Khamis, 13 Mei 2010

Memori suram 13 Mei

·



Laporan khas Selasa, 13 Mei 1969 masih lagi segar dalam ingatan. Pihak yang terperangkap di tengah-tengah letusan keganasan perkauman tidak akan lupa pada peristiwa yang menggemparkan negara suatu ketika dahulu.

Ketika itu, ekonomi negara baru sahaja melonjak naik selepas pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.

Pada zahirnya, kelihatan tiada sebarang masalah. Tetapi selepas 3 hari berlangsungnya pilihan raya umum pada 1969, Kuala Lumpur dikuasai oleh individu yang marah secara membabi buta.

Mayat-mayat bergelimpangan di setiap sudut jalan, kenderaan awam, rumah dan kedai dibakar dan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal.

Selepas hari kejadian, jalanraya menjadi sunyi kerana orang ramai takut untuk keluar daripada rumah, sambil menghitung detik kematian. Ramai jururawat tercedera dan tertekan dengan kehilangan ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Pada 23 Mei 1969, majalah antarabangsa Times melaporkan:

"Percubaan Rakyat Malaysia cuba membina masyarakat pelbagai kaum meletus di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur minggu lalu.

Segerombolan orang Melayu, memakai kain ikat kepala, menandakan kesanggupan untuk mati, dengan parang dan belati, menyerbu ke kawasan Cina di bandar, membakar, merampas dan membunuh.

"Sebagai balasan, orang Cina, kadangkala dibantu masyarakat India melengkapkan diri mereka dengan pistol dan senapang patah serta menyerang kampung-kampung Melayu.

"Asap berkepul-kepul akibat kebakaran rumah, kedai dan kenderaan."

Seorang pesara Lembaga Letrik Negara (LLN, kini TNB) yang berumur 66 tahun, berasal dari Kampung Baru menyaksikan peristiwa itu.

Beliau yang tidak mahu dinyatakan namanya mengakui menjadi salah seorang pengasas cawangan Umno di Kampung Baru.

'Kedua-dua pihak sama kejam'

Beliau berkata, semasa kejadian itu umurnya baru meningkat 25 tahun. Ketika itu semua orang Melayu berkumpul di rumah menteri besar (MB), Datuk Harun Idris untuk meraikan kejayaan BN mengekalkan majoriti kerusi dalam Parlimen.

"Sebuah Land Rover, di dalamnya terdapat 4 lelaki India melintas di hadapan rumah MB sambil membawa bendera kepala lembu, lambang Parti Rakyat Malaysia dan mendesak MB keluar daripada rumah itu.

"Beberapa orang Melayu yang ketika itu turut berkumpul di hadapan rumah MB hilang sabar dan memberhentikan kenderaan tersebut serta membunuh kesemua lelaki India tersebut menggunakan parang,'' katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, kekejaman yang dilakukan oleh orang Melayu, tidak sama dengan apa yang telah dilakukan oleh orang Cina.

"Sepasang suami isteri berbangsa Melayu telah digantung di sebatang pokok dan badannya dikelar-kelar oleh orang Cina.

"Orang Melayu bertambah marah apabila mengetahui ramai pasangan kekasih berbangsa Melayu di bunuh ketika berada di panggung wayang Rex dan di kawasan sekitar Pasar Seni," cerita lelaki itu lagi.

Beliau bagaimanapun mendakwa melakukan perkara apa yang sepatutnya dengan 'menyorokkan' jiran Cina dalam rumahnya. Bahkan beberapa orang Melayu di Kampung Baru turut melakukan perkara yang sama.

Peristiwa berdarah pada 13 Mei juga menjadikan orang Melayu bersatu, katanya sambil menambah beliau tidak menyimpam dendam terhadap apa yang telah berlaku.

"Telah menjadi takdir mereka untuk mati... yang penting, selepas apa yang terjadi, kita mesti berhati-hati," katnaya.

Beliau juga takut jika kanak-kanak yang kehilangan angota keluarganya akan membalas dendam. Namun begitu disebabkan masa sudah berlalu, keinginan untuk membalas dengan semakin menghilang.

Beliau adalah buktinya.

"Saya telah mengambil dua orang anak angkat - seorang Cina dan seorang lagi India. Sekarang jika isu ini dipolitikan hanya orang yang tidak berpengetahuan sahaja yang akan terpedaya.

"Saya berasa menyesal kerana peristiwa ini telah membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Cuba kita lupakan tentang peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran dalam hidup.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails