 Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali  Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama)  semalam.
Berikut ialah Transkrip perbicaraan Fitnah Kali  Ke Dua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (soal balas hari pertama)  semalam.
Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah  Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful  Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)
Karpal  Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful  Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar,  bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja  tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh  berbahasa Inggeris?)
Yang Arif (HAKIM): Jawab dalam Bahasa  Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca  sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS:  Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan  senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya,  Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana  Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di  mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS:  Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS:  Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang  masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas  itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS:  Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang  bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak  kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS:  Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun  ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada  menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal  mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof  Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS:  Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia  (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa  Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB:  Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam,  di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada  masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan  saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa  telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah  apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum  24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB:  Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya  tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB:  Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB:  Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) beberapa  kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku  sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS:  Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya,  dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB  membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful  Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya.  Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun  2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan.  Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke  pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar  Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas  26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28  Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di  Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di  Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan  dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB:  Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada  sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS:  Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang  sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat  laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada  sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang  Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS:  Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat.  Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB:  Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum  sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya  tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan  sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB:  Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS:  Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak  mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS:  Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini  pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM:  Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh  menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa,  mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan,  kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh  tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang  baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau  saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS:  Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak  ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB:  Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL),  ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada  pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS:  Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26  Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun  pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB:  Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB:  Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan  dicamkan oleh MSB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB:  Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja?  Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB:  Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa  saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota  pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada  ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik  ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca  tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini  benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS:  Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan  tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi  kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya  tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.
KS:  Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk  memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti  pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu  sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS:  Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya,  Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan  ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak  berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS:  Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam  pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS:  Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3  hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12  malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr.  Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan  saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS:  (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal  balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan  jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila  senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY:  Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau  rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak  pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi  seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB:  Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS:  Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis.  Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa  pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious  Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor?  Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak  periksa.
KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah  kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk  dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua  'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of  injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan  sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar  untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM:  Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat  bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu  masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan  anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor  yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat  simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM:  Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM:  Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah  dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa  saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS:  Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan  "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan  klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB:  Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan  sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari  kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS:  Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali  oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada  baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa  kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya  membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan  di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam  minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112  Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan  ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan  lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia  merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM:  Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia  bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama  kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara  ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap  mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada  bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM:  Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini).  -erapakatan
Ulasan GB
Hmm baru jelas,  Saiful sendiri tak pasti dia diliwat atau tidak. Dia mengakui "mungkin"  dia diliwat, lantaran itu tak solat jumaat.
Justeru tuduhannya  menyatakan DSAI telah "meliwatnya tanpa kerelaaan" jelas satu  pembohongan. 
Percanggahan itu jelas dan nyata. DSAI perlu  dibebaskan segera dari tuduhan yang jahat dan jelek itu.
http://greenboc.blogspot.com/ 
Rabu, 12 Mei 2010
Saiful Terjerat : Tak Solat Kerana MUNGKIN Diliwat
di
2:31 PG
·
      
Label: KEBOBROKAN UMNO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan