 Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini  biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan  pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan  berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful. Sesekali,  Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan  soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku,  perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci  anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan  kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas  dirinya. Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal  kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara  tertutup. Hakim Mohd  Zabidin  bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan  akan  bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd  Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa   Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30  petang pada  26 Jun 2008.  Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun   Keseksaan itu membawa hukuman penjara  sehingga 20 tahun dan sebatan.
Perbicaraan kes liwat II diteruskan hari ini  biarpun terdapat permohonan oleh Peguambela Anwar, Karpal Singh untuk mendapatkan  pernyataan laporan polis Saiful. Perbicaraan juga semakin panas dengan  berbagai soalan yang ditanyakan oleh Karpal kepada Saiful. Sesekali,  Saiful seolah-olah marahkan Karpal kerana cuba mengugutnya dengan  soalan-soalan perangkap yang dikemukakan. Apapun yang berlaku,  perbicaraan pada hari ini dihangatkan dengan isu Saiful tidak cuci  anusnya selepas diliwat Anwar dan mengaku tersilap memberi keterangan  kepada media berhubung dengan kejadian liwat yang terjadi ke atas  dirinya. Terdapat bneberapan soalan sulit yang mahu ditanya Karpal  kepada Saiful dan beliau kemudiannya memohon prosiding diadakan secara  tertutup. Hakim Mohd  Zabidin  bersetuju. Mahkamah kemudian berehat untuk makan tengahari dan  akan  bersambung semula pada 2.15 petang ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd  Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa   Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30  petang pada  26 Jun 2008.  Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun   Keseksaan itu membawa hukuman penjara  sehingga 20 tahun dan sebatan.Saiful Mengaku Tidak Cuci Anus Selepas Diliwat
Saiful mengaku bahawa dia tidak mencuci "anusnya" pada 26 Jun kerana mahu menyimpan bukti kononnya diliwat Anwar. Bagaimana pun dia mengaku mandi pada hari tersebut. Malah dia mengatakan tidak membuat laporan polis pada hari itu kerana takut akan merosakkan masa depannya.
Saiful Akui Tersilap Katakan Kali Pertama Diliwat
Saiful berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah. Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap. Selesai membaca Saiful akui dia melakukan kesilapan bila mengatakan ini kali pertama dia diliwat ketika ditanya Karpal.
Saiful Buat Laporan Polis Kerana Terima Ugutan
Saksi utama dan pengadu dalam kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenali. Justeru, petang semalam beliau tampil membuat aduan di balai polis Sentul di ibu negara petang semalam kerana "bimbangkan keselamatan diri dan dan keluarganya". Salinan laporan tersebut dimuatkan kembali dalam blog peribadinya semalam.
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan