didedahkan tadi , kedegilan UMNO & BN melenyapkan segalanya .
Betapa terkilannya hati dan hancurnya  perasaan menyaksikan UMNO & BN bagaikan berpesta setiap kali menolak  cadangan dan nasihat dari PAS . UMNO & BN tidak sahaja menolak  cadangan dan nasihat kerana ia datang dari PAS tetapi didorong oleh  sikap anti Islam .
Sebagai contoh , kabinet kerajaan UMNO & BN pernah menolak  mentah–mentah cadangan dan draf etika berkait dengan industri hiburan  yang dikeluarkan oleh JAKIM supaya ianya menurut lunas – lunas Islam .
Fatwa mufti mengenai konsert–konsert dan  road show artis yang tentunya tidak menepati tatatertib syara’ juga  mengalami nasib yang sama. Bukan sahaja tidak diendahkan fatwa tersebut  malah konsert tersebut diperhebat dan diperbanyakkan .[3] UMNO  & BN sering menindas dan menyakiti PAS dengan pelbagai tohmahan  melalui media massa  yang mereka kuasai dan terus membohongi rakyat dan bersandiwara  disebalik sikap hipokrit mereka .
UMNO & BN turut menggunakan polis dan  FRU untuk membelasah pemimpin , ahli dan penyokong PAS yang tidak  bersenjata .
UMNO & BN juga menggunakan ISA untuk  mengurung musuh politiknya secara kejam tanpa peluang membela diri dan  menyeksa diri dan keluarga tahanan.
UMNO & BN sering  mendakwa bahawa negera ini negara demokrasi tetapi memimpin dan  mentadbirnya secara autokrasi .
Segala tekanan , penderitaan dan  kesengsaraan ini hanya dirasai oleh pejuang – pejuang Islam dan  kebanyakkan mereka adalah ahli PAS . Apa yang boleh mereka lakukan untuk  “menjawab” segala kekejaman dan kezaliman UMNO & BN ?
Allah berfirman yang bermaksud :
Diizinkan ( berperang ) bagi orang – orang  yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dizalimi dan sesungguhnya  Allah Maha kuasa menolong mereka.
(Surah al Hajj : Ayat 39)
 
Firman Allah swt. lagi :
Allah tidak suka  perkataan buruk ( yang diucapkan ) secara terbuka kecuali oleh mereka  yang dizalimi .Allah adalah Tuhan Yang Maha mendengar lagi Maha  Mengetahui.
 
0 ulasan:
Catat Ulasan