 Tun Dr Mahathir (Tun)  menjentik isu Malaysia’s Generosity dalam blognya dengan pendekatan  sinikal dan bersahaja. Beliau menulis, “Abdullah Badawi negotiated  with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to  surrender the two blocks to Brunei”.
Tun Dr Mahathir (Tun)  menjentik isu Malaysia’s Generosity dalam blognya dengan pendekatan  sinikal dan bersahaja. Beliau menulis, “Abdullah Badawi negotiated  with the Sultan to get back Limbang in Sarawak. In return he agreed to  surrender the two blocks to Brunei”. 
Kemudian, dalam ayat yang seterusnya beliau mengutip  kenyataan Tun Abdullah (Pak Lah) dalam sebuah akhbar yang menyatakan  Brunei telah menggugurkan tuntutan Limbang ke atas Malaysia. Pak Lah  pula langsung tidak menyebut mengenai dua blok minyak tersebut. 
Asasnya, mengapa Tun cuba mengaitkan Limbang dan dua  blok minyak tersebut? Bagaimana Tun boleh menimbulkan keraguan bahawa  Pak Lah mendapatkan semula Limbang dengan menyerahkan blok minyak  tersebut kepada Brunei?
Tun sebagai  Penasihat Petronas mengambil dua laporan akhbar tempatan iaitu The Edge  dan sebuah akhbar antarabangsa, The Brunei Times sebagai rujukan  asasnya. Ketiga-tiga laporan tersebut mendedahkan mengenai sebuah  syarikat yang bertapak di Arkansas, Murphy Oil Corp telah mengumumkan di  New York Stock Exchange bahawa kontrak production sharing (PSC) untuk  menggali khazanah minyak persisiran pantai yang dikenali sebagai Blok L  dan M telah ditamatkan oleh Petronas. Alasannya, kedua-dua blok tersebut  bukan lagi milik Malaysia. 
Sebelum  itu, Malaysia telah meminta Petronas dan menganugerahkan kepada Murphy  dua blok minyak iaitu L dan M untuk diusahakan. Namun, ia menimbulkan  masalah apabila blok-blok tersebut telah overlapped dengan Blok J dan K  yang dimiliki oleh Brunei. Mereka telah memberikan dua blok tersebut  kepada syarikat Total SA dan Royal Dutch Shell PLC untuk dibangunkan.  Perkara ini dilaporkan oleh media antarabangsa, Oil and Gas Journal.  Jadi berlakulah pertembungan.
Bagi  menyelesaikannya, maka timbullah isu mengenai perjanjian yang dibuat  antara Malaysia dan Brunei atau lebih sinonim ia dinamakan sebagai  Letter of Exchange (LoE) pada 16 Mac 2009. 
Setakat ini, kita mengetahui bahawa antara faktor  berlakunya majlis perjanjian Letter of Exchange itu adalah untuk  menyelesaikan isu overlapping blok minyak antara Malaysia dan Brunei.  Selain itu, dikatakan ada beberapa isu lama dan tuntutan lain untuk  diselesaikan termasuklah isu sejarah tuntutan Brunei ke atas Limbang. 
Maka disini Limbang mula dijadikan isu. Awalnya adalah  blok minyak kemudian ia meleret kepada Limbang. 
Berdasarkan kenyataan bersama yang dibuat oleh Pak Lah  dan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 16 Mac 2009, perkara ketiga  menceritakan secara umum elemen-elemen utama LoE adalah "final  delimitation of maritime boundaries between Brunei Darussalam and  Malaysia, the establishment of Commercial Arrangement Area (CAA) in oil  and gas, the modalities for the final demarcation of the land boundary  between Brunei Darussalam and Malaysia and unsuspendable rights of  maritime access for nationals and residents of Malaysia across Brunei's  maritime zones en route to and from their destination in Sarawak,  Malaysia provided that Brunei's laws and regulations are observed".
Keseluruhan kenyataan bersama yang dbuat antara  kedua-dua negara ini langsung tidak menyebut mengenai tuntutan ke atas  Limbang. Jadi, bagaimana ia dijadikan isu? 
Ia bermula apabila Pak Lah berucap dihadapan media  Malaysia ketika masih di Bandar Seri Bagawan lagi pada tarikh 16 Mac  2009. Kenyataan beliau dapat diikuti dalam akhbar The Star pada tarikh  yang sama. Beliau menyebut, "Brunei has decided to drop the Limbang  issue and as a result, Limbang is part of Malaysian territory".  Kenyataan beliau turut disusuli oleh Ketua Menteri Sarawak. Nada dan  maksud yang sama iaitu Brunei telah menggugurkan tuntutannya ke atas  Limbang. 
Bagaimana kedua-dua tokoh  negara kita boleh timbulkan tuntutan Limbang ini? Secara pastinya, dalam  kenyataan bersama tidak disebut. Adakah ia termaktub dalam Intipati  LoE? Atau ia adalah persetujuan lisan antara kedua-dua pihak sepanjang  perbincangan itu berlangsung? 
Kesan  daripada kenyataan Perdana Menteri itu (kini mantan), beberapa pihak di  Brunei termasuklah wakil daripada Parti Pembangunan Negara (NDP), Brunei  Darussalam menyuarakan kebimbangan dan kepelikan mereka. Dari kenyataan  yang disiarkan, mereka meminta supaya Menteri Luar Negeri dan  Perdagangan, Pehin Dato' Seri Lim Jock Seng untuk membuat penjelasan  mengenai kedudukan tuntutan Brunei ke atas Limbang. Mereka kecewa dan  mahukan ketelusan dalam isu ini. Apa yang menariknya ialah, NDP  berpandangan isu penyelesaian sempadan dan tuntutan ke atas Limbang  adalah dua isu yang berlainan sama sekali. Dalam kenyataannya juga  menegaskan, "NDP melihat perjanjian yang baru ditandatangani untuk  penyelesaian isu sempadan Brunei dan Malaysia hanya merupakan satu pra  syarat ke arah penyelesaian abadi isu tuntutan Brunei ke atas Limbang". 
Menteri Luar Negeri Brunei terpaksa membuat satu  kenyataan terbuka mengenai isu ini. Beliau menjelaskan bahawa isu  Limbang tidak pernah dibincangkan dan dimuktamadkan antara Brunei dan  Malaysia. Noktah. 
Maka, bagi pihak  Brunei mereka masih berazam untuk menuntut Limbang dan dalam kenyataan  bersama yang dibuat langsung tidak membincangkan perkara ini. Namun,  adakah mereka sendiri cuba untuk menyembunyikan sesuatu daripada  rakyatnya? Itu luar daripada pengetahuan kita.
Isu Limbang menjadi tanda tanya. Siapakah sebenarnya  yang membuat penjelasan yang betul? Brunei atau Malaysia? Maklumat cukup  penting yang perlu diketahui oleh rakyat adalah intipati Letter of  Exchange itu. Andaikata, dalam surat tersebut juga tidak termaktub  mengenai isu tuntutan Limbang, maka jelaslah bahawa Pak Lah tersilap  dalam mengeluarkan kenyataannya. Terdapat beberapa blogger yang membuat  spekulasi bahawa Pak Lah misinterpretation. 
Pak Lah membuat penjelasan bahawa perjanjian yang  termeterai antara Malaysia dan Brunei telah mendapat kelulusan daripada  jemaah kabinet pada 11 Februari 2009. Beliau sendiri turut menafikan  bahawa penyerahan blok minyak L dan M adalah sebagai usaha untuk  mendapatkan semula Limbang. Nafi. Isu persempadanan darat diselesaikan  melalui beberapa siri perjanjian yang termeterai antara Malaysia dan  Brunei sejak 1920 lagi. Jika kawasan tersebut tiada dalam 5 perjanjian  itu, maka ia akan diselesaikan melalui satu jawatankuasa bersama yang  telah dibentuk untuk membuat kajian dan pemetaan. 
Manakala, hak dua blok minyak itu adalah kepunyaan  Brunei. Ia dinyatakan oleh Wisma Putra berdasarkan kepada UN Convention  of Law of the Sea (UNCLOS) 1982. Namun sekarang, Petronas dijemput oleh  Brunei untuk menjalankan usahasama bagi menerokai minyak di kawasan  tersebut yang kini dikenali sebagai CA1 dan CA2. Adakah boleh sekiranya  dikatakan, Petronas menamatkan kontrak bersama Murphy pada 7 April 2010  dan kemudiannya bersama dengan Brunei untuk memajukan kawasan tersebut.  Berapa banyak dan apakah ganti rugi yang akan diberikan oleh Petronas  kepada Murphy? 
Berdasarkan maklumat  yang ada, terjawablah mengapa dua blok minyak tersebut tidak menjadi  milik Malaysia. Ini yang dikatakan oleh Pak Lah dan Najib iaitu win-win  situation. Benarkah kita juga menang? 
Adakah kita menang kerana Petronas masih lagi mendapat  hak explorasi minyak di dua blok tersebut? Semenjak Petronas dan Murphy  bekerjasama untuk memajukan kawasan tersebut dari tahun 2003, berapa  banyak keuntungan yang diperolehi oleh mereka? Pada masa yang sama,  bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee mendakwa penyerahan dua blok  minyak tersebut menyebabkan Sabah kehilangan royalti minyak yang  dianggarkan RM 16 bilion. 
Adakah  kita menang kerana Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?  Walhal, Brunei tetap dengan pendirian mereka bahawa Limbang masih berada  dalam misi tuntutan mereka. 
Disediakan  oleh, 
Mior Isfandy Mior Azizan 
Pemangku  Ketua,
Unit Kajian dan Maklum Balas Isu Semasa 
Dewan Pemuda PAS  Pusat 
sumber 
Rabu, 19 Mei 2010
Dua Blok Minyak – Apa yang Tersiratnya?
di
6:06 PTG
·
      
Label: ANALISIS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 


 
 
 
 





 
0 ulasan:
Catat Ulasan